Catatan seseorang .....
Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Ia adalah sepanjang 13.5 kilometer di mana
8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan Lebuhraya
Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung di
Seberang Prai.

Masa tu umur aku baru 13 tahun kira baru masuk form one siap
masa aku masuk form 4 ..... kenangan yg tak dapat aku lupa seumur
hidupku ....sebab masa siap aku berjalan dari Sg Nibong ke Batu Uban dan
terus berjalan naik Jambatan berjalan kaki pergi dan balik ......imbauan
tahun 1985 ......!!!!

Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985,
hanya 3 tahun sahaja dan ia memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan
ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian
kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya
merupakan antara jambatan kabel-penahan (''cable-stayed bridge'') yang
terawal di dunia. Ia mula dibuka pada 14 September 1985 untuk kenderaan
awam. Panjang keseluruhan jambatan Pulau Pinang adalah 13.5 Km, yang
menjadikannya antara jambatan terpanjang di dunia. Sebelum tahun 1985,
Pengangkutan utama untuk pergi ke pulau ialah feri yang masih beroperasi
sehingga sekarang.
1) Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)
2) Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)
3) Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)
4) Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)
5) Laluan: 4 Laluan (6 laluan pada sekarang)
6) Tinggi menara dari aras air: 101.5 Meter
7) Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter
8) Gantungan utama: 225 Meter
9) Gantungan hujung: 107.5 Meter
10)Gantungan lain: 40 Meter
11)Had laju: 80 km/j
Tarikh-tarikh Penting :
Awal 1970 an - Tun Abdul Razak mencadangkan pembinaan jambatan bg
menghubungkan Seberang Perai dgn Pulau Pinang.
Akhir 1970 an - Tun Hussein Onn merancang utk membinanya.
23 Julai 1981 - Menteri Kerja Raya, S Samy Vellu mengumumkan jambatan Pulau
Pinang akan mengikut konsep Jambatan San Fransisco Golden Gate.
Tahun 1982 - Pembinaan bermula.
3 Ogos 1985 - Perasmian oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.
14 Sept 1985 - Pembukaan rasmi jambatan kepada kenderaan awam.

Sewaktu dalam pembinaan
Perdana Menteri, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Kerja Raya bersama
pasangan masing-masing sewaktu perasmian.
Hanya sekali dalam sejarah, majlis makan malam diadakan di atas Jambatan
Pulau Pinang.
Beberapa hari sebelum Jambatan Pulau Pinang dibuka kepada kenderaan awam
melaluinya untuk pertama kali pada 1985, orang ramai telah diberi peluang
untuk berjalan di atas jambatan sepanjang 13.5 km itu. Ia satu peluang
istimewa yang mungkin tidak akan berulang lagi, dan oleh kerana jambatan
itu suatu binaan yang mengagumkan ketika itu, beribu-ribu orang mengambil
peluang tersebut.

No comments:
Post a Comment