Wednesday, April 18, 2012

Daftar SSM di KPDNK Putrajaya

Dah beberapa kali try mendaftar perniagaan dengan SSM secara online sebelum ni...tapi asyik failed jer... macam2 alasannya.... tengah upgrade lah... tak boleh bukak itu tak boleh buka ini.... haddoooiiii .... naik bosan... tapi kalau tak daftar takut gak kena saman ke apa.....

Tetiba Gee ajak temankan dia mendaftar di SSM, kat KL...kat The Mall.... eiii ingat senang ke nak gi.... dia sangka mestilah mama dah lama mendaftar sebab mama kan dah agaaaaakkkkk lama gak meniaganya.... tapi rupanya belum...hehe.... so jom lah..... memula tanya Encik Google...macamana cara nak ke SSM KL ni.... adeyyhhh susah jer gayanya..... nak naik kereta confirm tak reti nanti.... cadangnya nak naik Komuter jer.... so berjanjilah kami nak naik komuter dr UKM.... lepas tu nak turun di mana mama pun tak tahu...makcik Gee tu katanya dia pun tak tahu.... tapi gaya ngajak mama tu macam tahu jer....issshhhh risau betul mama.... mama pun  beramah mesra lagi dengan En Google..... senang cerita jumpa no telefonnya call habih cerita.... barulah diorang bgtau rupanya ada cawangan kat lobi bangunan KPDNK, Precint 2 Putrajaya rupanya....

Haiii dengan senang hati kami pun gerak ke sana......terus ke Presint 2... cari bangunan KPDNK dan masuk lah ke tempat basement parking...  then cari lift dan naik ke Lobi..... akan ternampaklah ruang bertutup (Dome) cantik .....

Haaa... ni penting...kena bawa satu salinan IC ya...grrrr geram betul... sebelum bertolak tadi mama dah print 3 salinan sbb tak tahu diorang nak berapa salinan....tapi udahnya tertinggal lah pulak.....terpaksa xerox kat kedai dulu....

Sampai di sana jam 11.30 pg....lengang jer.... sangat tak ramai customernya.....

Kaunter pendaftarannya ....terus ke sini.... ..bagilah salam dulu...
minta borang pendaftaran...lepas isi borang serah semula di sini untuk ambil nombor giliran
then tunggulah no kita dipanggil....alahaiii tak sempat nak buka buku dah kena panggil...

Hiasan dekorasinya agak cantik dan selesa....maklumlah tempat baru...
tak ramai pelanggan mungkin sbb tak ramai yg tahu ada SSM di sini kot....

Tempat menunggu giliran......sambil baca newspaper...
mama siap bawa buku Ustaz Azhar yg tak habis dibaca lagi tu....
tapi sempat baca tak sampai 10 pages.....

Selepas tak sampai 30 minit mama dah dapat ini.....yeaayy....
jangan lupa tu ya...sijil  ini hanya sah sehingga 17 April 2014....
ehhh......Alhamdulillah........legaaa....

6 comments:

  1. Baru tahu ada SSM kat Putrajaya, sblm ni buat kat The Mall KL, renew nanti boleh la pegi sini, tq atas maklumat :)

    ReplyDelete
  2. untuk mendaftar perniagaan anda di SSM, Kementerian Kewangan dan CIDB saya syorkan pergi laman web ni www.daftarsyarikat.biz , diorang tolong buatkan dari a-z , dapat percuma koleksi kertas kerja, senarai badan pembiayaan dibawah agensi kerajaan untuk dihubungi dan contoh template profail syarikat(senang kita tinggal nak key in maklumat je kat dalam profail tu) . kalau pergi sendiri pun boleh cuma tinggal renyah je la nak beratur pastu nama tak lulus kena pergi balik dah satu kerja plak, duit minyak lagi...yang ni saya just melalui facebook je dgn admin dia untuk berinteraksi secara on9...lesen saya sehari je diorangg siapkan. Lepas tu kendian2 kalau ada apa2 yang u all tak faham pasal perniagaan dan ingin bertanyakan maklumat lanjut ada live support di yahoo messenger, skype, facebook dan gmail.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Sapiah...bagusnya maklumat ni...

      tak perasan ada komen di sini...jazakillah.

      Delete
  3. hari sabtu dan ahad buka tak puan?

    ReplyDelete