Friday, April 13, 2012

Majlis bacaan Yasin kejiranan kita....

Selasa 11 Apr malam rabu kan ke esoknya kita cuti Pertabalan Agong... so kejiranan kita mengambil kesempatan sebab nak buat waktu lain dah tak sempat.... sempena juga kejayaan kerja gotong royong ayah2 kita memasang pagar berduri sekeliling kawasan taman kita sebab selalu sangat dicerobohi mereka2 yg suka pulak mengambil kesempatan ....Alhamdulillah kita sempat mengadakan majlis bacaan Yasin dan Doa selamat di padang kecil ..... ramai juga ibu2 yg sempat menyediakan pelbagai juadah untuk dijamu pada malam itu... hihi cuma mama jer suka mengambil kesempatan di atas 'kebaikan' ayah yang sengaja menyempatkan diri untuk membelikan Martabak sedap kat area UNITEN tu...huhu... mama memang suka mengambil kesempatan ini untuk 'bermalas2'.... konon tak sempat memasak sebab sebok berbasikal petang tadi hehe....

Alhamdulillah ramai yang hadir......
Menadah tangan memanjatkan doa ......
penuh khusyuk dan tawadhuk....

Antara muslimat yang hadir.....
Ibu2 dan anak2 menjamu selera.....
Menyusun hidangan......
En Zaki...yang dah pindah ke JB pun berkesempatan hadir...
siap bawa martabak Singapura khas dr JB lagi.....
Selepas selesai menjamu selera....acara bersembang....
bersama  Pengerusi kita....

No comments:

Post a Comment