Friday, September 10, 2021

Selamat Ulangtahun Suamiku Tajul Anuar Jamaluddin.



Selamat hari ulangtahun kelahiran buat suami ku Tajul Anuar Jamaluddin yang berada di taman syurga Allah.

Tahun 2021 ini kali ke dua aku meraikan hari lahirmu tanpamu di sisiku. Hanya Allah yang Maha tahu betapa rindunya aku padamu...

Syukur alhamdulilah dikurniakan seorang suami yang baik budi serta memahami setiap gerak hati ku. Yang sentiasa memberi sokongan apa saja dan menghalang jika memang ada sebabnya.

Menjaga ku dan menyayangi ku dengan sepenuh kasih sayang. Menjalankan tanggungjawap sebagai suami sehingga berlebih-lebih memanjakan.

Alhamdulillah....TERIMA KASIH ALLAH menghantarkan dia sebagai suami kepada ku.

Setiap kali ingin meninggalkanku untuk out station dia akan mencium dan membisikkan di telingaku:

"Ya Allah, aku nak musafir kerana tugasan.
Terima kasih kerana meminjamkan isteriku ini padaku.
Jagakan isteri dan anak2ku sebaiknya ya Allah.."
Begitu lah manisnya saat perpisahan sementara kami setiap kali dia akan musafir. Setiap hari beberapa kali akan menelefon atau wassap dan melahirkan rasa rindu, dari awal pernikahan hingga akhirnya cintanya tak pernah berkurang.

Namun takdir telah mengubah kebahagian kepada kesedihan yang teramat buat ku. Terpaksa redha dengan ketentuan ini. Terpaksa melepaskan kau pergi buat selamanya.

Ya Allah aku redha.

Ya Allah, Ya Tuhan ku

Aku bersyukur atas nikmat iman dan usia yang Kau berikan kepadaku.
Aku berterima kasih atas segala takdir yang Kau kehendakkan untuk ku.

Ya Allah,
Jadikanlah aku hamba Mu yang pandai bersyukur
Jadikanlah aku hamba Mu yang tahu berterima kasih
Jadikanlah aku hamba Mu yang sentiasa menjaga usianya
Jadikanlah aku hamba Mu yang takut akan salah dan dosa.

Ya Allah,
Tarik lah semua kesedihan ini. Jadikan aku seorang perempuan yang sekuat semasa suaminya ada malah lebih beriman dan bertaqwa kepada Mu.

Jadikan aku perempuan yang berjiwa kuat dan sabar serta ikhlas.
Bimbinglah aku menjadi hamba yang
terbaik
disisi Mu.

Ya Allah,
Ampuni lah dosa suamiku Tajul Anuar Jamaluddin , kasihani lah dia, sejahterakan lah dia, maafkan semua kesalahannya, muliakan kedatangan nya, lapangkan lah dan terangi kuburnya dengan rahmat Mu, Hindarnya dari siksaan kubur malah tempatkan lah dia di taman syurga Mu bersama para Nabi, Shuhadah dan solehin, wahai Allah, Tuhan yang maha pengasih dan penyayang.

Amin Amin Ya Robalalamin.

Al-Fatihah buat Tajul Anuar Jamaluddin

Rindu nya aku pada mu
- dapat cium papan tanda nama mu pun aku bersyukur.




Selamat tinggal sayangku.
I love you.
#sayangsampaisyurga