Monday, April 23, 2012

Rumah jagaan orang tua AlIkhlas, Kg. Pulau Meranti

Di Malaysia .....  hanya ada sebuah rumah jagaan dan rawatan orang tua Islam yang sudah hilang upaya, tiada tempat untuk berlindung. Mereka ini pada mulanya dihantar oleh waris ke hospital untuk menerima rawatan, bila dah boleh keluar hospital, waris tidak dapat dihubungi... maka salah seorang insan yang Berhati Emas, Puan Muji yg bertugas sebagai jururawat di Hospital KL pada masa tu merasa amat belas dan bertanggung jawab, lalu dibawanya balik orang tua tu.... dari sehari ke sehari bertambah ramai yg dibawanya balik ke rumahnya sendiri...masa tu dia tinggal di Apartment jer...bayangkan...dah lah dia sendiri ibu tunggal beranak 3....  menjadikan rumahnya sebagai wad menjaga orang tua yg tiada hubungan saudara kecuali saudara seislam dengannya.....

Kebanyakan penghuni rumah AlIkhlas ini adalah orang tua yang masih sakit tapi hospital tidak mampu lagi untuk menjaganya....samada dibuang keluarga atau memang tiada saudara mara atau mungkin ada tapi tidak dapat dikesan.....bukan Puan Muji tidak berusaha menjejak kasih waris mereka, tetapi pada pandangan Puan Muji daripada dia buang masa menjejak waris yg mungin memang tidak mahu dijejaki.....lebih baik dia jaga dan beri rawatan semampunya.....sehingga ke hari ini sudah lebih dari 100 orang penghuni yg menerima jagaan di sini meninggal dunia.... ini juga memerlukan kos pengurusan pengebumian....

Makcik ni asyik bertanyakan anaknya....Aniza, Hadi...
dah lama tak datang jenguk makcik....

Sebelum ini kalau sebut rumah orang tua, kita dok imagine rumah kenangan kat Cheras dan beberapa lagi yg lain...kat Kubu Bharu,...errr lagi kat mana ya....nanti kita cari kemudian ya....yg kesemuanya menempatkan semua bangsa dan agama....di bawah JKM kot...dan kebanyakan orang tua yg ada di sana masih sihat dan boleh berjalan...boleh berkebun bagai....tapi tidak di Al Ikhlas ni....inilah satu-satunya rumah jagaan orang tua Islam.... dah tentulah orang Melayu lah kan....semua orang tua yg ada di sini adalah orang tua yg sakit dan masih dalam rawatan.... hampir semua daripada 54 orang (jumlah terkini) tidak boleh mengurus diri sendiri...hanya terlantar di katil... ada yang sudah tidak kenal orang dan tidak dapat mendengar...ada yg rabun juga....ada yg cacat tiada kaki....ada yg langsung senyap tidak bersuara...malah ada yg koma....

Puan Muji sendiri yg setiap hari akan ke pasar dan memasak untuk penghuni di sini

Perbelanjaan bulanan termasuk kos sara diri semua penghuni, api air, ubatan dan gaji pekerja..memerlukan hampir RM54, 000 .. dari mana datangnya duit tu? Owhh sudah tentu rezeki yang diturunkan oleh Allah swt...melalui para dermawan yg sentiasa sudi menjengah dan menyumbang....bagaimanapun keperluan kewangan berterusan sentiasa amat dialu2kan kerana banyak lagi keperluan asas yg perlu dibeli...seperti katil pesakit, diapers, ubatan, vitamin dan susu....

 Ini lesen kebenaran dari JKM

 Kami berehat sebentar sementara menunggu rakan2 lain sampai
di ruang rehat dan menunggu untuk tetamu.....
kawasan sekitaranya bersih dan terjaga rapi

 Tempat wudhuk lelaki...di sebelah pintu masuk utama...


 Kami sedang menerima taklimat dari Puan Muji...


menceritakan pengalaman hidupnya....

 Antara warga tua yg dijaga di sini....ini yg paling kritikal
kami amat memerlukan bantuan untuk membeli katil seperti ini...
kos untuk satu set katil, tilam yg lengkap hampir RM2500
hampir semua memerlukan ubat-ubatan dan makanan tambahan
dimana kos sara diri mereka agak tinggi....

 kebanyakan mereka tidak boleh bergerak sendiri....
hanya terlantar di katil ...diapers amat diperlukan....

 Antara penghuni lelaki yg dijaga di sini....

Kes diabetis....sehingga terpaksa dipotong kaki....
kalaulah ada katil pesakit yg boleh diubahsuai ...rasanya senang
sikit Pakcik ni nak mengurus diri....

 Hanya terdapat 2 buah mesin basuh yg sentiasa beroperasi...sehingga jam 12 tengahari..
masih banyak kain baju yg belum sempat dibasuh....
keperluan mesin basuh amat mendesak.....

kami sempat merakamkan gambar bersama pengasas 
rumah jagaan orang tua Ikhlas ini, Puan Muji yg berjubah 
dan bertudung coklat


Kepada mereka yang berminat untuk menziarahi mereka tanyalah sendiri kepada En Google....alamatnya seperti di bawah ini, nak tunjuk jalan saya pun tak reti....tadi pun ikut jer orang depan tu...sesat dia sesatlah kita yg di belakangnya...hehe....pergi sesat balik pun larat...sesat larat jadinya.....

Rumah Jagaan dan Rawatan AlIkhlas
Lot 3530, Jalan Besar,  batu 18
Kampung pulau Meranti,
47120 Puchong, Selangor

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun berikut:

Puan Muji bt Sulaiman
MBB: 164070451718

Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua AlIkhlas
ArRajhi: 12700106-1101131


Maaf tak dapat nak paparkan gambar2 penghuni wanita 
kerana menjaga aurat mereka....

5 comments:

  1. Mohon kerjasama untuk mendapatkan nombor telefon pusat ini. Saya dahului dengan ucapan terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Boleh tak saya dapatkan nombor telefon pusat ini?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wr. wb.

    MBB: 164070451718 - adakah ini akaun dengan Malayan Banking Berhad?

    Jadi kita boleh menderma sama ada melalui Malayan Banking atau Bank Al Rajhi.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  4. no hp Manager/Founder Pusat Jagaan & Rawatan Org Tua Al Ikhlas :
    (016-6786364)

    ReplyDelete