Tuesday, August 18, 2020

PEMERGIANMU DI HARI ARAFAH 9 ZULHIJJAH 1441

Image may contain: 2 people, including Tajul Anuar Jamaluddin, close-up and indoor, text that says "TAJUL ANUAR JAMALUDDIN 10.09.1964 29.07.2020 .2020"

Selasa 28 Julai 2020 Ma dengan Iera ke Setia Alam ambil Tudung Saji Viral dari HQ GPM. Hujan renyai kekadng lebat sepanjang perjalanan kami. Balik dari Setia Alam, kami singgah beli minuman di Petronas mana entah. Rupanya Ma terambil susu coklat. 


Waktu minum seteguk terasa lain macam kat perut. Betul, sampai rumah Ma diarea, sakit perut dan muntah. Sepanjang malam hanya tidur dan mengulang toilet. Sayang tidur di sebelah Ma yang tidur atas sofa. Sesekali Sayang gerak Ma untuk menjamah makanan dan minum air masak. Dalam sedar tak sedar, kadang Ma biarkan jer. Letih yakamat.


Esoknya pun serupa, baring dan tidur jer. Ke dapur pun untuk makan ubat dan minum air jer. Kemudian sambung tidur. Sesekali Sayang datang tanya, nak makan apa-apa. Memang taknak makan sebab dah tak lalu nak mengulang toilet. Baring jer lah.


Sebelah petang selepas Zuhur Iera bawah Sayang berurut di SPA Az Zahra. Sabtu lepas Sayang urut, Alhamdulillah dapat tidur lena lama lebih 8jam. Alhamdulillah. Ma tak sedar bila Yang balik dari SPA. Bila terjaga tanya Iera kata Yang dah keluar. Rupanya pergi cash duit dan belikan Ma jus durian Belanda, buah Plum dan biskut tawar.


Lepas Maghrib kita makan sikit2 bersama. Ma sambung tidur semula. Sayang kemudain ke Sg Merab sambung rawatan Islam dengan sorang sahabat aka anak murid di UTP. Kali ni Yang pergi dengan Arsyad. Pukul 10 Yang sampai rumah dan gerak Ma untuk bangun makan. Sambil menonton TV yang ada siaran Haji di Tanah Suci, Ma makan buah Plum yang agak masam. Diselang seli biskut dan jus durian Belanda. 


Lepas makan lebih kurang Ma baring semula, sebab perut mula rasa tak selesa dan menggelodak. Sayang duduk sambil mengurut perut tapak tangan Ma. '' Kalau sakit perut urut kat sini, itu yang dipesan tukang urut kat SPA AzZahra tadi''


Tak lama kemudian Hana pun sampai balik dari mengajar Tusyen di mana entahnya. Sambil makan dan menonton TV di depan kami. Baru Ma nak melelapkan mata, Sayang kata ''Ya Allah kenapa pening ni'' Ma pun kata ''Sayang dah lama tak cukup tidur, tidurlah dulu. Letih sangat dah tu''


Tapiii tetiba Sayang menarik nafas 2 kali dan melentok kepala ke arah Ma sambil memejam mata. Ya Allah. Sangkan Sayang terlena atau pengsan jer. Anak-anak mengangkat Sayang ke dalam kereta. Ma penuh yakin Sayang cuma terlena atau pitam sekejap.


Sesampai di Hospital Dr bagi bantuan pernafasan dan CPR. Pukul 11.58 Dr buat pengumuman, Sayang dah pergi selamanya. Ma kehilangan kata-kata. Takde airmata, tak terluah kesedihan kerana masih tak percaya.  


Pihak hospital terus mengurus jenazah Sayang dan meletakkan dalam bilik khas. Selepas mengucapkan Salam dan selamat tinggal Ma balik ke rumah dengan Iera dan Arsyad. Dalam perjalanan Ma sempat bagitau beberapa orang yang Ma ingat, cuma bagitau Sayang dah takde.


Balik ke rumah kami terus kemas rumah sini sana. Kemudian Lin dan Aqila pun sampai dari Klang. Pukul 3.30 Asyraf sekeluarga sampai dari Tg Tualang. Kami baring sambil menanti azan Subuh. Sekelip mata pun tak boleh lena. Lepas solat Subuh baru terasa. Baru ada perasaan sayu dan sendu. Tapi Ma kena tahankan taknak hilang kewarasan. Allahu. 


Dari lepas subuh hinggalah hari ke 20 ini setiap hari ada saja tetamu yang datang mengucap takziah. Kesedihan tu masih sama. Takde terkurangnya. Ingatan kepada Sayang tetap sama. Rindu tu tak terungkapkan. Sebak, senak dan sebu semua rasa ada. Airmata mengalir sama laju dari hari pertama hingga sekarang. Tak tau lah mana datangnya.


Aidil Adha tahun ini kami tidak raikan. Tiada kuih muih atau hidangan Raya. Ibadah Qorban pun kami terpaksa batalkan. Ampun maaf para peserta qurban, InsyaaAllah niat kalian akan kami tunaikan di tahun hadapan.


Image may contain: 10 people, including Tajul Anuar Jamaluddin, Mohd-shafeea Leman and Zakaria Hussain, people standing and suit

Image may contain: 1 person, indoor


Image may contain: 1 person, standing and outdoor

 Image may contain: 1 person, outdoor

Image may contain: one or more people, sky and outdoor


Image may contain: one or more people, people standing, car and outdoor


No photo description available.


Image may contain: one or more people, people standing and outdoor


Image may contain: one or more people, people standing, sky, tree, crowd and outdoor



Image may contain: one or more people, sky, motorcycle, crowd and outdoor


Image may contain: one or more people, sky, outdoor and nature



Image may contain: 5 people, people standing, outdoor and nature



Image may contain: 3 people, people standing, outdoor and nature


Image may contain: 4 people, outdoor



Image may contain: 3 people, people standing and outdoor


Image may contain: 1 person, outdoor and nature


Image may contain: 3 people, shoes and outdoor


Image may contain: Nor Hairi Harun, standing, shoes, plant, outdoor and nature


Image may contain: 1 person, sitting and outdoor


Image may contain: 7 people, including Nor Hairi Harun, people standing, beard, outdoor and nature


Image may contain: one or more people, crowd, sky and outdoor






Tuesday, July 28, 2020

Setahun kau pergi meninggalkanku




Sakitnya hari2 tanpa mu disisiku. Genap setahun pemergianmu kekasihku.

Sungguh tak tertahan rindu ku padamu
Alam memisahkan kita, alam kita sudah tidak sama.
Sekuat mana pun aku menahan rindu
Airmata ku tetap mengalir tanpa henti



Kerana rindu dan air mata tak dapat di pisahkan.
Kiriman buat mu kekasih ku Tajul Anuar Jamaluddin
Ya Allah,
ampunilah, rahmatilah, sejahterakan dan maafkanlah suami ku Tajul Anuar dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah jalan masuknya, bersihkanlah dia dari segala kesalahan. Masukkanlah dia ke dalam surga, dan lindungilah dari siksanya kubur serta fitnah nya, dan dari siksa api neraka.


Amin Ya Allah Ya Mujib.

Monday, February 3, 2020

JUMPA TAK SENGAJA

 KakZa ada data, suami takde. Bila KakZa pasang hotspot dia tak on pulak. Tak reti katanya. Biar jer.



Janji nak jumpa setiap hari dibuat sebelum masuk masjid. Lepas subuh kami suka iktikaf depan Kaabah.

Lepas dhuha baru buat tawaf sunat. Pelan-pelan jer buat. Tapi dah 3 hari janji nak jumpa depan Rukun Yamani tak pernah terjumpa.

Akhirnya suami tawaf sorang, KakZa duduk terus depan Kaabah. Sekejap ke depan multazam kejap lagi di arah ke depan makam Ibrahim.

Setiap hari macam tu lah. Sebab pekerja hendak bersihkan dataran. Lajunya derang buat kerja. Kejap jer dah siap. Anggaran kita buat solat sunat dhuha 2 rakaat.

Yang dah biasa diarah ke sana ke sini redha jer lah. Tapi ada juga yang membantah. Maklumlah tengah khusyuk berdoa diminta bangun beralih tempat.

Ini semua cabaran kecil sebenarnya. Redha jer lah. Dah sampai sini syukur Ya Allah. Semalam kami tak jumpa depan Kaabah, tapi terjumpa dalam Shuttle bas ke hotel.

Harini dah nampak suami depan Rukun Yamani, KakZa yang tengah pegang Quran menoleh ke belakang nak letak Qur’an kat rak disediakan.


Bila toleh ke depan suami dah tak mandang. Pusing sana sini sekejap cuba cari tapi tak jumpa. Dah lah. Rugi jer buang masa cari dia. Baik duduk zikir atau baca Quran.

Waktu balik KakZa santai-santai jer jalan sambil selfie sana sini. Dalam perjalanan, perut dah lapar singgahlah 1 kedai makan ni.

Tak pernah masuk sebelum ni. KakZa sorang jer kat kaunter pesan. Elok jer KakZa siap oder, tetiba masuk sorang pelanggan.



Ehhh suami KakZa rupanya. Ya Allah. Janji jumpa depan Kaabah tapi jumpa kat kedai makan. Kami pun sarapan bersama. Romantikkan.



Ada sebab tu Allah tak jumpa kan kami tadi. Allah nak suami tawaf sorang2 sebab kaki KakZa dah bengkak kepenatan berjalan. Lepas rehat Alhamdulillah dah okey semula.

Balik Malaysia memang nak kena rawat, urut dan bekam. Allahuakhbar.

Psst. Suka sangat pakai Nurkasih Adraa ni. Selesa sangat pakai dengan Abaya. Tengok dari belakang suami ingat orang arab haha

Saturday, February 1, 2020

UMRAH DIY KELUARGA ZATAJUL Episod 2

 Bila dah dapat tiket kapalterbang baru terasa lain semacam. Rasa ketat kat dada, rasa perut penuh rama-rama.  Rasa sebak tetiba, rasa takut juga sebenarnya sebab nak usung dosa segunung ke sana. Ya Allah, mudahkanlah urusan kami. Waktu ni tanpa sedar air mata mudah mengalir tanda syukur dan hiba.

 

Bagitau suami dan anak-anak semua tiket dah dapat. Baru semua tersentak dan terasa nak cari semua maklumat pasal Umrah. Bertubi2 mesej tentang Umrah, youtube mengenai Mekah dan Madinah kami kongsikan dalam group wassap keluarga. Punyalah banyak maklumat di hujung jari, tak menang tangan nak tengok semua.

 


Untuk mengimbau semula suasana di Mekah dan Madinah, youtube Mas Awiee kami tonton hari-hari. Banyak perkongsian yang diceritakan seperti cemana suasana Masjidilharam terkini, nak shopping kat mana, mana nak cari kurma murah,  semua dikongsi kat youtube beliau. Korang boleh lah tengok sekarang, ambik mood.

 

Banyak jer youtube perkongsian Umrah seperti Syoknya Umrah Kalau Reti

https://www.youtube.com/watch?v=pJdLAzj_7TQ

 

Buku-buku berkaitan Umrah lama diselongkar. Cari buku Travelog Haji tulisan prof Kamil tak jumpa. Rasa dah beli haritu. Nampak jer kat kedai, terus capai. Belum separuh buku dibaca, baru terjumpa buku yang dicari tak jumpa tu. Ceh betul lah dah beli rupanya. Pass kat anak-anak suruh baca.

 


Buku Travelog Haji ni sangat best. Bacalah. Terutama kalau kalian nak buat Haji. Aura dia lain macam. Susunan doa yang ditulis oleh Prof sangat menyentuh hati, sangat dekat dengan kita yang amalan sedikit, dosa menimbun banyaknya. Kalau korang rasa tak banyak dosa, takpe lah. Takyah baca haha.

 

Beberapa hari lepas beli tiket kapalterbang, kita survey semula hotel berdekatan Kaabah, Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah. Kami tak terus beli. Masih menyiasat mencari kot-kot ada tawaran menarik harga runtuh kan. Memang betul tekaan kami. Lepas beberapa hari menunggu dan menyenaraikan nama Hotel mampu sewa.

 

Paling murah dan dekat yang kami jumpa waktu tu Hotel Gloria Al Madinah Al Fayroz Al Massi. Untuk 3 malam, 2 bilik 3 katil adalah RM1833. Taraf 4 bintang. Dengan sarapan pagi. Dekat dengan Gate 16 pintu masuk khas muslimat.

Di Mekah kami memilih Hotel Hilton Makkah Convention. Untuk 7 malam, 2 bilik RM4964.50. Yang ini sebab kami dapat pakej murah RM354 satu malam, jadi takde sarapan pagi hehe. Hotel 5 bintang dekat dengan Gate 66 -74.

 

Tunggu nak check-in Gloria Hotel, Madinah

Ada sesetengah hotel, kita tak payah bayar. Booking jer. Tapi 2 hotel ni kami bayar sesiap.  Cerita pasal hotel ni memang ngeri sekejap, sebab tersilap perkiraan, entahnya cemanalah kami boleh terlepas pandang. Nanti cerita semula.

 

KakZa lebih suka bahagikan kepada 3 bahagian persediaan sebelum mengerjakan Umrah:

  1. Persediaan Fizikal dan Mental

 

Persediaan fizikal ni termasuklah persediaan dari segi kesihatan dan kekuatan fizikal. Sebelum ke tanah suci, eloklah kita buat pemeriksaan kesihatan secara general. Mana tau ada penyakit kita tak sedari kan. Eloklah dirawat sebelum melarat dan memudarat. Mencegah kan lebih baik dari merawat.

 

Inilah yang berlaku kepada suami kakZa, kerana tak buat pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh, akhirnya dituduh membawa wabak. Walhal symptom dah nampak sebelum berlepas, tapi dia tetap yakin dengan keupayaannya. Nanti KakZa ceritakan semuanya kemudian. Nak bagi korang suspend.

 


Bagi mereka yang memang dah ada mengidap penyakit tertentu seperti darah tinggi, kencing manis, asma, sakit jantung dan sebagainya jangan lupa persiapkan bekalan ubat-ubatan untuk dibawa ke sana. Kat Mekah dan Madinah, ada jer farmasi tapi harganya Ya Allah mahal giler.

 

Tak masuk dek akal sungguh, kalau terpaksa korang kena tanya dulu beberapa Farmasi, sebab harga derang tak sama. Ada banyak Farmasi di sana. Semakin hampir dengan Masjidilharam semakin mahal harga ubat-ubatan mereka. Farmasi kat bangunan Hotel mahal, harganya lebih mahal. Kena rajin siasat dulu.

 

Bawa bekalan ubat-ubatan asas seperti Panadol untuk demam, Histamin ubat alahan atau selsema, ubat batuk seperti gula-gula Woods pelbagai perisa. Ubat gastrik, Ubat diarea seperti Pochai atau Charsoal tablet dan garam ORS.

 


Ni yang geram, bila kita bawak Charcoal ke mana-mana takde siapa kena diarea. Bila terlupa bawak, Aiman pulak kena diarea gara-gara makan Swarma dah separa basilah agaknya. Raihanah pun sama, lupa bawak ubat gastrik, dah lah kena gastrik juga. Melilau abangnya Asyraf mencari ubat tengah malam buta dalam kepenatan. Masa tu dah tak kira berapa harganya, main bayar jer.

 


Waktu balik dari Masjidil haram, ada kedai Swarma panggil kami bertiga, KakZa, suami dan Aiman tapi kami buat tak tau jer sebab nak mengejar Shuttle bas ke hotel. Lagipun baru lepas tawaf dan Saie, rasa dah takde kaki nak jalan. Rasa nak cepat jer sampai hotel dan kaboom membuta.

 


Esoknya Raihanah kata, balik dari solat subuh takyah beli sarapan pagi, dah ada sarapan katanya. Banyak. Rupanya dia pergi ke kedai swarma yang panggil kami buat tak tau tu, orang tu bagi 12 ketul swarma yang tak habis dijual.


Dari segi mental pulak, apa persediaan kita nak ke sana? Ke tanah suci bukan untuk melancong atau bersuka ria. Umrah adalah perjalanan Ibadah yang memerlukan pergerakan yang banyak semasa tawaf dan saie. Pergerakan yang banyak juga dalam perjalanan dari hotel ke Masjidil haram bergantung kepada jarak hotel yang disewa.

 

Tu belum jalan-jalan shopping sekitar Masjidilharam dan Madinah. Kaki memang kena kuat dan bertenaga. Untuk itu, kita kena berlatih meningkatkan stamina sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum ke sana dah mulakan latihan berjalan kaki 3 – 5 kilometer. Dapat buat 2 ke 3 kali seminggu dah bagus.

 

Perasan kan KakZa ada post beberapa kali upacara berjalan kaki dan berbasikal keliling taman perumahan kami haha. Tu lah dianya. Lebih lagi lah kami ni dah tua renta. Baru jalan sekilo dah rasa nak habis tenaga.

 

Untuk melakukan 1 Umrah contohnya, kita mungkin akan berjalan sejauh 10 kilometer.

Dari hotel ke Kaabah 150-1000 meter.

Tawaf mengelilingi kaabah 7 pusingan lebih kurang 800 – 1500 meter

Saie paling mencabar, jarak dari Safa ke Marwah 420 m kali 7 pusingan hampir 3 kilometer.

 


Kalau dicampur tolak hampir 7 hingga 10 kilometer juga perjalanannya. Kalau orang muda yang aktif sekejap jer siap dah. Alhamdulillah sekarang ni dah ada skuter, sape yang tak larat berjalan untuk Tawaf dan Saie boleh lar guna skuter.

 

Kadar sewa skuter tawaf dan Saie

2 seater

100 Riyal Tawaf sahaja

200 Riyal Tawaf dan Saie

2 seater

50 Riyal Tawaf sahaja

100 Riyal Tawaf dan Saie

 


Kami hanya jalan kaki untuk dapat menghayati dan menjiwai Ibadah Umrah ini.