Wednesday, January 2, 2013

Tahun baru di sekolah baru....SRITI SMITI

Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Ilmuan (SRITI)
Sekolah Menengah Integrasi Tahfiz Ilmuan (SMITI)


Kedudukannya bersebelahan Kedai Dobi layandiri di Seksyen 9, BBBangi
di bahagian belakang RFC ... kalau tahu kat mana RFC senanglah nak cari...
sampai tadi awal lagi... tu yg tak berapa ramai orang....

Beberapa minit kemudian ramai murid datang bersama ibu bapa...
mama bagitahu Arsyad...mama dok bawah jer... Arsyad naik seniri ya...
ya lah dah masuk sekolah menengah takkan nak berpimpin bagai....

Selepas beberapa minit.... ehhh apasal semua ibu bapa naik tak turun2...
emmm hantar anak pertamakali sekolah kot.....ehh mana makcik Jie ni....
jam dah hampir ke pukul 8.00 pg tak sampai lagi.....


Haa...pelik kan kenapa diorang pakai baju biasa jer datang sekolah...
itulah keistimewaan sekolah ini....ibu bapa tak perlu berbelanja uniform
sekolah...boleh jer pakai baju biasa asalkan menutup aurat....
tapi mereka wajib pakai vest merun... macam budak lelaki tu pakai...
yuran pengajian RM1500 termasuk yuran Januari, buku dan beg sekolah
jadi beg pun semuanya sama....ada gerenti 6 bulan beg sekolah ni...
kalau dalam masa 6 bulan koyak ...boleh dapat beg baru.....


Haaa... tu dia makcik Jie dan Arieff baru sampai....susah nak dapat
parking rupanya...ya lah hari pertama sekolah semua ibu bapa menghantar
anak2 ke sekolah....mana tak penuh parking lot.....ingatkan mama nak balik jer
lepas ni...tapi teringat nak ambil beg dan buku2 Arsyad.....so naik juga ke atas....


Laahaiii... patutlah ibu bapa tak turun semula lepas naik....
ada taklimat untuk ibu bapa rupanya....takde lah diorang bagi makluman
ke kita pulak.....ermmm dah penuh dewan perhimpunan ni.....


Mujurlah ada satu kerusi kosong betul2 depan Arsyad duduk ni....
ala Arsyad ni toleh sana pulak.....peajar SMITI lelaki 10 orang...
perempuan 7 orang....SRITI lelaki pakai kopiah putih merun....
 SMITIlelaki pakai kopiah putih hijau...


Pelajar tahun 4, 5, 6 dan SMITI perempuan di sini.....
pelajar tahun 1, 2, 3 di bahagian belah sana nun.....
ibu bapa yang duduk dan berdiri di sebelah sana tu......


Pelajar lelaki di bahagian hadapan perhimpunan......
sekali pandang nampak lebih ramai pelajar lelaki dari perempuan...


Pelajar sedang membaca ikrar sekolah.....dewan ni luas juga...
agak selesa untuk murid berhimpun.....


Pelajar perempuan pun baca ikrar juga....pelajar perempuan
semua bertudung putih hanya pada hari Isnin jer....hari2 lain
boleh pakai tudung kaler apa pun...yg bersesuaian dan selesa.....


Barisan guru2 lelaki di sekolah ini.... Mualim.....biasalah 
guru lelaki memang tak berapa nak ramai.....hehe...


Barisan guru perempuan.... Mualimah....haa ramai juga
dua ke tiga kali ganda ramainya.....Tu dia Guru Besar sedang memberi 
ucapan aluan dan sedikit taklimat mengenai persekolahan 2013.....


Selepas selesai taklimat mama pun meninjau kelas Arsyad.....
belajar elok2 ya Arsyad.... moga jadi anak yg soleh....

6 comments:

  1. assalammualaikum... dari unggas kota bertarih 27 jun 2012, yang bertajuk Ayam Laga baka Siam. boleh tak saya dapatkan no hp penternak berkenaan di Air Tawar 5 Desaru? saya nak beli bake ayam siam.

    ReplyDelete
  2. Salam... saya seorg ibu dari Kajang. Rasa nak hantar anak ke SRITI tahun depan. Boleh saya nak minta pendapat tentang sekolah SRITI? Tq

    ReplyDelete
  3. Salam puan. Bole puan berikan review tentang sekplah sriti? Bminat utk mghantar anak saya darjah satu tahun 2016. Mohon jika bkesempatan email saya di aziechibie@gmail.com. Jazakallah

    ReplyDelete
  4. boleh saya tahu yuran monthly brapa eh?

    ReplyDelete
  5. boleh saya tahu yuran monthly brapa eh?

    ReplyDelete
  6. Apa pandangan puan tentang prestasi smiti setalah hantar anak belajar di sana. Saya baru nak cadang hantar anak saya

    ReplyDelete