Monday, December 31, 2012

Berbekam tu sunnah.....


Berbekam kaedah perubatan untuk pembersihan darah atau angin dengan cara mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan dengan 
menggunakan alat vakum.


Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

"Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu.
 Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku 
tidak menganjurkan umatku melakukan pengubatan dengan besi panas. 
(Shahih Bukhari)




Aiman tu ada resdung agaknya...asyik bersin dan berair hidungnya
mula tu dia takut juga...sebab tengok banyak darah keluar...
tengok mama buat steady jer.... dia pun kata okey....tengok kat dahi
banyak sungguh darah kotornya.....
Ada  point tertentu jer sepatutnya kena buat....pinggang, bahu, tengkuk
kepala, kaki....muka tu kalau bermasalah macam Aiman lah....

Di bahagian tengkuk pun banyak darah kotor.....patutlah dia selalu mengadu 
sakit tengkuk....sakit belakang...

Kaedahnya mudah jer.... lepas penuh darah tu lepaskan penutup
cawan vakum tu... mudahlah nak mencabut cawan tu....
guna tisu untk mengelak darah tumpah.... 

Yang berkeut tu bukanlah sakit mana pun... tapi ngilu jer....
ya lah ada orang tembak mata pisau kat sebelah telinga....
selepas divakum 1 minit kot... vakum dicabut...area tu ditembak dengan pisau
yg selalu misi guna untuk ambil darah kat hujung jari tu....

Lepas dah toreh area tu...pasang semula cawan vakum....
senang lah darah kotor nak keluar....nampak kesan lepas bekam
kat dahi Aiman tu...biasanya akan hilang selepas sehari dua....
dalam tempoh masih berbekas bekamnya tu.... langsung dia taknak
keluar rumah... ke surau jer dia sanggup pergi...mujur masa ni
dia tengah cuti Semester....


Ini pulak ayah tengah berbekam juga....
Kalau ikutkan Aiman memang tak berani nak berbekam nih..
bila dia terbaca ayat power kat bawah ni...terus setuju jer....tanpa banyak soal
dah 2 ke 3 kali ayah dan mama buat bekam...tapi dia asyik mengelak....
takutlah tu kononnya sebab tengok banyak sangat darah keluar.....
ayat di bawah ni telah mengubah persepsi Aiman terhadap bekam....

Anas berkata, telah bersabda Rasulullah SAW: 
“Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku diIsra`kan 
kecuali mereka berkata: Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam.”

Rasulullah pernh berbekam dengan Abu Thaibah. Sesudah itu, beliau memerintahkan supaya memberi Au Thaibah dua Sha'1 makanan. Beliau juga berbincang dengan tuan Abu
Thaibah supaya dia mengurangkan jumlah pajak yang perlu dibayar
oleh Abu Thaibah. Kata Rasulullah, " Sebaik2 cara bagi berubat adalah berbekam" 
(Riwayat: Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Tarmizi)

No comments:

Post a Comment