Tuesday, December 18, 2012

Tahfiz tidak duduk asrama....



Dengan keputusan peperiksaan Arsyad yang Alhamdulillah
jer tu.... jangankan nak masuk sekolah asrama penuh
yang memang dah tentu ayah dan mama tak benarkan....
jangankan nak benarkan anak2 masuk asrama sekolah menengah
nak minta borang dari cikgu pun kata tak payah....haha....
tak payah dok asrama...asrama tu sekolah bantuan untuk anak2 orang susah...
nanti sebab kita hantar anak ke asrama...ada anak2 orang susah tak ke sekolah
tak ke berdosa namanya....mama ngan ayah dulu pun tak masuk asrama
takdenya best mana pun duduk asrama ni...hehe...tak menjamin masuk syurga..
duduk rumah boleh tolong ayah kat kebun tu bagi makan ayam
itik, kambing segala tu......

Pagi tadi jam 9.30, mama bawa Arsyad utk ditemuduga masuk ke 
Sek Ren Integrasi Tahfiz Ilmuwan SRITI, yg terletak di Seksyen 9 BBBamgi
kat belakang RFC.....sekolah ni dah 3 tahun beroperasi..sejak 2010
tahun 2013 ni baru nak start sek Menengah SMITI....

Sekolah beroperasi  dari jam 8.00 hingga 5.00 ptg ..tiap pagi dr jam 8-10 murid2
akan mengaji dan menghafal AlQuran mengikut tahap mereka.....
rehat pagi dan solat sunat Dhuha, kemudian belajar akademik dan agama yg lain...
sehari disediakan 3 kali makan...pagi, tengahari dan petang.....
yang bestnya tak perlu pakai uniform sekolah...boleh pakai baju biasa...
tapi wajib pakaivest seperti di atas tu...dalam kelas pakai stokin jer...

Ibu bapa lain yg turut sama hadir temuduga pagi tadi....
tengah tunggu anak2 ditemuduga oleh guru besar En Ismail Alias
boleh dihubungi di 019-2371216....ismail@sriti.com.my.....

Tak ambil sangat gambar sekolah ni sebab sedang dinaiktaraf...
berselerak dan berterabur lagi......


Untuk maklumat lanjut...sila ke link berikut:

No comments:

Post a Comment

Post a Comment