Wednesday, November 14, 2012

Astro murah....

Satu hari tu tengah bengang sebab harga bil Astro naik lagi...
dahlah bila musim sekolah pepagi tu mama sorang2 jer kat rumah
mana ada tengok TV pun....kalau ada kelas lagi lar....
Hypp TV yg dapat free dengan UNifi tu pun jarang2 sangat  buka
haiii banyaknya bayar bil untuk entertainment....
walhal nak tengok TVHijrah , TV9 jer...sesekali Discovery channel
TV lain asyik drama...drama....nyanyi... menyampah....
maka mengadu hal lah ke En Google....
terjumpa pulak fb yang menyampaikan berita ni:




Nak langan siaran ASTRO FULL CHANEL +ASTRO FIRST+
ASTRO BEST HANYA RM25 SEBULAN!!!!!!

apa yang anda perlukan?

CALL 0126256471 ADI

Biar betul.........mulai lah berchating dengan si Adi kat fb dia:
http://www.facebook.com/SkyboxF3Astro?ref=stream


Apa yang kita perlu ada....

Piring @ kuali Satelit
 (Piring Astro pun OK, tak kira warna 
Silver Atau Hitam (Beyond), sama sahaja)

Internet Connection 
- Streamyx / P1 / Mobile Broadband >512kbps & 
Stabil (384kbps pernah diuji, dan stabil jika Streamyx).

Perlu ada free 1 port di Router Modem 
untuk disambung secara LAN ke Decoder Skybox F3

Lepastu dah macam komfiden jer barulah buat Proposal
ke Banker...hehe siapa lagi ayahanda korang lah....
nasihat ayah...siasat dulu betul2 kot lah diorang saja nak menipu
okey...tangguh dulu siasat punya siasat....memang ada sekali tu keluar kat
suratkhabar tentang penipuan siaran TV berbayar yg tidak 
mendapat kelulusan kerajaan....wah...tanya semula ke ADI pasal tuh
bila dah clear tentang maklumat tu baru yakin sikit....
tapi tak juga call ADI nak pasang menda nih....



Tetiba pada hari Jumaat 9 Nov hujan lebat, kilat sabung menyabung
tetiba rumah blackout...lama giler dari kul 6.30 ptg sampai 10 mlm
takde lah kisah nak buka Astro...pagi esoknya bila nak tengok Tanyalah Ustaz
larrr...apasal gelap jer....takde siaran......rupanya tombol kat 
kuali astro tu dah kena sambar petir..... alahai buat sebab jer lah nak 
call ADI dan pasang menda nih.....Skybox F3...hehe....


Decoder Skybox F3 ni menggantikan decoder Astro.
Boleh dijadikan sebagai Player utk lihat movie yg didownload di internet.
Juga boleh dijadikan pelayar utk tgk gambar @ dengar music.



Boleh dengar radio tapi biasalah Radio IKIM memang takde...huhu...



 Ia adalah PVR HD, tetapi tidak dapat melayan Channel HD di Astr0 HD.. 



 Boleh rekod cerita guna pendrive sebab ada USB kat decoder tu....
lepas tu nak play semula kat komputer ke pun boleh
wahhh memang nak kena rekod semua kuliah 30 minit bersama Ustaz Don nih...

Dalam erti kata semua siaran yang disiarkan oleh Astro
memang kita akan dapat cuma siaran pada Decoder Beyond HD
memang tak dapat dilihat siarannya 
spt HBO HD, ESPN HD, NATGEO HD,AXN HD dll.
 TETAPI HBO,ESPN,NATGEO,AXN dll yg bukan siaran HD 
tetap dapat dilihat seperti biasa. 


 Apa yg  ADI ni jual adalah Decoder yg menggantikan decoder Astro yg kita 
sedia pakai sekarang ni. Kiranya beli dengan ADI decoder Skybox F3, 
tukar decoder astro kepada decoder ini...simpan jer decoder Astro
lepas tu jangan lupa telefon hotline Astro 1300823838
bagitau kita nak hentikan perkhidmatan Astro tu....
tak pasal karang kena bayar lagi berganda.....tapi kena ingat juga ya
kalau kita baru pasang Astro kena make sure dah lepas setahun ke 2 tahun..
saya pun dah lupa....tengok semula pada perjanjian masa kita pasang dulu
kalau belum cukup tempoh guna tak boleh hentikan.....nanti kena bayar
ganti rugi ke ASTRO...alahai jadi makin rugi pulak nanti....


Harga utk Skybox F3 adalah seperti berikut :



1. Decoder SkyBox F3 + Remote + Kabel HDMI + 6 bulan langganan + 
Astro First setiap hari !!= RM500
2. Decoder SkyBox F3 + Remote + Kabel HDMI + 1 Tahun langganan +
 Astro First setiap hari!! = RM650

Selepas tamat 6 bulan/1 tahun yg pertama itu, maka kenalah bayar 
utk 6 bulan/ utk 1 tahun berikutnya utk tengok siaran. 
ADI akan maklumkan seminggu sebelum 6 bulan /1 tahun pertama kita tamat,
 @ tarikh tamat akan diberikan semasa penyerahan skybox 
kpd kita dan kita akan  membayar kepada ADI jer...tak payah call ASTRO
RM210 (jatuh RM35 sebulan) utk dapatkan access 6 bulan berikutnya 
@ RM300 utk setahun (jatuh RM25 setahun)

No comments:

Post a Comment