Wednesday, November 7, 2012

Pelajar SEMI ABIM Menawan Bukit Broga.....

Pada pagi Sabtu 3 November 2012 lebih kurang 40 orang pelajar SEMI
berkumpul di sekolah pada jam 5.30 pagi untuk aktiviti mendaki Bukit Broga, Semenyih
selesai solat subuh dan taklimat di sekolah...bas bergerak jam 6.30 meninggalkan perkarangan sekolah..... mereka sampai di sana jam 7.00 pagi.... dah cerah pun....


Nun di sana... puncak Bukit Broga yang bakal di daki....nampak macam tak berapa
tinggi... tapi hakikatnya...bila dah mendaki semput juga...perghh....

Ramai juga pengunjung yg sama2 mendaki pada pagi itu.....ehh kita baru nak
naik...diorang dah turun...pukul berapa diorang naik tadi entah....

Subhanallah...kita berada di atas awan.....ehhh kabus ke awan....


Pemandangan dari puncak bukit......berbalam kawasan perkampungan
dari atas sini diselaputi kabus yang masih tebal....

Saujana mata memandang ...nun jauh di sana kawasan perumahan....

Alhamdulillah akhirnya sampai sudah di puncak.....

Terduduk keletihan juga dibuatnya......hai muda2 lagi dah letih...
kalau mama yg naik entah sampai puncak ke tidak.....


Bukit Broga ni terletak di Semenyih...  ketinggiannya 390 -400 meter, 
ada 4 puncak sebenarnya.....1279 kaki atas aras laut, 
 terletak 5 minit drpd University of Nottingham kampus Semenyih. 
Pendakian mengambil masa 30 minit hingga satu jam...
bergantung kepada berapa ramai pengunjung.... 

Kalau ramai pengunjung perjalanan akan jadi lama sebab 
trafik jam....jalannya sempit so kena tunggu giliran nak lalu...
ada yg nak naik...ada yg nak turun.....


Laluan pendakian dipenuhi hutan sekunder yang tidak berapa tebal.....
dipenuhi lalang sepanjang perjalanan di bahagian puncak bukit....

Berehat sambil menikmati pemandangan yang sangat indah ini.....

Subhanallh.... Alhamdulillah.... akhirnya Iera sampai puncak juga...
tapi rugilah kenapa tak posing kat sign board..... 

Dah dah tu posingnya... dah panas nih...jom balik.....

 Perjalanan menuruni bukit.....

Melalui ladang kelapa sawit......

Berguling ke masa menuruni bukit tadi sampai kotor baju......

Di bahagian bawah ada gerai menjual minuman dan makan ringan.....

Sebelum balik mereka singgah di kawasan rekreasi Sungai Tekala
Hulu Langat....di sana diorang buat projek membersihkan sampah
sarap di sekitar sungai Tekala.....lepas tu apa lagi dah sampai tuh....mandi manda.......

Bertolak balik ke sekolah semula dan sampai lebih kurang jam 3.00 ptg...

No comments:

Post a Comment