Cikgu Kay... Kamaliah khusyuk menikmati ketupat goreng...
Haii sampai 2 pinggan...pinggan kanan ketupat goreng
pinggan kiri lemang dan sambal daging...
semua sedap...kena makan semuanya....
Cikgu Nazli Hanim berselera menikmati Lemang dan Sambal Daging
sebab sambal tu mama bubuh belacan, lepas makan
terus kena makan pil alahan.....haha....
Menikmati Laksa Johor sampai ke titisan kuah terakhir
Teacher Rahila pun kena makan pil alahan lepas nih
sbb dalam kuah laksa ada belacan juga tu...
Ustazah A.S. Radhiah ... dah kekenyangan...
biskut raya pun tak larat nak rasa...
mata kanan tu bengkak sbb kena sengat bees masa amek serai
kat kampungnya di Rembau, nak raya hari tu....la ni dak ok...
kat kampungnya di Rembau, nak raya hari tu....la ni dak ok...
Cikgu lina dan Ustazah Jie Suzyana...
Ustazh Jie Suzyana....
Sambal daging.... masak dia macam masak sambal tumis biasa jer
cuma tambah daging kisar Jenama Ramly....
kalau suka boleh letak serai yg diketuk nak bg wangi
nampak macam kuah kacang jer kan....kiranya
daging kisar tu menggantikan kacang tanah tumbuk...
Ketupat goreng ni.... masak dia macam buat nasi goreng jer
potong ketupat yg dah tak nak dimakan dan belum basi tu kecil2...
tumbukkan 10 cili padi, 2 cili besar, 6 garlic....boh belacan kalau suka
cincang bawang besar.... memula panaskan minyak dan goreng ikan bilis
masukkan bawang cincang, dan bahan ditumbuk tu
boh kicap cair sket, garam sket, gula sket.....
masukkan 5 biji telur.... kacau.... bila telur dah masak
masukkan ketupat.... gaul rata, sesuaikan rasanya...
Laksa Johor biasanya kita makan dengan Spagheti
tapi saja mama sajikan Laksa juga.... nak makan
sekali kedua2nya pun boleh jer....
boh timun, telur rebus, bawang goreng, hirisan cili,
perahan limau kasturi dan kuahnya.....
Laksa Johor mama ni memang sempoi malas tahap tak hengat....
Cili kering ikut suka, 3 bawang besar, selabu garlic, 2 serai,
sedikit lengkuas, buah keras, dan halia.... Blend.
.tambah 2 sb rempah kari Ikan.& tumiskan
hingga naik wangi, tambah air dan garam....gula sket... perasa kalau ada...
bila kuah dah mendidih, masukkan 1 tin ikan Mackerel cap Ayam yg dah diblend
biar mendidih dan memekat masukkan susu cair @ santan....
masuk kerisik kalau suka....bunga kantan dan daun kesum
sesuaikan rasa..... dah siap....3 hari tahan ni kalau kita
selalu panaskan....makin pekat makin sedap.....

No comments:
Post a Comment