Wednesday, August 10, 2011

Nasi Tomato dan Kari Itik...

Pelajar SERI/SEMI ABIM berjemaah solat zohor di kantin sekolah
kemudian mereka bertadarus

Selesai bertadarus Ustaz Awang Abdullah memberi sedikit tazkirah

Hari ni mama buka kiosk jual tshirt muslimah di kantin sekolah
SERI/SEMI ABIM Sg Ramal Dalam.....dari jam 1.30 hingga jam 3.30 ptg
waktu ibu bapa datang amek anak2 mereka....
Alhamdulillah jualan hari ini menggalakkan....

Arsyad dengan muka mengantuk dan letihnya duduk
menunggu mama menjual dan sementara tu menunggu Ira
habis Tusyen kul 3.30......last2 dia tertidur kat tempat solat....

Buat capati sebab ada kari itik
Boleh makan balik dari Solat Terawih nanti...

Telur mata siapa entah ni....gaul dengan bawang goreng...
kicap tuang dalam pinggan memasing sbb
Aiman tak makan kicap.....
masak telur ni sbb Ira tak makan itik....
kang masak sebiji utk Ira jer org lain nak pulak
last2 masak 7 biji pun mama tak dapat.....

Itik masak kari dengan kentang jer
cadang nak buat Dalca, tapi boleh ke stok
kacang Dhal dah takde boleh tak perasan....
kacang hijau dan kacang merah jer yg banyaknya....

Semalam ayah gi mesyuarat kat KL,
on the way balik singgah di Seri Kembangan
dia terjumpa kedai runcit apa ntah dibelinya 2 guni kentang....
so bekerja keras lah mama mencari idea bernas
cemana nak mengahiskan kentang2 ni....
salad kentang dan sosej.....
potong kentang kiub2 then rebus hingga separuh masak...
masukkan sosej yg dah dipoting kecil...rebus jap lagi
tabur sedikit garam & serbuk lada...
biar airnya sejat.....siap....
sbb ada yg tak suka mayonis....so mama tak boh lahhh...
masa makan memasing boh seniri ea.....

gara-gara virus M menyerang...dan sbb nak memadankan
dengan menu hari ni....salad, timun dan karot
jer dihidang cenggini.....pun tak bubuh thousand
island sos sbb ada yg tak suka.....
Dah ...jom berbuka......



No comments:

Post a Comment