Monday, July 23, 2012

Nasihat ayah di Harian Metro 23 Julai 2012


Tanah tak selamat bina laluan LRT


     
SHAH ALAM: Tanah tidak selamat dan mengancam keselamatan penduduk sekitar.
Itu laporan kajian pakar geologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya
Dr Tajul Anuar Jamaluddin di kawasan tapak pembinaan stesen Transit Aliran Ringan (LRT)
 di Subang Alam, Seksyen 27, di sini, yang dilakukan atas permintaan penduduk kawasan
 terbabit yang mahu projek itu dihentikan atas faktor keselamatan.

Dr Tajul Anuar berkata, laporan beliau itu bukan untuk menghentam mana-mana pihak sebaliknya
atas sikap prihatin dan belas kasihan sesama manusia.

Katanya, jika kawasan berkenaan selamat untuk dibina laluan LRT, beliau menyokong perkara
itu kerana dapat membantu masyarakat awam bergerak lebih mudah.

“Tapi, disebabkan hasil kajian saya menunjukkan kawasan ini tidak sesuai dan tidak selamat,
saya harap ia dihentikan.

“Saya bimbang jika pembinaan diteruskan, ia boleh menyebabkan bencana kerana paras air
di tasik kuari berdekatan lebih tinggi dari paras rumah penduduk,” katanya.


Akhbar sebelum ini melaporkan kebimbangan penduduk kawasan itu selepas kerja pembinaan
 stesen LRT berkenaan dimulakan sejak dua bulan lalu walaupun laporan kajian geologi yang
dijanjikan kerajaan negeri belum dikeluarkan.

Penduduk mendakwa, sejak empat tahun lalu mereka sudah membuat puluhan aduan,
tetapi sehingga kini ia tidak diendahkan.
Dr Tajul Anuar yang juga Penyelaras Program Bencana Geologi, Institut Kajian
Bencana Asia Tenggara (SEADPRI) berkata, kerajaan negeri juga perlu mengkaji terlebih
dulu perkara itu sebelum membenarkan pembinaan terbabit dimulakan.




Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/23


No comments:

Post a Comment