Thursday, October 11, 2012

Lempeng kelapa

Semalam seharian mama dengan kawan2 mama, Makcik Jie, Azwa dan Nordi membeli belah
di Jalan TAR dan Kenanga.... dalam perjalanan balik Makcik Jie cerita
kalau nak makan lempeng dengan kari daging sedap ada di R & R Serdang
yg dari KL ke Bangi tu.... kami pun singgahlah... tapi orang tu cuma jual lempeng
dengan sambal tumis sahaja.... dia kata dah tak boleh jual lagi sebab
PLUS nak tarik balik gerai tu sebab penama yg menyewa gerai tu dah meninggal
dunia bulan puasa hari tu...sepatutnya anak lelaki dan balunya yg mengusahakan
tempat tu.... memang ramai pelanggannya... tapi tu lah dah polisi PLUS macam tu
bila penama yg membuat perjanjian sewa gerai tu meninggal...kena serah semula ke PLUS
kemudian PLUS akan buka semula tender....wahhh susah jugalah kan...
dah lah meninggalkan balu dan anak2... hilang pulak sumber mata pencarian
sungguh tak berperikemanusian jer bunyinya.... bukan ke sepatutnya PLUS 
membantu mereka2 ni...kalau macam tu lain kali bubuh nama anak ...

Sudahnya semalam kami takdelah singgah makan lempeng tu... beli air jer...
pagi tadi rasa teringin pulak nak buat lempeng ni....kebetulan ada kelapa parut,
gaul jer dengan tepung gancum, sedikit garam dan 2 biji telur.... gaul dengan air
secukupnya..... hingga adunan seseuai untuk dijadikan lempeng....
sementara membuat lempeng tu...mama buat sambal tumis ikan bilis....

Apam polkadot ni ada dijual secara sejuk beku rupanya....
dalam sepeket tu ada 20 biji harganya RM5.....
bila nak makan just letakkan di suhu biasa....beberapa minit kemudian
dah boleh dimakan.....okeylah juga rasanya....

No comments:

Post a Comment