Wednesday, May 30, 2012

Lagi kes buang bayi....kembar pulak tu


Sepasang kembar jantan dan betina ini ditemui oleh anak jiran depan rumah kami....
anak kembar ini ditinggalkan oleh ibunya sejak dilahirkan....
tangisan sayu kembar ini menarik perhatian kami lalu melaporkan hal ini
kepada ibu bapa kami untuk meminta izin menjadikannya anak angkat...

Salah satu daripada kembar ini kelihatan agak lemah dan tidak bermaya
kerana disyaki amat merindui ibunya ...anak ini tidak mahu menyusu dan hanya mendiamkan diri...
pihak kejiranan belum dapat mengenalpasti  ibu kembar ini dan mengesyaki seekor
ibu yang meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di satu kawasan
berhampiran adalah ibu kepada pasangan kembar ini..... 
Ujian DNA tidak dapat dilakukan kerana jenazah tersebut telah dikebumikan
oleh jiran lain yg tidak mengesyaki apa2 ......

 Pasangan kembar malang ini kini dibawah jagaan Pikachu yang dengan 
rasa simpati amat mendalam hingga sanggup mengorbankan dirinya
untuk dijadikan ibu tumpang kepada anak2 ini....
 Mereka kini tinggal serumah bersama ibu yang juga baru beberapa bulan 
melahirkan anak dan masih menyusui anaknya....
ibu muda ini agak terganggu dengan kehadiran pasangan kembar tersebut
sikapnya yang dahulu mesra dan amat memanjakan bayinya....
kini bertukar bengis dan agak garang bila mendengar tangisan sayu sikembar....
Ibu muda ini dikurniakan 3 anak yang sedang aktif dan lasak bermain
anak2 ini sangat liar dan tidak menghiraukan amaran penjaga rumah agar
mengurangkan aktiviti lasak mereka....sebaliknya mereka menunjukkan 
sikap lepas laku dan tidak memperdulikan keadaan sekitar..... melompat, bergurau,
berlari ke sana ke mari...kekadang menggigit tuan rumah tanpa perasaan....
penjaga rumah melaporkan pernah berlaku kes buli yang dilakukan oleh ke tiga2 anak muda ini
malangnya ibu kepada ketiga2 anak ini menafikan sekeras2nya kejadian tersebut....

video
Tuan rumah tidak berputus asa ...bukti perlu dicari.....pada suatu hari ....
kedengaran anak kecil ini menjerit sayu meminta pertolongan.....ketika itu tuan rumah
sedang membancuh susu sibayi di dapur....sekembalinya tuan rumah bagi mendapatkan 
bayi tersebut.... kelihatan salah satu anak muda tersebut sedang membuli
bayi yang tidak berdosa itu tanpa belas kasihan.....mujur tuan rumah sempat merakam
kejadian tersebut tanpa disedari oleh sipelaku.....
Sipelaku disyaki merasa amat cemburu dengan kehadiran kembar ini yang
dikatakan amat menyerupai dirinya dari segi rupa paras.....
tuan rumah pernah melahirkan rasa gembiranya kerana kehadiran kembar ini
akan memeriahkan lagi suasana di rumah ini....lebih2 lagi bayi ini kelihatan
sangat comel dan menawan.....mungkin perbualan tuan rumah telah didengari
oleh anak muda ini yang sudah menyimpan dendam dan hanya menunggu
peluang untuk melepaskan kegeramannya.......
Bagaimanapun ibu kepada si pelaku telah memohon maaf dan berjanji
untuk memastikan kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang....
Tuan rumah kini memasang CCTV sebagai jaminan akan keselamatan
bayi kembar ini.......

Terkini........jam 1.15 tgh ketika azan zohor berkumandang.....
Anak kembar malang ini telah menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi...
setelah menolak untuk disusui oleh tuan rumah...keadaanya bertambah lemah..
Suasana sayu menyelubungi kediaman kami ....
anak malang tidak berdosa ini tidak pernah dibuli...
moga damai di sana nanti..... 

No comments:

Post a Comment