Sunday, August 7, 2011

Pie Roti daging



Sejak berpuasa ni roti tak laku rupanya kat rumah ni....bila tanya diorang kata tak sempat nak makan, dah mama asyik masak benda lain jer...bila masa nak makan roti.....

Aiman kata...."Bila siang memang nampak roti tu dah macam nampak pizza Hut jer....tapi bila malam... nampak macam roti minggu lepas jer...." Amboi amboi amboi.....walhal dialah yg mati kutu kalau takde roti kat rumah.....

Memang la ayah beli roti ni minggu lepas, dah nak expired ni ha, ehh hari ni berapa haribulan? Alamak semalam lar expired.....tapi rupanya elok jer lagi...ni mesti banyak bahan pengawet....apakehalnya... 1 loaf tak luak langsung...sayangnya.... mama buat puding roti nak tak....Takkk nakkk...amboii cepatnya Ira jawappp........emmm dah agak dah....

alaaa mama buat puding karemel roti...sedap apa.....lagiii larrr takkk nakkk...kalau puding karemel saja hari hari pun NAKKKK....banyak songeh punya budak.....banyak cengkadakk... mama boikot masak kang arrr..... errr jangan lar ma...nanti anak2 mama kurus kering.......

Kebetulan pulak pagi tadi sebelum pergi ke sekolah sempat dengar Tanyalah Ustaz...Ustaz tu kata lebih baik menginfak untuk keluarga bagi menggalak anak2 berpuasa dengan ikhlas... berbelanja lebih sikit untuk berbuka apa salahnya..asalkan tidak membazir....tapi jangan lupa infak untuk masjid dan anak yatim juga.....ermmm alahaiii....dengar tu mama.....ya lah tu....

Dialog semalam yg mengusik jiwa tu....menyebabkan mama menyelongkar dari satu dapur blog ke dapur blog orang lain....dengan muka tak malunya...mengopy resepi Pie Roti Daging kak Fida....anak2 punya pasal....

Buat inti dulu:

500gm daging kisar Ramly ...cuci & tos
1 cawan sayuran campur- jika suka...anak2 tak suka mama bubuh karrot jer
1 sb rempah kari @ biryani @ kurma...ikut selera
3 labu bawang Holland - dadu
6 garlic - tumbuk
sedikit halia - tumbuk
2 sb cili kisar
kicap cair/ sos ikan- kalau ada
Minyak zaiton @ minyak masak

Tumiskan bawng, garlic dan halia hingga wangi...masukkan rempah dan sos.
Masukkan daging kisar, gaul rata....sebab dah bubuh kicap cair dan sos ikan ...mama tak letak garam. Bila daging hampir masak masukkan karrot yg diparut. Bila dah kering, tutup api.

Untuk Hiasan:
daun bawang/ sup
cili merah hiris
keju Mozarella @ sebarang keju..


1 bungkus roti (400 gm) - siat2
1/2 cwn air
1 cwn susu

Rendamkan roti kedalam susu dan air.

4 biji telur
sedikit garam
sedikit esen vanilla
pewarna kuning/serbuk kunyit

Gaulkan rendaman roti dengan bahan2 di atas. Kacau hingga tidak berair.

Sediakan acuan pie, letak cawan kertas yg sesuai. Tuang adunan roti separuh acuan, isi sedikit inti, tutup dengan adunan roti. Tabur bahan hiasan...
Hiasan hasil tangan Arsyad....rajin pulak dia hari ni
balik jer dari sekolah terus tolong mama...

Bakar 170 djh celcius selama 20-25 minit.

Hasilnya selepas dibakar...

Okey kita hidang macam ni jer....macam terhangus sket la...

Untuk lauk nasi berbuka mama masak gulai lemak cili api daging dengan terung bakar.... panjangnya tajuk....

500 g daging - hiris nipis
4 biji kentang - belah 4
4 biji terung - dibakar & belah 2

Tumbuk lumat:
cili padi secukupnya
garam
1" kunyit hidup

3 serai - titik
2 tomato - belah 6
santan secukupnya

Rebus daging bersama perencah yg ditumbuk hingga hampir empuk, masukkan kentang. Bila kentang empuk masukkan terung bakar, santan dan tomato.

Lupa nak bubuh daun limau purut ....
kalau bubuh lagi wangi...

Kerang rebus dah siap kupas pun ada lagi, kali ni kita goreng bersama kacang panjang dan kacang buncis baki semalam jer lah.

Ni sayur kacang panjang goreng dengan kerang...
nak serupa jer dengan ayam goreng kunyit semalam



2 comments:

  1. bagus la cikgu idea buat pie roti daging ni.. saya kena cuba ni. sebab di rumah saya, selalu sangat kalau roti dah nak expired buat puding roti.. sampai dah tak terjamah pula.

    ReplyDelete
  2. Bukan boleh buat pie jer...pizza pun boleh. Karipap pun boleh...next time kalau saya buat, akan boh gambar kat sini...

    ReplyDelete