Tak boleh lah buat minggu depan...kan dah nak masuk hari2 10 yg terakhir...tak nak lah membiarkan malam2 tu untuk tujuan lain...buat dodol tu sekadar memenuhi tuntutan nafsu nak raya jer..... rugi lah kalau dibuat pada lailatul qadar.....
Dah 4 tahun berturut2 ayah bergotong royong buat dodol untuk penduduk taman ni...sebelum tu ayah dibantu oleh kami anak beranak jer buat dodol sendiri....tiap tahun mesti buat, kalau tak buat di kampung, kami buat sendiri di sini....Arsyad, Aiman dan Asyraf lah bergotong royong mengacau dengan ayah....mama, ira dan hana cuma tolong buat tahi minyak dan tolong tengok jer.....
Ayah beria sangat buat dodol ni sebab opah ayah mewasiatkan kawah milik keluarga kepada dia... memang besar dan berat sungguh kawah tu....
Resepi dodol ni ayah dapat dari opah....resepi turun temurun.....
4 kg beras pulut direndam - blend hingga jadi tepung
@ 4 kg tepung pulut- bancuh dengan air....hingga larut
8 kg santan
4 kg gula Melaka
2 kg gula
3 sb tepung beras - larutkan dengan air
2 kg santan - dijadikan tahi-minyak
Memula tepung pulut dibancuh dengan air hingga larut, kemudian masukkan ke dalam kawah.
Masukkan santan dan kacau dengan api sederhana. Bila tepung dan santan sudah sebati dan mulai memekat, masukkan gula Melaka dan gula. Kacau sentiasa agar tidak berkerak....
selepas beberapa jam, masukkan bancuhan tepung beras untuk mempercepatkan proses mengeras dodol tersebut.
Aiman jer sorang tolong ayah ya....
Asyraf tu dah tidur tak sedar diri....
Asyraf tu dah tidur tak sedar diri....
Bila dodol sudah hampir tua....
atau dah nak menjadi...masukkan tahi-minyak dan kacau rata.....
Bila dodol sudah tidak melekat di kawah...
maknanya dah jadi lah tu....selepas 5 jam mengayuh sudip...
Ni cara tradisi nak menanggalkan dodol dari sudip pengacau
kapit jer guna pelepah pisang.....terus masuk
ke dalam bekas2 yg disediakan
Dan hasil penat lelah ayah2 penduduk Taman Seksyen 8
BBBangi kita.....satu family dapat 3 bekas....
Alhamdulillah .....tahun depan InsyaAllah akan buat lagi...
http://abcmilo.blogspot.com/
http://sukahaha.blogspot.com/
http://inblog2share.blogspot.com/
http://www.tengkunizam.blogspot.com/
http://cruelgurlz.blogspot.com/
http://nazzwtf.com/blog/
http://www.bloghanz.com/
http://www.bemiesworld.com/
http://f-shafiqahamiruddin.blogspot.com/
http://qilarazak.blogspot.com/
http://sayecekla.blogspot.com/
http://sophisticatedgirllife.blogspot.com/
http://magribmenjelma.blogspot.com/
http://irfan4all.blogspot.com/
http://abcmilo.blogspot.com/
http://sukahaha.blogspot.com/
http://inblog2share.blogspot.com/
http://www.tengkunizam.blogspot.com/
http://cruelgurlz.blogspot.com/
http://nazzwtf.com/blog/
http://www.bloghanz.com/
http://www.bemiesworld.com/
http://f-shafiqahamiruddin.blogspot.com/
http://qilarazak.blogspot.com/
http://sayecekla.blogspot.com/
http://sophisticatedgirllife.blogspot.com/
http://magribmenjelma.blogspot.com/
http://irfan4all.blogspot.com/
saiz kawah besar mana utk resipi ni?
ReplyDelete