Friday, January 13, 2012

Pasembor ......aka Rojak Mamak

Untuk cekodok dia, ada 3 jenis ...tapi dibuat sekali ....kemudian kita bahagi 3 dan 
perisakan mengikut perkara berikut-

Untuk asas cekodok: 
1 kg tepung, 1 telur, garam, 2 sb butter/margerine, 900 ml air suam...
1 cawan udang kering yg dah diblend....
1 bungkus Mauripan + sedikit gula+ 1 cwn air suam...biar berbuih...

Untuk cekodok kelapa tambah dan gaul:
2 cawan kelapa parut
4 sb tepung beras
1 sb gula

Untuk cekodok bawang tambah dan gaul :
3-4 daun bawang- cincang
2-3 daun ketumbar- cincang
3 lada hijau- cincang

Untuk cekodok Kuning tambah dan gaul:
1 sk serbuk kunyit

Tempe goreng celup tepung, fish cake goreng,
tepung goreng 3 perisa dan tauhu goreng
yang telah dihiris
Sengkuang dan timun dihiris 

Telur rebus 

Untuk kuahnya blend bahan-bahan berikut:


15 tangkai cili kering - goreng
3 sb udang kering- goreng
5 biji bawang


2 sb sos tiram
2 sb kicap pekat
seketul gula melaka
garam dan minyak


2 biji keledek - rebus dan blend
3 sb bijan goreng secara sangai...
secawan kacang tanah- goreng & blend kasar


Tumiskan bahan yang diblend hingga naik bau....biar merenih
masukkan sos tiram. kicap pekat, garam, gula melaka secukupnya....
tambah air rebusan keledek, kacang tanah blend dan bijan
tambah bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan kuah...
sesuaikan rasanya.....

Campurkan semua bahan tersebut dan curah kuahnya

No comments:

Post a Comment