Subuh Rabu 21 Disember 2011 mama dikejutkan dengan bunyi telefon....masa tu dok dalam toilet,,,maka berhenti senirilah telefon tu....tak lama lepas tu sms menyusul....Innalillah....
Pak Long masuk ICU sebab serangan jantung.... terus call pakcik Ali dan jam 8.00 kami bertolak ke JB.
Sampai di blok C Jabatan Kardiologi Hospital Aminah jam 11.30 pagi. Belum waktu lawatan....
Mak Long dan anak2nya dah menunggu di luar wad....
Ini laporan Doktor yang membuat rawatan....
Pakcik Ali tengah membaca zikir Rukyah.....
Alhamdulillah PakLong dah memberi respon bila disentuh jemarinya...
Pak Ngah Omar pun sama membaca ayatul Quran...
moga Pak Long segera sembuh....
Kami hanya dibenarkan masuk 2 orang sekali sahaja...sementara menunggu giliran
untuk masuk ke dalam wad...MakLong nampak sedikit lega...
Kesempatan anak cucu berjumpa dan bermain....kanak2 dibawah umur 12 tahun
dilarang masuk ke wad....
Sementara menunggu waktu lawatan jam 4.30 petang kami berkelah
makan tengahari di Pantai Danga Bay...
Hujan renyai turun selepas selesai kami makan....ni jer tempat
berteduh yang ada....
Tempat ni masih belum dibuka ....
Tak dapat nak main beca roda tiga ni....sempat posing pun jadi lah....
Jumpa anak belangkas tepi pantai.....
Menurut pakar antara tanda-tanda serangan jantung @ penyakit Arteri Koronari (CAD) adalah seperti berikut
• Dada merasa tidak selesa sekali sekala.
• Rasa kelesuan dan keletihan
• Ketidakselasaan pada satu atau kedua-dua lengan, punggung, leher, rahang atau perut.
• Sesak nafas
• Rasa mual (perasaan sakit perut) muntah, pening kepala dan hilang kordinasi.
• Kerap berpeluh tanpa sebab.
Menurut pakar separuh daripada pengidap CAD maut dan sering kali dikaitkan pembunuh nombor 1 secara senyap, kerana kebanyakan orang mereka tidak mengetahui mereka mempunyai potensi besar sebagai pengidap CAD. Oleh itu buatlah pencegahan.
No comments:
Post a Comment