Wednesday, December 7, 2011

Bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah Day 1 and 2



Selesai breakfast dalam flight....nasi goreng dan ikan dory masak sambal....
Ayah ada kerja lapangan di Zen Gardern Hotel yg runtuh bulan Mei lalu .... selepas beberapa hari peristiwa Tanah runtuh di rumah anak yatim, Batu 14 Langat. Kisahnya tidak berapa diketahui ramai kerana tidak melibatkan kemalangan jiwa agaknya. Disember, 2010 ayah bersama seorang Profesor dari Jepun sempat menginap di sini kerana ada kerja lapangan dan seminar di KK.

Perjalanan kami menaiki MAS pada jam 9.20pg.... mama, ayah, Ira, Hana dan Arsyad. Makcik Lin, Nurul dan Aqela pun ikut sama tapi diorang naik flight lain. Flight diorang walaupun terbang dulu, jam 9.00 pg tapi sebab transit di Labuan, maka kami yg sampai di KK dulu. Selepas 30 minit menunggu baru diorang sampai. Kami menyewa van 12 seater, sangat selesa untuk 8 orang. Menggunakan Diesel, so kos minyak pun cuma RM100 jer...utk perjalanan ke Kundasang dan sekitarnya, balik ke KK..... rasa berbaloi sangat....harga sewanya pun agak berpatutan RM250 sehari... walaupun kami sewa sebenarnya 4 hari 3 malam, diorang cuma charge 3 hari jer.... RM750 sahaja..... sesiapa yg berminat boleh contact Us Akmal 019-8313031. Nak kereta apa, cakap jer InsyaAllah dia akan carikan....
 Sementara tunggu Makcik Lin, Nurul dan Aqeela sampai....
Sesampai ke KK kami menyewa van ...untuk kegunaan selama 4 hari
Sesampai di airport...biasalah Ira dan Arsyad akan mengadu lapar dan dahaga....sebab dah terpandang dan terbau KFC dan McD.... so diorang pun beli lah 12 ketul ayam goreng untuk dinner malam ni kat hotel. Ayah kata kat Kundasang susah nak cari tempat makan kalau dah lewat petang atau malam. So sebagai langkah keselamatan dan berjaga2.... bab makan memang kena jaga sungguh.....hehe....
Ayah sempat menelefon rakannya Dr Ismail
 Nasi Kukus dengan Ayam goreng rempah di Restoran Senario
Hana makan nasi dengan ayam goreng pandan...

Sebelum ke Kundasang kami makan tengahari di Restoran Senario, di Alamesra berdekatan UMS. Kat area ni memang banyak kedai makan orang Islam.... so dah ternampak restoran ini yg ramai orang, maka kami singgah makan di sini. Ayah sempat call kawannya Dr Ismail yg bertugas di UMS. Bila nampak jer dia, anak2 pun tegur.... ehhh ma macam pernah nampak jer kawan ayah tu.... ya lah, kan dia pernah datang rumah kita.....
Sempat singgah dan melintasi Jambatan Tamparuli...
memula naik memang gayat...sbb bergoyang2 semacam jer....

Jambatan untuk menyeberangi Sungai Tamparuli....
sebelum ni dengar cerita jer.....

Penduduk tempatan ramai yg menggunakan khidmat jambatan ini....

Ira ngan Arsyad takde rasa gayat pun seronok jer dia berjalan
dan beraksi...yg Hana cuma menapak 4 ke 5 langkah jer...
dah ngetar.....tunggu kat situ jer sampai ke sudah....

Lepas makan, kami bergerak ke Kundasang dalam hujan renyai dan menempuh kabus sepanjang jalan.... kami cadang nak singgah solat di Masjid Tamparuli, tapi malangnya masjid tersebut sedang dibaik pulih dan dinaiktaraf. So sempat naik titi gantung di Tamparuli jer.... Alhamdulillah kami sempat sampai di Hotel Cottage sebelum asar berakhir... sempat jamak Qasar Zuhur Asar. Lepas Maghrib, masing2 keletihan... cadangnya nak keluar makan2 tapi selepas merehatkan badan kat katil... ayah terlelap.... maka kami pun masak meggi jer makan dengan KFC.... Alhamdulillah kenyang....

Ni Hotel Cottage tempat kami menginap di Kundasang
8 orang kami sewa 2 bilik suite king....RM210 sebilik untuk 1 malam
Lepas sarapan di pekan Kundasang...penama kedai tu lupa pulak
Gunung Kinabalu kat belakang tu diselaputi kabus tebal

Dalam perjalanan ke Hotel Perkasa ada tempat meninjau
dan mengambil gambar gunung.....

Ayah dah banyak kali sampai sini....akhirnya....
dapat juga bawa mama bergambar kat sini...

Tengoklah tu.... titi gantung secoet tu pu pun tak berani nak panjat...

Mama dan Makcik Lin dihadapan Chalet Hotel Perkasa....
comel2 chaletnya.... next time kita dok sini eak....cam best jer...

Keesokkan paginya selepas subuh jam 6 pagi, kami mencari restoran ..... Ira dan Arsyad tak bangun lagi, tinggal jer kat hotel..... kami berenam makan di restoran yg menghadap ke Gunung Kinabalu. Subhanalllah cantiknya pemandangan.... kabus masih menyelaputi sebahagian gunung.... awan dan kabus beransur hilang dan menampakkan keindahan gunung di hadapan mata.... aghhh akhirnya sampai juga kami ke daerah ini.... Alhamdulillah syukur.....

Kemudian kami ke Hotel Perkasa, ada titi gantung juga di sini....cantiknya hotel ni.... cuba nak menginap di sini, tapi sebab dah lambat sangat agaknya hotel dah full booked. Anak buah Makcik Lin dapat duduk di sini sbb booking bulan Mei, kebetulan pulak, dia yg berkahwin dengan orang Tawau juga sedang bercuti ke sini...jumpa sekejap di Hotel ni....

Terimakasih ayah......

No comments:

Post a Comment