Friday, July 29, 2011

Lelaki lebih ramai....

Kat berita TV3 pagi ini jam 7.30 pg kata, hasil bancian 2010 menunjukkan golongan lelaki lebih ramai daripada perempuan.....ermm apakah maknanya....

Selama ini ramai beranggapan perempuan lebih ramai, maka tersenyum meleret kaum adam....hehe...nak buka cawangan lah tu. Tapi kini tidak lagi kot.....dan kaum hawa sebenarnya masih mempunyai banyak pilihan...cuma janganlah memilih sangat ya...pilihlah berdasarkan Istikharah kepada Allah .....


pix_gal0

Jumlah lelaki lebih ramai

Berita Harian Sabtu 30 Julai 2011:

PUTRAJAYA: Penduduk Malaysia kini berjumlah 28.3 juta, pertumbuhan dua peratus untuk tempoh 10 tahun lalu dengan bilangan lelaki mencecah 14.56 juta orang, iaitu lebih tinggi berbanding 13.77 juta wanita.
Data muktamad Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, pada sidang media Pemakluman Laporan Taburan Penduduk dan Ciri-Ciri Asas Demografi Banci 2010 di sini, semalam.

Berdasarkan data itu, bilangan lelaki melebihi perempuan dengan nisbah 106:100. Mengikut negeri pula, Pahang mempunyai paling ramai lelaki (113), diikuti Johor (112), Negeri Sembilan (107), Sabah (107), Selangor (107), Labuan (107) dan Sarawak (106), manakala bilangan lelaki kurang daripada perempuan untuk Putrajaya (89) dan Perlis (97).


No comments:

Post a Comment