Showing posts with label SEADPRI. Show all posts
Showing posts with label SEADPRI. Show all posts

Monday, May 30, 2011

Puspavathy Ramaloo rakam Aduan Rakyat di rumah kami...




Pada Sabtu 28 Mei 2011 Puspavathy Ramaloo, pembaca berita Aduan Rakyat TV3 datang bersama cameramen dan driver dia untuk mewawancara ayah berkaitan bencana tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Punyalah lama bincang,dan rakam bagai...tapi yg keluarnya cuma ciput tu jer....





Saturday, May 28, 2011

Gambar ayah di Harian Metro 28/05/2011

Foto Menarik
Penyelaras Program Bencana Geologi, Prof Madya Dr Tajul Anuar b Jamaluddin, ketika mengukur kecerunan bukit di sekitar Rumah Anak Yatim Al-Taqwa Sungai Gahal, Hulu Langat. Foto oleh: Ahmad Irham Mohd Noor (Harian Metro- 27/05/2011)

Tuesday, May 24, 2011

Ayah masuk Sinar Harian pulak...

Petang Ahad 22 Mei 2011, masa tu ayah baru jer nak berbaring2 melepaskan penat seharian di lokasi tanah runtuh... baru nak terlelap dah ada orang call....Pemberita Sinar Harian rupanya...selepas hampir 30 minit ditemuramah... ulasannya hanya terbit pada Selasa 24 Mei 2011. Mama tau pun sebab makcik Yati call dari Kulai bagitau ....hehe...


Perlu pantau kawasan potensi tanah runtuh














SHAH ALAM – Kerajaan di saran melakukan kajian menyeluruh terhadap semua kawasan berpotensi berlakunya kejadian tanah runtuh di seluruh negara.

Pakar geologi, Prof Madya Dr Tajul Anuar Jamaluddin berkata,pemantauan akan mengelakkan kejadian tanah runtuh dan kehilangan nyawa berulang.

“Fenomena hujan semakin berubah atas faktor iklim semasa dan kejadian tanah runtuh semakin kerap berlaku menimbulkan keresahan masyarakat terutama di kawasan cerun.

“Selain itu, faktor pertambahan penduduk di sesuatu kawasan dengan memilih kawasan cerun dan berbukit perlu dipantau supaya kejadian sama tidak berulang,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, kempen secara meluas mendidik masyarakat perlu dilaksanakan bagi menimbulkan kesedaran awam mengenai bahaya bencana tersebut.

“Mereka yang tinggal di lereng bukit perlu dididik dan dimaklumkan mengenai keperluan dan langkah pencegahan mengenai cara mengekalkan bukit dan kawasan sekelilingnya.

“Tindakan wajar dengan melakukan penstrukturan penahanan cerun dan membuat longkang sempurna bagi mengelakkan ia berlaku.

Dr Tajul berkata, pemasangan alat pemantauan pergerakan cerun antara langkah yang dapat memberi isyarat awal mengenai pergerakan tanah atau potensi tanah runtuh kepada kawasan kediaman.

Katanya, aktiviti di sekeliling kawasan bukit seperti penebangan pokok dan pemotongan tanah yang salah penyebab utama tanah runtuh berlaku.

“Ini kerana pokok merupakan penadah air hujan dan jika ditebang, air yang turun dari bukit akan menggunakan tanah atau cerun untuk mendapan dan laluan lantas menyebabkan hakisan dan tanah runtuh,” katanya.

ihsan- Sinar Harian Selasa 24 Mei 2011.

Monday, May 23, 2011

Laporan ayah di Utusan Malaysia 23 Mei 2011

Potong cerun tak ikut spesifikasi
Dr. Tajul Anuar Jamaluddin menunjukkan gambar satelit 3D terdapat kerja-kerja tarahan manusia di atas cerun berdekatan Rumah Persatuan Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat, semalam. - BERNAMA

HULU LANGAT 22 Mei - Pemotongan cerun yang tidak mengikut spesifikasi selain aktiviti penebangan pokok getah di atas cerun berkenaan dipercayai menjadi punca kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 16 nyawa di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, di sini, semalam.

Menurut Penyelaras Program Bencana Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Tajul Anuar Jamaluddin, jangkaannya itu dibuat setelah meneliti sendiri keadaan di sekitar tempat kejadian itu pagi ini.

"Sebelum ke sini, saya melihat imej kawasan sekitar dari udara dan mendapati terdapat kawasan lompang di atas cerun tersebut dipercayai akibat aktiviti manusia.

"Apabila tiba di sini, saya pergi ke kawasan tersebut dan mendapati ia hanya ditumbuhi pokok-pokok resam. Penduduk sekitar memberitahu memang terdapat aktiviti menebang pokok getah di kawasan itu," katanya kepada pemberita selepas meninjau di kawasan sekitar.

Tambahnya, keadaan itu diburukkan lagi apabila keadaan cerun yang dipotong bagi membina bangunan tersebut tidak menepati ciri-ciri keselamatan sepatutnya.

"Akibat hujan lebat, air yang bertakung di kawasan lompang itu seterusnya mengalir ke kawasan cerun mengakibatkan ia tidak stabil lalu berlaku runtuhan.

"Cerun itu dipotong tidak mengikut ciri-ciri keselamatan sepatutnya. Saya fikir, mereka tidak mendapatkan nasihat jurutera profesional bagi menjalankan tugas-tugas tersebut," ujarnya

Berdasarkan pemerhatiannya, beliau memberitahu, keadaan tanah di situ masih belum stabil kerana terdapat rekahan-rekahan besar di atas kawasan curam tersebut.

"Ia boleh runtuh pada bila-bila masa terutamanya jika berlaku hujan lebat sekali lagi. Saya juga telah menasihatkan pihak berkuasa agar tidak membawa masuk jentera berat kerana ia boleh menyumbang kepada gegaran tanah.

"Saya fikir, elok dibiarkan selama dua atau tiga hari bagi membolehkan keadaan tanah itu kembali stabil sebelum kerja-kerja pembersihan dijalankan," katanya.