Tuesday, May 24, 2011

Ayah masuk Sinar Harian pulak...

Petang Ahad 22 Mei 2011, masa tu ayah baru jer nak berbaring2 melepaskan penat seharian di lokasi tanah runtuh... baru nak terlelap dah ada orang call....Pemberita Sinar Harian rupanya...selepas hampir 30 minit ditemuramah... ulasannya hanya terbit pada Selasa 24 Mei 2011. Mama tau pun sebab makcik Yati call dari Kulai bagitau ....hehe...


Perlu pantau kawasan potensi tanah runtuh














SHAH ALAM – Kerajaan di saran melakukan kajian menyeluruh terhadap semua kawasan berpotensi berlakunya kejadian tanah runtuh di seluruh negara.

Pakar geologi, Prof Madya Dr Tajul Anuar Jamaluddin berkata,pemantauan akan mengelakkan kejadian tanah runtuh dan kehilangan nyawa berulang.

“Fenomena hujan semakin berubah atas faktor iklim semasa dan kejadian tanah runtuh semakin kerap berlaku menimbulkan keresahan masyarakat terutama di kawasan cerun.

“Selain itu, faktor pertambahan penduduk di sesuatu kawasan dengan memilih kawasan cerun dan berbukit perlu dipantau supaya kejadian sama tidak berulang,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, kempen secara meluas mendidik masyarakat perlu dilaksanakan bagi menimbulkan kesedaran awam mengenai bahaya bencana tersebut.

“Mereka yang tinggal di lereng bukit perlu dididik dan dimaklumkan mengenai keperluan dan langkah pencegahan mengenai cara mengekalkan bukit dan kawasan sekelilingnya.

“Tindakan wajar dengan melakukan penstrukturan penahanan cerun dan membuat longkang sempurna bagi mengelakkan ia berlaku.

Dr Tajul berkata, pemasangan alat pemantauan pergerakan cerun antara langkah yang dapat memberi isyarat awal mengenai pergerakan tanah atau potensi tanah runtuh kepada kawasan kediaman.

Katanya, aktiviti di sekeliling kawasan bukit seperti penebangan pokok dan pemotongan tanah yang salah penyebab utama tanah runtuh berlaku.

“Ini kerana pokok merupakan penadah air hujan dan jika ditebang, air yang turun dari bukit akan menggunakan tanah atau cerun untuk mendapan dan laluan lantas menyebabkan hakisan dan tanah runtuh,” katanya.

ihsan- Sinar Harian Selasa 24 Mei 2011.

No comments:

Post a Comment