Thursday, February 16, 2012

JOM BELAJAR DI MESIR.....


Peristiwa kebangkitan rakyat Mesir memberontak sehingga menyebabkan kesemua pelajar Malaysia di sana terpaksa dihantar pulang memang sesuatu yang mengejutkan. Kejutan pertama.... tak sangka akhirnya rakyat Mesir berani menyuarakan ketidakpuasan hati mereka atas ketidak adilan pemimpin mereka. Kejutan keduanya...wahhhh tak sangka ramainya rakyat Malaysia sebenarnya yang sedang melanjutkan pelajaran di sana..... buat Perubatan pulak tu..... kalau nak buat perubatan di Malaysia mesti susah nak dapat sebab pelajar mesti memiliki sijil Matrikulasi atau Asasi Sains dengan sangat cemerlangnya...4A.... bukan semua yg berminat nak buat Medic mampu untuk mencapai kelayakan tersebut. Tetapi jangan risau....kita masih berpeluang merealisasikan impian tersebut.....
Bermula dari pengalaman memegang beberapa portfolio penting dalam kepimpinan organisasi pelajar selama di Mesir, pengasasnya Syed Fuad, mula memerhati dan mendalami suasana sosiobudaya di Mesir. Semangat membantu pelajar-pelajar baru ketika itu berkembang dan terus berkembang. Pada tahun 2008, pengasas Daulah Educonsult telah dilantik menjadi Pegawai Hal Ehwal Pelajar AQ Mesir. Sebagai wakil syarikat tersebut di Mesir, beliau telah membina hubungan baik dengan universiti-universiti di Mesir. Peluang tersebut benar-benar membantu beliau untuk menguasai selok-belok birokrasi dan prosedur pendaftaran pelajar ke universiti-universiti di Mesir.
Pada tahun 2012, sepulangnya beliau dari Mesir, berbekalkan 4 tahun pengalaman mengurus pendaftaran dan penempatan pelajar, Daulah Educonsult ditubuhkan bagi merealisasikan impian beliau dalam bidang pendidikan ini.

Daulah Educonsult memulakan langkah awal dengan menyediakan khidmat nasihat bagi mereka yang memerlukan khususnya berkait dengan perihal pemilihan bidang pengajian dan institusi pengajian. Menyedari kepelbagaian tahap kemampuan insan dan mempercayai keajaiban yang bakal muncul dari cita-cita dan semangat, menjadi aspirasi syarikat ini dalam memberikan khidmat nasihat.
Khidmat nasihat ini akan disusuli dengan perkhidmatan pendaftaran dan penempatan di institusi yang telah dipilih.

Kepada mereka yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian atau Pengajian Islam di Mesir dan sedang menunggu keputusan SPM 2011 atau memiliki SPM 2010 kami sedia menawarkan bantuan untuk mendaftar di Universiti Al Azhar, manakala universiti lain menerima  sijil SPM 2005 -2011.
Kami menawarkan perkhidmatan mendaftarkan dan mengurus kemasukan pelajar Malaysia ke Universiti2 tertentu di sana.

Bidang Perubatan :

  1. Universiti Al-Azhar
  2. Universiti Zaqazig
  3. Universiti Tanta
  4. Universiti Mansoura
  5. Universiti Alexandria

Bidang Pergigian :

  1. Universiti Al Azhar
  2. Universiti Tanta
  3. Universiti Alexandria

Bidang Farmasi :

  1. Universiti Zagazig
  2. Universiti Alexandria

Bidang Pengajian Islam (Ulum Islamiah )  :

  1. Universiti Al-Azhar

Permohonan ke Jurusan :
  • Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Surgeri
  • Ijazah Sarjana Muda Pergigian & Surgeri
  • Ijazah Sarjana Sains Farmasi
Mendapat sekurang-kurangnya pangkat "B"  dalam SPM bagi mata pelajaran berikut ini :
bahasa melayu   bahasa inggeris  sejarah  matematik 2 
matematik tambahan  biologi   kimia   fizik
Permohonan ke Jurusan :
  • Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah ( Pengajian Islam & Bahasa Arab )
Calon pelajar perlulah mendapat keputusan minima pangkat "B" bagi setiap mata pelajaran di dalam SPM                 
Nota :
Daulah Educonsult percaya bahawa keputusan silam bukan penentu dalam kejayaan di mana-mana bidang yang diceburi. Kepercayaan ini mendorong Daulah Educonsult untuk cuba membantu mereka yang memiliki masalah seperti mendapat pangkat "C" bagi beberapa mata pelajaran. Daulah Educonsult amat berbesar hati untuk membantu mereka sekiranya kesungguhan , minat dan semangat mereka terserlah . Sila hubungi Daulah Educonsult untuk penjelasan.





Untuk maklumat lanjut sila hubungi 



Puan Zaharah Osman di 0162151392 



@ email: zatajul@gmail.com

3 comments:

  1. Salam puan :)
    saya pelajar spm 2012. Saya sgt berminat and looking forward untuk belajar di Mesir after spm. Boleh saya tahu dengan lebih lanjut lagi mengenainya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply... sesiapa yg nak mendaftar boleh email saya zatajul@gmail.com

      Delete
  2. salam puan
    sya lpasan spm 2015 bleh ka sya mohon ?
    adakah phk daulah trlibat dlm pngurusan biasiswa pljr?
    sya amt brmnat..

    ReplyDelete