Wednesday, December 8, 2010

Khasiat Petai

Petai atau nama saintifiknya Parkia speciosa dikenali sebagai kekacang busuk (stinky beans) di Australia. Nama lainnya zawngtah, peteh, sataw dan yongchaak.



Mungkin anda akan mengubah persepsi tentang petai selepas membaca tentang kebaikannya yg telah dibuktikan secara saintifik:

Petai mengandungi gula semulajadi- sukrosa, fruktosa dan glukosa. Ditambah pula dengan kehadiran serat, ia memberi bekalan tenaga segera, tambahan dan simpanan. Kajian menunjukkan dengan pengambilan 2 hidangan petai cukup untuk membekalkan tenaga kerja berat selama 90 minit. Sepatutnyalah petai menjadi hidangan para atlit berjaya di dunia. Bukan hanya membekal tenaga petai juga membantu kita mengekalkan berat badan. Ia juga dipercayai membantu mengelak atau mencegah dari pelbagai penyakit. Kemurungan:Kajian yg dilakukan oleh MIND menunjukkan petai dapat mengurangkan sindrom kemurungan. Ini kerana petai mengandungi tritofona, sejenis protein yg akan ditukarkan kepada serotinina oleh badan, menyebabkan badan merasa lega, meningkatkan rasa seronok dan membuat kita lebih gembira.

Sindrom Pra Haid: Lupakan saja pil penahan sakit, makanlah petai. Kandungan Vitamin B6 di dalam petai membantu melancarkan perjalanan glukosa di dalam darah, yg akan mempengaruhi emosi kita.

Anemia: Petai mengandungi kadar zat besi/ ferum yang tinggi, membantu meransang pengeluaran haemoglobin dalam darah secara langsung akan mengurangkan anaemia.

Tekanan Darah Tinggi: Petai yg unik ini dipercayai mengandungi kadar potassium tinggi yg rendah garam, cukup baik untuk mengurangkan tekanan darah. Kajian ini disokong oleh US Food and Drug Administration, yg membenarkan penggunaan petai untuk mengurangkan risiko tekanan darah dan angin ahmar.

Kuasa Minda 200 orang pelajar sekolah di Twickenham (Middlesex) diberi hidangan mengandugi petai untuk sarapan, makanan ringan dan makan tengahari untuk meningkatkan keupayaan minda mereka. Didapati, kandungan potassium di dalam petai menyebabkan mereka lebih fokus semasa belajar.

Sembelit: Kandungan serat yg tinggi di dalam petai membantu mereka yg menghadapi masalah sembelit tanpa mengambil julap.

Senak Perut: Salah satu cara paling berkesan untuk mengatasinya ialah dengan membuat milkshake petai bercampur madu. Petai dengan bantuan madu akan melegakan ketidak selesaan perut, meningkatkan kadar gula dalam darah manakala susu membantu melegakan dan megembalikan kekurangan air dalam badan.

Pedih Hulu Hati: Petai merupakan antasid secara semulajadi, jadi sekiranya anda mengalami pedih hulu hati, makanlah petai, InsyaAllah ia akan melegakan..

Morning Sickness: Mengambil petai di dalam hidangan atau sebagai kudapan akan meningkatkan kandungan gula darah dan dapat mengelakkan rasa mual bagi mereka yang sedang mengandung.

Gigitan Nyamuk: Dengan menyapukan bahagian dalam kulit petai pada kawasan gigitan nyamuk, didapati dapat mengurangkan rasa gatal dan bengkak.



Saraf: Kandungan vitamin B yg tinggi dalam petai dapat membantu melegakan sistem saraf.

Lebih berat badan: Petai dipercayai dapat mengurangkan berat badan. Kajian yg dilakukan di Institut Psikologi di Austria menunjukkan berlebihan berat badan berpunca daripada perasaan tekanan yg menyebabkan tekanan darah tinggi. Dengan mengambil petai, seseorang akan dapat mengurangkan tekanan perasaan yg menyebabkan darah tinggi. Secara langsung, akan mengurangkan risiko berlebihan berat badan.

Ulser: Petai merupakan makanan yg dapat mengelak dari masalah sistem penghadaman. Petai dapat menutralkan asid berlebihan di dalam sistem penghadaman dengan cara menyaluti seluruh permukaan perut kita.

Mengawal Suhu badan:
Sesetengah kaum tertentu menganggap petai sebagai "makanan penyejuk" yg dapat merendahkan suhu badan secara fizikal dan emosi ibu mengandung. Contohnya di Hoiland, ibu mengandung mengambil petai supaya bayi yg dilahirkan mempunyai suhu rendah.
Seasonal Affective Disorder (SAD) :
Didapati petai membantu pengidap SAD kerana kangungan Triptofananya boleh meningkatkan nilai emosi secara semulajadi.
Petai can help SAD sufferers because they contain the natural mood enhancer, tryptophan.

Merokok:
Petai dipercayai membantu seseorang untuk berhenti merokok. Kandungan vitamin B6, B12, Potasium dan Magnesium didapati membantu proses pemulihan akibat kesan sampingan nikotina.

Tekanan emosi:
Potasium merupakan mineral sangat penting, yg membantu mengawal degupan jantung secara normal , untuk menghantar oksijen ke otak dan mengawal keseimbangan air dalam badan.Kadar metabolisme seseorang akan meningkat semasa mengalami tekanan emosi, tugas potasium untuk merendahkannya. Dengan mengambil petai yg tinggi potasium, keadaan ini akan terkawal.

Angin Ahmar:
Mengikut kajian dalam "Jurnal Perubatan New England" memakan petai dalam diet seharian akan mengurangkan risiko kematian akibat angin ahmar sehingga 40%.

Ketuat:
Mereka yg menggunakan kaedah semulajadi untuk mengatasi masalah ketuat mendapati, dengan menggosokkan isi petai dan membiarkannya akan membunuh ketuat. Letakkan sedikit petai di bahagian ketuat, tampal dengan plaster, biarkan beberapa jam.

Kesimpulannya, petai merupakan penyembuh semulajadi untuk beberapa penyakit. Berbanding dengan epal, petai mengandungi 4 kali ganda protein, 2 kali ganda karbohidrat, 3 kali ganda posforus, 5 kali ganda vitamin A dan zat besi/ferum, dan 2 kali ganda vitamin dan mineral yg lain. Juga kaya dengan potasium yg merupakan makanan paling berkhasiat yg mudah didapati. Jadi mungkin kini tibalah masanya untuk kita menukar frasa yg biasa kita dengar ini kepada " A Petai a day keeps the doctor away".

2 comments:

  1. Alhamdulillah... ketuat di tapak kaki anak saya yg dah bertapak di situ selama lebih 5 tahun hilang terus selepas dibubuh petai sekali jer....

    Memula bersihkan ketuat tu, gosokkan petai kat ketuat, tampal sedikit petai pada ketuat dengan plaster, biar semalaman.

    Esoknya kecut dan beberapa hari kemudian bersih terus....kenapalah lambat sangat mama tahu benda ni...katanya sambil mengucapkan syukur....sbb lepas ni tak payah nak buang secara brutal...kena korek dengan ketip kuku sampai berdarah...huhu sakit....

    selamat mencuba.

    ReplyDelete
  2. Best sangat petai ni nyum3. Senang-senang lawatlah www.kindhearty.blogspot.com

    ReplyDelete