Friday, April 19, 2013

Sekitar Penamaan Calon Ust Shafie Ngah calon PAS BBBangi.....

Sabtu 20 April 2013 Kami hanya sempat pergi pada jam 10 pagi.....
Hari ni juga Hari Penyampaian Anugerah Cemerlang sekolah Hana
dibuat di ESSET/ KWSP, sudahnya Hana pergi sendiri bawa MyVi..... 

Mama ngan Ayah lebih bersemangat waja nak pergi ke sini
Tak dapat nak datang awal sebab...Arsyad demam...
lepas tu kena hantar Iera sekolah ada kelas Tambahan.....

Sesampainya kami di sini semua penyokong yang hadir dari
kawasan Pasar Basah BBBangi pun sedang berehat
selepas berarak beramai2 ke Stadium ini.....

 Stadium Seksyen 15, BBBangi kelihatan lebih Hijau
pada hari ini.....memang ramai sungguh berbanding PRU12 dulu...

Rata2 yang datang adalah penduduk sekitar Bangi.....ramai wajah
yang dikenali.....

Muslimat duduk elok bersusun walau di bawah panas terik
mentari pagi.....semangat Pertiwi......

Anak2 pun turut sama memeriahkan suasana .....seronok berlari ke sana sini

Ramai anak muda terutamanya Mahasiswa dari Universiti
di sekitar Bangi....UKM, Uniten, dll...

 Kibaran bendera kecil besar meredup suasana hangat ini....


Di seberang sana Balapan....Lawan yang membiru.....
lebh ramai bendera dari penyokongnya.....itupun tidak diketahui
penyokong dari mana sebab dihantar oleh 4 buah Bas sekolah...

Di pihak Pas takde satu Bas pun.... semua dengan rela hati datang sendiri,
naik kereta, motor, basikal atau berjalan kaki.....

Jumlah Muslimat mewakili separuh daripada yang hadir pada hari ini....

Semua berdiri sewaktu SPR mengumumkan nama calon....

laungan Takbir dan selawat.....

Amboooiiii lawanya jubah penyokong ni....

Jumpa dengan Pakcik Ali.....

juga Makcik Jie.....

Inilah calon yang kita nak pangkah nanti.....

Walaupun selepas diumumkan nama calon bertanding,
sepatutnya dah boleh balik dah...tapi mereka masih
setia berdiri di sini.....

Memasing membuka bekalan makanan yang disediakan....
baru terasa lapang dada dan terasa lapar dahaga.....
InsyaAllah kita akan menang besar kali ini
Takbir....AllahuAkhbar.....


1 comment:

  1. Manifesto Bangi takde pembaikan jalan raya ke?
    Can you request from Ustaz Shafie to fix our jalan raya? Banyak seksyen dah jalan penuh dgn potholes.

    Sekian terima kasih.

    ReplyDelete