Tetiba pakcik Ali sms...nak Sony tablet tak....32G RM1.2k....ehh jap...tablet apa pulok nih.... pil? siapa yg sakit...ubat sakit apa eak...hahaha.... bluurrr....jom kita tanya incik google.....
owhhh ini rupa paras si Sony tablet rupanya...jauh menyimpang sungguh!!!
Luar alam punya ketinggalan .... kalau cakap iPad tu tau ler juga hehe....
Ia diperkenalkan dengan dua saiz pengstoran iaitu 16GB dan 32 GB versi wi-fi sahaja yang dilengkapi Android 3.2 boleh dinaik taraf kepada Android 4.0 di masa depan. Peranti tablet pertama keluaran Sony itu dijangka dijual pada harga sekitar bawah RM2,000 untuk bersaing dengan jenama-jenama lain di pasaran
owhhh ini rupa paras si Sony tablet rupanya...jauh menyimpang sungguh!!!
Luar alam punya ketinggalan .... kalau cakap iPad tu tau ler juga hehe....
Since dah tau ni terasa nak bagitau kat orang lah pulak...kunun macam pandai ler...walhal....haha...jadi kena guna ayat skema sket kot....sebenarnya translate jer nih....yang lebih kurang gini katanya:
Sony Tablet S ni telah diperkenalkan pada program IFA di Berlin dan dilancarkan di USA pada 16 September. Sony Tablet S merupakan salah satu tablet pertama Sony. Sony Tablet S menyaingi iPad dan Samsung yang telah berada di pasaran dengan jayanya.
Sony Tablet S merupakan tablet Android dengan layar 9.4 inci dan ketebalan 0.7 inci. Bentuk Sony Tablet S agak unik dan berbeza berbanding yang lain terutama jika dilihat dari sisi kerana memiliki ketebalan berbeza di bahagian atas berbanding bahagian bawah di mana pada bahagian lebih tebal di atas ada lapisan lengkungan plastik yang membuatnya lebih mudah untuk dipegang.
Tablet Sony S didatangkan dengan sistem operasi Android 3.1 (Honeycomb), kamera 5 megapixel, WiFi, Bluetooth, SD card slot, dan sebuah fitur khas IR blaster, yang membolehkan pengguna untuk menggunakan tablet ini sebagai remote control di sistem Sony Home Theater.
Untuk usuran dapur pacunya, Sony Tablet S juga dimuatkan prosesor dual-core Nvidia Tegra 2, dengan RAM 1GB dan ditambah perisian PlayStation untuk anak2 bermain game PS. Haiii..... makin lama ler mengadap menda ni jer....
Ia diperkenalkan dengan dua saiz pengstoran iaitu 16GB dan 32 GB versi wi-fi sahaja yang dilengkapi Android 3.2 boleh dinaik taraf kepada Android 4.0 di masa depan. Peranti tablet pertama keluaran Sony itu dijangka dijual pada harga sekitar bawah RM2,000 untuk bersaing dengan jenama-jenama lain di pasaran
Harga yg ditawarkan utk staff Sony kot...RM1.2k...err macam okey jer...katanya dah save RM500...okey ayah kata beli..... jeles gak tengok orang lain dok menayang depan kita selalu menda ni...kita ni selalu nak tunggu harga jatuh merudum baru nak beli.... tak kiralah dah outdated ke apa.... yg penting ADA.......
Spesifikasi yang ada:
- Dual Core NVIDIA Tegra 2 1Ghz
- 1 GB RAM
- 16GB/32 GB Storage
- Layar 9.4 inci resolusi 1280x800px
- OS Android Honeycomb
- Kamera : Front – 0.3 Megapixel Rear – 5.0 Megapixel
- Battery Type : Li-Ion 5000mAh
- Bluetooth® Technology : Bluetooth version 2.1 + EDR
- Wi-Fi : IEEE802.11b/g/n
- Universal IR remote
- Sony Entertainment Network with Music Unlimited, Video Unlimited and games for PS Certified devices
Dah siasat juga kat blog2 lain...ikut ranking diorang Sony tablet S ni kiranya yg ke dua terbaik selepas iPad, tempat ke 3- Samsung galaxy 10.1, ke 4- Asus ee pad transformer then ke 5- Blackberry Playbook.... kiranya okey lah....yea yea....
Dah cukup lah tu.....ni nak tau cara nak guna mahu makan sebulan dua tak katam2 belajarnya.... aiissshhh....
No comments:
Post a Comment