Wednesday, November 27, 2013

Kisah masyarakat kini....dari kacamata Asyraf

Sejak buka kedai kecil di Bangi Gateway ni, mama memang rasa waktu untuk bersantai-santai sambil mengupdate blog makin tak nampak bayang......itu jer lah alasan.... Malas sebenarnya..... susahkan diri buat sampai 3 ke 4 blog tu siapa suruh...haha....

Cerita dan kisah seharian yang nak dirakamkan di sini ada jer....berlaku saban waktu.... cuma sempat merakam dalam ingatan yang semakin bertimbun berselerak...last-last lupa. Data yg dikumpul pun entah ke mana simpannya.....huhu...

Tetiba masa tengah mengantuk buka Facebook tadi terbaca kisah yang di Post oleh Asyraf ...... ermmm boleh lah kot copy paste kat sini......cumanya takde gambar lah kan... jenuh juga mengedit ejaan...sebab suka sangat diorang ni guna ringkasan yang kadang tak berbunyi bila dibaca......


"Tadi beli nescafe tin kat mydin. perasan time nak bayar, ada poster gambar perempuan tua baya2 mama la kot, wanted sebab duk mencuri la agaknya. Bila fikir balik, macam mana la wanita yang mungkin bergelar ibu tu sanggup nak mencuri. mesti ada sumthing yang mendesak dia untuk mencuri.

Bila direlatekan balik dengan keadaan semasa yang semua benda pakat nak naik harga, aku jadi tak hairan kenapa golongan manusia yang dah tua2 pun mencuri. Terpaksa. Hidup mereka dah terlalu sempit. Takde cara lain untuk bagi anak2 makan.

Muncul pulak golongan2 singkat akal yang kata "Dulu belajar malas, sekarang bila dah hidup susah nak salahkan kerajaan pulak naik harga barang". Golongan ni aku nak sangat tengok diorang dan anak2 diorang akan jadi apa nanti...sungguh bongkak.....

Tidak dinafikan memang ada jugak salahnya di pihak mereka yang hidup sempit ni. Namun tak adil untuk kita terus menghukum mereka sebegitu. 
Kadang bukan sebab diorang malas belajar dan bodoh. Ada yang dapat straight A exam tapi sebab kesempitan hidup terpaksa berhenti belajar. Kerja kais pagi makan petang. Lepastu nak sambung belajar bukannya free. Banyak je graduan sekarang ni berhutang dengan kerajaan. Susah jugak dah belajar tinggi2 pun. herm...


Teringat kisah serigala yang boleh hidup bersama sekelompok kambing tanpa risau kambing diapa apakan. Ini fenomena yang berlaku pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab...ce renung kan sekejap relationnya...

atau mungkin mak cik tu memang jahat dan suka mencuri je kot. haha...

Slurp...sedap pulak nescafe mocha sejuk2 nih"

http://www.inspirasiqurani.com/hop.php?ref=Asyraf2905
 — drinking Nescafe mocha.

Thursday, October 17, 2013

Lemang Se Taman di Aidil Adha...

Ayah2 penduduk kat taman perumahan kita ni berpakat
nak buat lemang pada malam Aidil Adha....

Maka lepas bertakbir raya ayah2 pun berhimpun di pondok
memasak ni...ramai gak yang join sama

Diorang mengisi daun dalam buloh siap2.....ayah guna buloh
lemang dan daun pisang yang ditanam di kebun kita....

Bukan semua orang pandai budget nak masukkan pulut
dalam buloh.....selalunya ayah sorang yg jadi tukang isi...
kali ni pakcik Arman nampak dah pandai tolong

Maklumlah dah banyak kali ayah2 ni berpakat membuat
lemang secara gotong royong ni....

Seperti biasa ...buat Lemang biasa, Lemang jagung dan
Lemang Pulut Hitam berjagung.....paling sedappppp


Operasi membakar bermula jam 10 malam.......

Sementara menunggu lemang tu masak dengan sempurna

Ada yang duduk2 dan bersembang2 sambil mengeratkan
hubungan silatulrahim......bukan senang nak dapat berhimpun

Ada yang berposing sambil membetulkan kedudukan lemang
yang sedang dibakar.....Tok Ketua pun join sama...

Tapi ayah gunakan masa ni untuk mengasah segala pisau dan
parang yang nak digunakan untuk menyembelih pagi esok....

Alhamdulillah akhirnya jam 2.30 pagi semua lemang siap
dimasak.....upacara merasa pulak.....sedappp
sementara menunggu lemang dibakar, di rumah mama masak
rendang kambing.....hidangan pagi raya....


Saturday, October 12, 2013

Masuk surat khabar....baru cari Utusan...


SATU lagi hab fesyen yang bakal menjadi tumpuan ialah Arcade Fashionista yang terletak di tingkat dua pusat membeli-belah Bangi Gateway di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Apa yang menarik tentang Arcade Fashionista, arked ini menempatkan lebih 50 peniaga di bawah satu bumbung dengan pelbagai barangan yang memenuhi kehendak fesyen lelaki, wanita dan juga kanak-kanak.
Berkonsepkan bazar sepanjang tahun, Arcade Fashionista bakal menjadi tumpuan peminat fesyen tempatan khususnya penduduk di sekitar Bangi.
Pengurusnya, Khairul Anuar berkata, pengalamannya menjadi peniaga baju Melayu di Kompleks PKNS Bangi selama tujuh tahun membuatkan beliau memikirkan satu tempat membeli-belah seakan Pasar Siti Khadijah dan Aked di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) sebagai pusat sehenti penggemar fesyen tempatan.
"Penduduk di Bangi melebihi 500,000 dan majoritinya adalah Melayu dan pelanggan pula lebih suka membeli-belah dalam konsep bazar.
"Lebih menarik lagi, konsep bazar ini dikategorikan dalam beberapa kategori iaitu pakaian, tudung dan lain-lain produk.
"Pengunjung juga boleh memilih apa yang berkenan di hati dalam suasana berhawa dingin dan selesa.
"Kami juga menyediakan ruang makan dan surau kerana memahami keperluan pengunjung," kata Khairul.
Bersebelahan Arcade Fashionista ini juga kata Khairul, disediakan pusat permainan kanak-kanak, bagi memudahkan ibu bapa yang sedang mencari keperluan, anak-anak mereka dipantau di tempat permainan tersebut dengan selamat.
Walaupun baru dua minggu dilancarkan, Arcade Fashionista telah mula dikenali dan dikunjungi kerana selain jualan mereka turut menganjurkan aktiviti hujung minggu yang melibatkan para selebriti tempatan.
Khairul juga memastikan para peniaga di Arcade Fashionista mengubah fesyen dan konsep jualan secara berkala supaya pengunjung dapat menikmati fesyen terkini.
"Saya harap tempat ini menjadi terkenal dan dapat menarik seberapa ramai pengunjung dan peminat fesyen untuk membeli- belah," katanya

Monday, September 23, 2013

Reunion Ex Students Sains UKM sesi 83

Bertempat di Restoran Arabian House,  Seksyen 7
BBBangi.....pada Sabtu 21 Sept dari jam 2-6 ptg

Lelaki yang hadir.......

Wanita yang hadir.....

Orang kuat yang mencetus idea menarik ini....
Ghani

Disokong oleh Azmi dan MNH yang sama rajin menjejak
kawan2 lama

Wan Fuad dan Datuk prof  Mokhtar

Ameer Souvenier......

Awang

Ayah....