Sunday, May 5, 2013

Fakta menarik PRU13- Buletin Pakatan Rakyat



Keputusan PRU13

Parlimen
2008 : BN-140; PR-82
2013: BN-133; PR-89
PR + 7

Dun
2008: BN-344; PR-161
2013: BN-275; PR- 270
PR +71

Fakta-fakta Menarik PRU13. PR Berjaya Pungut 51% Undi Popular & Tambah Kerusi Parlimen..!!!

Keputusan akhirnya BN - 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.

Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:

1) Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:
Selangor - Pakatan 44, BN 12
Penang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12

2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.

DAP - 38
PKR - 30
PAS - 21

4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).

5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular - 50% berbanding 49% (1% lain-lain).

6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.

7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya - satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen - pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut

Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14

9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. 





Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, 





Manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. 





Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. 





Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.

10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.

11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.

12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.

13) Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut.





Merawat hati luka....






Ustaz Pahrol Juoi:

Yang menang, tunaikanlah amanah dan janji...

Yang kalah, usah menunggu kuasa untuk berjasa dan berbakti...

Yang masih belum berpuas hati, tuntutlah keadilan dengan berhati-hati

Jelas sekali jalur siasah perlukan dukungan dakwah dan tarbiah.

Yang 'jauh' kita dekati dengan dakwah. Yang 'dekat' kita perkukuhkan dengan tarbiah.

Di Taif, Allah menunjukkan ada zuriat Islam dalam perut Jahiliah.

Di Uhud, ada gamitan dunia yang menggugat keikhlasan mujahadah.

Di Hunain, ada kebanggaan yang menyekat nusrah dan barakah.

Jika kita belum upaya memindahkan pemerintahan kepada iman...mari terus berusaha memindahkan iman kepada pemerintahan.

Dan alangkah indahnya jika kita usahakan kedua2nya sekali!

Dengan pujuk kasih sayang... bukan dengan amuk kebencian.

Mungkinkah kerana belum teguh keikhlasan? Atau belum kukuh kebijaksanaan? Atau kedua2nya sekali?

Tidak ada istilah kalah di jalan Allah.

Saturday, May 4, 2013

Ujian besar untuk Calon putrajaya...

Ibu kepada calon PAS di Putrajaya Dato husam Musa 
kembali kerahmatullah sehari sebelum PRU13....
Besarnya ujian untuk beliau...

Dato' berada di Wad 10 Hospital Kota Bharu, menguruskan jenazah ibu 
untuk dibawa pulang ke rumah kami di Kampung Kota..

Dato' Husam sempat meluangkan masa menggali liang
lahad allahyarhamah ibunya.....

Tok Guru yang kita kasihi sempat menziarah jenazah ibu beliau
"Ambo bagi pihak adik beradik dan anggota keluarga menjunjung 
kasih di atas keprihatinan Tok Guru.."...dari fb Dato'...

"Tok Guru adalah pemimpin yang sentiasa mengambil berat tentang ambo..
Tok Guru walau macamana sibuk sekalipun..datang menziarahi 
Ummi ambo di hospital sebelum Ummi kembali kerahmatullah.."

"Untuk makluman semua..solat jenazah ditangguhkan sehingga selepas maghrib..
tunggu adik beradik ambo yang jauh pulang menatap 
wajah Ummi buat kali terakhir.."

sumber FB Dato' Husam Musa.....

Calon PRU13...PAS

Terengganu

Johor

Kelantan

Sabah

Pahang

Perak

Selangor

Melaka

Bendera berkibar pelbagai cara....
















Macam2 cerita sebelum PRU13....







Tuesday, April 23, 2013

Dapur ke 3 dalam masa 8 tahun....

Ini rupa dapur lama kita...yang ke dua sejak berpindah ke rumah
ini sejak 2005....dapur pertama dulu brand Haier rosak ..cuma sempat
pakai 4 tahun jer....yang ini Jenama Zenn...harap harganya jer mahal
Kualiti Hampeh.....tak sampai ...pun tahan 4 tahun juga..

Biasalah ayah kan Handyman.... semua kerja2 macam ni
ayah lebih suka buat seniri.....Selepas dibuka inilah rupanya...
lubang table top tu 81cm x 43cm ikut ukuran dapur Haier dan Zenn

Jenuhlah kami mencari dapur yang sesuai dengan sukatan itu
rata pekan Kajang di terjahnya...tapi semua takde....yang
kecil terkecil sangat...yang besar pun terbesar sangat...
dah lah terlebih besar...kena oder dulu pulak ....tunggu
2 ke 3 minggu baru dapat.....tak kuasa.......

Akhirnya jumpa juga dapur jenama Effegi kat kedai the Hauz
kat seksyen 7 BBBangi ni....kami pernah datang sini sebelum ni tapi
orang kedai tu sebok melayan pelanggan ...selepas 15 minit tunggu tidak
dilayan kami pun blah...bukan salah pekerja kedai tu...tapi salah pelanggan
yang dilayan pd hari itu, terlalu banyak soalan dan cerewet sangat....
sepatutnya sebelum ke kedai carilah dulu maklumat mengenai barang
yang kita nak beli di internet atau mana2 majalah...so taklah banyak
sangat soklan.....hanya ada 3 jenama bersesuaian dengan lubang table top

Tapi tu lah...dapur ni 83cm x 47cm....macamanapun ayah terpaksa
besarkan juga lubang pada table top nih...so selepas jam 12 malam
ayah bekerja keraslah mendrill dan memotong tile yang keras 
serupa batu tu....dah memang batu.....

Dan pada keesokan paginya mama bangun tidur...dapur baru
dah siap terpasang.....huhu thank you verrrryyyy much ayah...