Monday, March 4, 2013

Bersukan sambil membeli belah....

Sukan Tahunan SERI/SEMI ABIM pada tahun ini berlangsung pada
hari Ahad 3 Mac 2013.... ramai ibubapa yang turut meraikan bersama2..
anak2 bersukan di padang...dalam cuaca panas membahang.... minuman amat diperlukan

Makcik Jie dan Mekcik Ewa mengambil kesempatan menjual minuman
sejuk dan panas serta kerepek ubi dan pisang yg diborong di Banting ...

Mama pula menjual tshirt muslimah dan tudung labuh.....
ada juga jualan pakaian dan mainan terpakai dari Charity-shop Islamic relief....
Alhamdulillah ramai pelanggan yg membelinya.....

Sebelum pelanggan datang kita minum dulu kopi Mahkota Dewa...
untuk membekalkan tenaga.....dan sanwich...kat rumah tak sempat makan...

Banyak juga gerai yang dibuka pada hari ini...ramai menjual air dan
makanan untuk sarapan ...nun di sebelah sana ada juga gerai jual baju

Kami berkongsi khemah dengan Kedai sekolah yang menjual piza, kueh muih,
buahan segar dan minuman juga....di tengah khemah kami bentang tikar
untuk duduk2 dan melepaskan lelah.....sambil makan2...

Antara pakaian yang mama jual pada hari ini...Alhamdulillah...
jualannya agak memberangsangkan dan mendapat sambutan....

Makcik Siti Jie kebetulan datang untuk beriadah di Stadium ini...
hari ni terpaksa batalkan niat...sebab balapan penuh dengan pelajar....
akhirnya dia pun join sama beriadah sambil membeli belah....

Sebok sungguh makcik Jie dan Makcik Ewa melayan pelanggan
yang tak putus2 membeli minuman panas...

Hanya gerai kami menjual minuman panas ni....
Alhamdulillah...hampir habis semua minuman kotak, tin dan sachet
Kopi, Smart koko dan milo ...Air mineral pun habis.....
Alahai ini jer gambar yang sempat mama rakam...sebab lepas tu
sebok melayan pelanggan dan banyak habis masa mengelap peluh
yang sentiasa berjujuran...memang panas sungguh cuaca...macamanalah
agaknya anak2 bersukan...muka masing2 sampai merah padam....
takpe...esok kan sekolah cuti..kita rehat panjang.....
InsyaAllah tahun depan kita berniaga lagi ya......


Thursday, February 28, 2013

Memandu tanpa lesen....

Rasa macam baru jer setahun lepas renew lesen nih...ingatkan 
renew haritu sampai tahun 2015...rupanya 2013 jer
expired 06-01-2013...makkk dah 2 bulan bawa kereta merata
ke KL lebih 10 kali tu takde lesen sah ler kiranya...huhu..melampau....

Pejabat JPJ tu macamlah jauh sangat ker..... jalan kaki tak sampai
10 minit dah sampai...sepelaung jer kiranya....dah berulangkali 
lalu lalang depan JPJ tu sebab selalu sangat ke Mesra Pets Shop
belakang JPJ dan selalu juga ke Pustaka Rakyat pun.....

Masuk tadi jam 11.30 pagi...ramainya orang....yg beratur sana
nun tengah nak ambil nombor...mama dah dapat no 2254...now no 2229

 adulahaiii...tapi mujur banyak kaunter yg buka... ada 6 kot...
so laju jerlah no tu berubahnya... tak sampai 30 minit dah kena panggil
no 2254...urusannya pun tak sampai 5 minit....bagus bagus....cekap...sukaaa...

Alhamdulillah...kali ni bayar untuk 4 tahun terus RM105...
so will be expired on 04-02-2017...huhh....dia kira
ikut tarikh lahir mama ke 53 nanti..InsyaAllah kalau panjang umur
kenalah renew lagi.....moga panjang umur dalam kebaikan ameen 

Thursday, February 21, 2013

Nasi sudah menjadi bubur.....

Kisahnya berlaku Rabu 20 Feb sebenarnya....tapi biasalah...
panjang kalau nak bagi alasan....pagi tu mama nak ke KL dengan
Auntie Nordi..ke mana lagi Jalan TAR cari stok tudunglah....
sebelum ke KL nak membasuh kain dulu....mujur tak tuang terus sabun
dalam washing machine tu.... si Sunny rupanya tidur dalam nihhh...Haishhh..

Motif apa ada durian Belanda atas nih.... saja ..semalam beli di Mydin
se kg RM10....ayah kata kalau kat R&R highway ada yg jual RM18/kg....
dipercayai bagus merawat kanser dan Gout.... sebelum kena amalkan dulu...
Bila mama ke KL tinggallah Hana sengsorang kat rumah...adatlah kan...
dengan setambun alasan lagi malas masak tengahari.... 
mama pun beli jer siap2 nasi dan lauk kat belakang KWSP KL tu
ada satu gerai jual nasi dengan ayam goreng curah kicap..
punyalah panjang orang beratur nak membeli .... sedap sangatke....
mujur masa kami sampai orang tu dah start jual dan belum ramai
pelanggan yg beratur sbb baru jam 11 pagi..maka mama beli 3 bungkus

Kat rumah Hana dah masak nasi katanya....sebab mama dah beli
nasi dan lauk siap2...takde lah orang buka rice cooker...
petangnya bila nak makan malam tengok rice cooker nasi tak masak
sebab Hana tak On kan switch...boleh pulak dia salahkan orang
yang menutup suis...isshhh...maka kembanglah beras terendam
dari tengahari tadi....apa lagi mama pun masak buburlah....lepastu
goreng dadar telur ayam kampung, goreng ikan bilis dan bawang,
panaskan Paprik ayam semalam dan buah Naga......


Mama cuma masak daging goreng hitam jer....masakan orang malas
daging tu dah dipotong nipis kecil, kira rebus empuk....toskan
dan perap sekejap dengan kicap kipas udang...doreng sekejap bagi gareng...
kentang yg dah di potong lebih kurang saiz daging...pun kita goreng...
2 cili hijau, 2 cili merah, 5 garlic, 1 bawang besar- potong ikut suka
karot pun potong ikut suka....guna lebihan minyak goreng daging tu
tumiskan bawang dan cili...masukkan daging dan kentang, karot
curah kicap cair dan garam.... kacau dan rasa.....siap... 

Makan dengan bubur plain tu...wahhh sedapnya....ayah kata
macam makanan orang sakit jer.... muhasabah diri.... makan ni mengingatkan
kita tentang sakit...syukur kita masih sihat dan dapat menikmati
makanan yg sedap ni...kalau dah sakit mesti makan pun tak sedap...
Alhamdulillah...jom makan




Sunday, February 17, 2013

IGM Outreach Programe di The Gardens Hotel

Program Seminar Antarabangsa terbesar IGM di The Gardens Hotel
& Resdences Mid Valley pada 29-30 Jan 2013....ayah sebagai salah seorang 
pembentang seminar...disebabkan jalan jem dan harus sampai pukul 8.30 pg
ayah hanya bermotor sahaja ke sana....senang sket...

 Staf Geodata Services (GDS) sedang bersembang dengan ayah...

Diorang ni bekas students ayah sebenarnya....ayah tu entah
ingat ke lagi nama2 anak murid dia entahnya.....

Program IGM yg telah dirasmikan oleh Duli YMM Sultan Selangor




Maya Karn jad duta selebriti IGM

Klendar free untuk pengunjung pameran  gerai GDS



Saturday, February 9, 2013

Tahun terakhir pegang no 4....

Isnin 4 Feb 2013.....hari mengingati kelahiran mama yg ke 49....bermakna tahun 2013 ini adalah tahun terakhir mama dan ayah juga memegang No 4... tahun hadapan kena pegang No 5 pulak InsyaAllah....

Alhamdulillah Syukur atas segala nikmat yang telah, sedang dan akan dikurniakan....
kesihatan yang baik, kehidupan penuh gembira disulami duka yang sangat sedikit kalau nak banding dengan bersukarianya...rezeki keluarga yang melimpah ruah dengan kehadiran 5 orang cahayamata yang sihat walafiat, InsyaAllah menjadi anak Soleh Solehah....

Apa lagi yang kita harapkan.... selain hidup dalam Rahmat Kemanisan Iman dan Keredhaan Allah swt....terlalu banyak kenangan manis dilalui.....kepahitan hanyalh pelengkap kehidupan....

Subhanallah....hakikat yang sebenarnya...kematian itu yang semakin hampir.... bagaimana kita akan menghadapinya.....Moga ditetapkan Iman Ya Allah....diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan Ibadah kepadaMu Ya Robb.....kekuatan Cinta KepadaMu.....


Lalu terbaca artikel ini di myMetro:



Umur hanya angka. Ungkapan pendek tetapi penuh makna. Ibarat komputer, manusia dilahir dengan ‘program’ sedia kala yang ditetapkan sejak azali.
Dari dalam janin, lahir, membesar dan tua mengikut program yang ditetapkan secara semula jadi. Jadual program itu dilihat menerusi peristiwa sepanjang hidup apabila seseorang dilahir.

Contohnya, perubahan saiz dan tubuh pada waktu tertentu, perubahan suara atau kedatangan haid bagi remaja. Seterusnya manusia akan merasai perubahan hormon daripada dewasa ke usia emas. Ia adalah proses semula jadi dan akan dilalui individu bernama manusia.
Pakar Endokrinologi Kanan, Prof Datuk Dr Khalid Abdul Kadir menjelaskan, sistem tubuh manusia memang rumit dan semakin meningkat usia seseorang, tubuh terdedah risiko lebih tinggi terhadap pelbagai jenis penyakit.

Ini kerana, mereka yang lebih berusia, secara semula jadi menghasilkan glukos dikenali sebagai Advanced Glycosylation End (AGE products - AGEs) yang menyebabkan penimbunan tisu.

“Paras gula yang tinggi dalam darah didapati mempercepatkan lagi pertambahan bahan AGEs dalam tubuh yang menyebabkan penimbunan tisu. Jadi, tidak hairan kebanyakan pesakit diabetes kelihatan lebih tua daripada umur sebenar.
“Selain diabetes, paras gula yang tinggi turut menyebabkan risiko penyakit seperti kanser, tekanan darah tinggi, strok dan pelbagai penyakit lain, ditambah dengan faktor sekeliling, misalnya merokok dan bahan toksin daripada pencemaran,” katanya ketika memberi ceramah kesihatan mengenai ‘Penuaan dan Hormon: Bagaimana Melalui Penuaan Tetapi Masih Menawan’ di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurutnya, untuk cantik dalaman dan luaran serta melambatkan proses penuaan, seseorang itu perlu menjalani gaya hidup sihat ketika muda bagi mengelak impak besar ketika tua.
Peningkatan usia juga menyebabkan tubuh badan berdepan pelbagai masalah, termasuk penurunan tahap kecerdasan otak, seksual, kekuatan otot yang meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan osteoporosis.

“Hormon tumbesaran yang dihasilkan kelenjar pituitari (kelenjar endokrin utama) membolehkan pertumbuhan kanak-kanak dan mengawal metabolisme.

“Seiring usia, kelenjar pituitari semakin kurang mengeluarkan hormon dan kadar metabolisme tubuh juga menjadi perlahan. Berikutan itu, tanda dan gejala penuaan mula terpamer pada penampilan luaran seseorang,” katanya.

Penuaan juga dikaitkan dengan perubahan dalam hormon dikenali sebagai menopaus bagi wanita dan endropaus bagi lelaki.

“Seterusnya akan menurunkan tahap pertumbuhan hormon testosteron bagi lelaki dan estradiol (estrogen) pada wanita. Penting untuk memahami dan tahu peranan hormon dan kesannya pada kesihatan,” katanya.

Tambahnya, setiap manusia akan melalui perubahan hormon seiring peningkatan usia dan ia fitrah yang harus ditempuhi setiap individu. Semakin meningkat usia, hormon dihasilkan semakin berbeza terhadap lelaki dan wanita.

“Teori hormon menjelaskan, apabila umur semakin lanjut, paras hormon pertumbuhan yang membantu tubuh membesar, membentuk otot dan mengawal pembebasan hormon lain dalam badan menjadi semakin kurang dan ini memudaratkan badan apabila kemerosotan berlaku berterusan. Fungsi badan yang banyak bergantung pada hormon menjadi lemah dan mungkin terhenti.

“Kemerosotan fungsi dan struktur badan mengikut jadual hidup seperti yang diprogramkan. Tanda awal penuaan berlaku apabila kulit menjadi kering dan mengecut,” katanya.

Pengecutan dan kejatuhan struktur buah dada pada peringkat awal, kemudian diikuti menopaus pada wanita antara tanda banyak fungsi penting dalam badan mulai merosot.

Ia berlaku apabila paras hormon yang mengawal perkembangan sistem peranakan menurun ke paras rendah. Sistem peranakan mulai mengecut, daya rangsangan organ menurun, kekuatan otot dan tulang serta keupayaan denyutan jantung menjadi semakin lemah.

Dengan berterusannya pengurangan hormon itu, pada satu tahap ia menyebabkan semua organ penting dalam badan seperti pergerakan otot, penyeliaan dan penyelarasan pergerakan anggota badan oleh otak dan terpenting denyutan jantung menjadi sangat lemah dan terhenti.

Katanya, pelbagai jenis organ dalam badan yang mengeluarkan hormon. Satu organ mengeluarkan beberapa jenis hormon dan pembebasan hormon dikawal selia oleh kelenjar dalam otak depan dipanggil hipotalamus.

“Hipotalamus memulakan tindak balas rangkaian, dengan satu organ membebaskan satu jenis hormon yang kemudian bertindak merangsang organ lain serta membebaskan hormon lain yang berakhir dengan penghasilan satu bentuk tindak balas atau fungsi.

“Ketika muda, paras hormon dalam badan seseorang itu berada pada tahap tinggi, dan apabila sampai pada paras pertengahan, ia mula merangsang setiap struktur dalam badan untuk mengalami perubahan dan berfungsi dengan baik,” katanya.

Peningkatan usia turut menyebabkan lelaki lebih berdepan risiko menghidap penyakit berbahaya seperti sakit jantung dan strok berbanding wanita disebabkan peningkatan sel tisu daripada AGEs selain penurunan tahap hormon, namun meningkatkan rintangan insulin menyebabkan kandungan gula lebih tinggi.

“Usah takut dan berfikiran negatif apabila usia meningkat. Berfikiran positif boleh membantu anda menjalani kehidupan lebih selesa dan teratur. Sebab itu ia perlu bermula dari usia muda.

“Paling penting, jalani kehidupan sihat seperti bersenam, perbanyakkan minum air mati dan hindari pengambilan kolesterol yang tidak baik untuk kesihatan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/09

Wednesday, February 6, 2013

Ikan segar dan Kerepek Ummi, Banting

Pagi tadi saja singgah ke Kafe Abim jumpa kawan2 yang sedang bersarapan
di sana...tetiba makcik Azwa kata anaknya di MITIB minta dihantarkan beg galas
nak guna untuk program sekolah, makcik Masrina kata apasal tak cakap awal2
teringin nak ikut ke sana.....tak pernah pergi....err...ehh mama pun tak 
pernah pergi sana juga....dah lama berhasrat nak ke Banting....tapi
sampai ke sudah tak sampai2....hurmm jomlah ikut....nanti boleh pergi sendiri
bawa anak2 ke Gold Coast ke.... hehe....sambil makan kerepek....  


Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar (MITIB) mula beroperasi  pada tahun 2008 dengan pengambilan sulungnya seramai 58 orang pelajar terpilih dari seluruh Negeri Selangor berdasarkan keputusan cemerlang
 dalam peperiksaan UPSR dan PSRA. Anak makcik Azwa dan Makcik Zainab belajar 
di sini.....boleh dikatakan setiap minggu kedua ibu ini datang menziarahi anak2
mereka....maklumlah dekat jer.....

 Bangunan sekolah ini dahulunya adalah Istana Alauddin, Kampung Bandar,
 Banting, Selangor.... orang tempatan memanggilnya istana Bandar
bangunannya cantik...dari hadapan tak nampak macam sekolah....

Ini kantin sekolah... sewaktu kami sampai pelajar sedang berehat
ramai yang seddang makan minum di kantin....pakaian seragam sekolahnya
sama dengan seragam SERI ABIM...warna ungu berseluar putih, dan berkopiah
pelajar perempuan baju putih berkain ungu dan bertudung putih....

Dah lama tak nampak Ammar, dah lebih tinggi dari mama dia rupanya
Ammar bekas pelajar SERI ABIM, salah seorang pelajar cemerlang....

Sewaktu perjalanan balik dari MITIB  kami singgah di Ummi Kerepek
Jalan menghala ke Jugra...


 Masa kami sampai kerepek ubi sira pedas ni baru diangkat
masih panas lagi...bila rasa kesedapanya...masing2 memborong...
siap dapat sepeket kecil free untuk makan dalam kereta....

3 orang pembantu yang sedang menggoreng rempeyek kacang
tanah.... hari2 mereka membuat kerepek berbeza....untuk
makesure bekalan sentiasa ada...maklumlah pelanggan setia dah ramai...


yang sudah siap digoreng...menunggu sejuk untuk dibungkus...
masing2 memborong kerepek ubi sira pedas, kerepek pisang tanduk,
kerepek bawang, rempeyek dan macam2 lagi.....rambang mata....
lepas tu kami beredar ke gerai menjual ikan segar.....
takdelah murah harganya...macam sama jer dengan harga di Bangi ni
cuma ikannya masih segar jer lah....beli ketam dan udang juga....
Bolehlah datang lagi lain kali InsyaAllah.....dah nampak tadi 
Impian Resort Pantai Morib....tapi teringin nak ke Gold Coast...

Tuesday, January 29, 2013

Jenjalan ke Garden Mall dan Midvalley....

Semalam kan cuti Thaipusam 28 Jan 2013... Iera dan Arsyad cuti...
tetiba ayah kata " Jom siapa nak ikut ayah ke Midvalley....."
Semua melompat kata nak.... takde lah sampai buat lompat bintang...
macam tak pernah pergi jer gaya diorang ni....
Sebenarnya ayah ada seminar IGM di sana 29 - 30 Jan 2013
kiranya hari ni ayah nak set up kan bahan untuk persidangan esok
ayah salah sorang pembentang kertas kerjanya nanti.....

Susahnya nak datang ke dewan seminar ni...kat Garden Hotel
 sebab hotel ni tak sediakan parking untuk pelanggan dia
kena parking kat Garden Mall...so kena menapak jauh jugalah nak 
menyampaikan ke sini....cantiknya dewan dia kan....dah siap kerusi meja
dan bahan edaran untuk peserta seminar esok....ramai dijangka akan hadir...
Sultan Selangor akan rasmikan dan maya Karin...jadi dutanya....releven ker pun...

Cantiknya cendaliar dia.....ma pasanglah sebiji kat rumah kita...
nak pasang kat manalah agaknya...dengan lampu yg tak berapa
nak bercedaliar  kat rumah kita ni pun bilnya dah lebih RM300 sebulan...
jangan nak mengada....korang himpun duit seniri, pasang kat rumah masing2...

Sampai jer dah terjumpa kawan ayah Geologist juga ni...
siapa ke namanya...Kevin kot...dia datang dr Jakarta....
dah lah sembang pulak dulu....

Aishhh ada orang call pulak....macam ni lambat lagilah siapnya 
ayah ni...jom lah kita jenjalan ke window shopping ke....

Maka kami pun tinggalkan ayah di dewan tu...terus ke Garden Mall
ehhh apasal orang ramai kerumun kat situ eak...jom siasat.....

Dah nak Raya Cina ni kan semua kawasan dalam ruang legar
dihias dengan pelbagai tema menyambut Tahun Baru Cina....
sepasang Merak kayangan....replika jer tu...comell...

Owhhh nilah rupanya Restoran Garden tu...memang hapening...
Sangat berkonsepkan English garden.....

Kat Garden Mall tu memanglah banyak kedai tapi tak berani nak masuk
tengok Tag heuer, Coach, Prada  dan segala jenama branded imported
yang mahal giler tu....berani tengok dari luar jer lah.....so kami pun
menapak ke Midvalley .... hiasan dalamannya pun cantik.....

Macam yang kita selalu tengok dalam TV tu.....siap ada bunga 
segala hiasan yang tak reti nak sebut pun namanya....tanglung dan limau
tu tahu lah kot...haha....sipa ada tembok segala.....ramai yang mengerumun
untuk bergambar....mujur free....kalau berbayar takde orang singgah kot.....

Memang penat sungguh berjalan dari dewan kat Garden Hotel ke sini
apa lagi ternampak ais kerim...merengek macam budak keciklah si Arsyad
nak ais kerim.... huishh mahal giler...2 cup RM15.....

 Lepas makan aiskerim... Iera terus melilau mencari MPH....
terpontang panting mama mengejar ...laju betul dia ni berjalan...
apalah yg nak dibelinya sangat nihh....owhhh komik rupanya
sambil menunggu Hana dan Arsyad membeli burger kat sini...

Komik Ikhtiar Hidup Tubuh Manusia dapat 2 dan Lawak kampus....
mama beli buku Prof Muhaya ni....dan 101 Serononya Kisah Tokoh Islam
buku ini sebenarnya untuk kanak2...tapi dah masa diorang kanak2...
buku ni takde lah pulak lagi....beli jugak....best juga bila dah baca


Yeaa...cantik lah air pancut ni...air pancut ni terletak di antara
Midvalley dan Garden Mall.... haduiii jauhnya jalan...dah nak jam 6 ptg
mujur dah solat asar tadi kat surau yg sentiasa penuh tu...
Alhamdulillah seronok tengok...bila masuk waktu solat...dah ramai yg
menyerbu ke surau2 yg ada di mana2 shopping mall...sebab surau2 tu
kecil jer saiznya, tu yg nampak crowded jer....di Garden Mall ayah
tak jumpa surau so singgah Masjid Ar Rahman UM untuk solat....
mujur jalan tak jem...ya lah hari ni kan cuti umum.....

Malamnya mama dapat hadiah birthday...yeayy....
thank you ayah....Samsung Galaxy Young.....Alhamdulillah...
sebenarnya mama terjumpa kat  fb Faiez Pisang...
dia ada buat offer siapa cepat hantar nama dan alamat
boleh beli hp ni dgn harga RM350 after diskaun RM100...
ehh tetiba peserta yg layak tu menarik diri pulak....rezeki mama lah eak
then claim kat ayah lah kan sebab ni hadiah untuk mama....yeayyy
syukran jazilan ya habibi.....