Saturday, January 2, 2016

Dah lebih setahun rupanya ......

Cerita ni mama ingatkan dah post rupanya masih dalam Draft.....aduhai. Malu jer dah lebih setahun kot...huhu


Sepatutnya pagi 26 Disember 2014 tu mama nak masak
itik untuk dibawa balik kampung petang nantinya...
ayah janji nak potongkan siap2 itik tu sebelum tidur malam tadinya
so bangun pagi mama nak terus masak jer sebelum ke kedai kan...
tapi ayah lupa potongkan.....hurmmmm
mama pun cincang lah seniri....baru dua tiga kali chopped..
dah berlumuran darah kat daging itik tu.....
owwhhh darah apakah.........
Kalau dah terchopped tu sempat lagi ke nak amek gambor bagai
dah tentu tak lah kan.....hujung yg putus tu tak tahu terpelanting
ke mana kot.....diagram atas ni nak tunjuk macamana
hujung jari telunjuk kiri mama terchoppednya....
nak tunjukkan yg real kat orang semua tak berani nak nengok....
berlarilah mama mencari ayah kat bilik atas....bertitisan darah
serata rumah walau dah balut dengan segumpal tisu
tukar baju gitu2 jer...ehhh sempat mandi lagi....haha
Ayah yang mamai bangun tidur terpaksa drive mama ke klinik
Memula ayah hantar ke Poliklinik UKM...kat kaunter lagi diorang
dah reject sebab takde orang boleh buat....lepas tu pergi ke Hospital Az Zahra
masa ni dah sakit sangat diorang bagi ubat tahan sakit jer
sapu2 ubat apantah balut kemas2 sebesar gedabak tu...dah boleh
relax sket sebab dah kurang sakitnya.....terus ke bahagian
kecemasan Hospital Putra Jaya. Saja taknak ke Hosp Serdang takut
ramai orang...sama jer kat sini pun ramai gak.....dua jam kot baru
dipanggil masuk....kebetulan hari ni hari Jumaat...ayah tinggalkan jer
mama kat sepital utk solat Jumaat.....huhu.....
Masa pembantu Doktor rawat dan buat balutan...lupa nak capture
masa tu power ubat tahan sakit pun dah berkurang
Doktor kata mujur tak kena banyak....hujung2 jer
Tak jahit pun ....sapu2 ubat jer.....
wuiii sakit wehhhh......dah siap dibalut.

Tapi kena tahan dalam wad juga dalam 2 jam kot
sementara tunggu Doktor cek pulak....

Tak berani nak lelap mata....tengok suasana dalam wad 
kecemasan ni sebok manjang....lepas 2 jam Doktor datang
cek dah kata ok boleh balik.....Alhamdulillah
Terus ke bahagian Farmasi ambil ubat......


Lepas 2 hari jumpa Dr kat Poliklinik UKM buat dressing
buat 2 kali jer...kali ni elok dah kecil sket balutannya

Lepas semimggu: 
Rasa malas dah nak mengulang ke klinik....ma beli segala
bahan yang diperlukan kat Farmasi buat seniri pelan2
Minggu ke tiga dah mula nak sembuh.....

Alhamdulillah........Minggu ke 4 baru kering betul.....
Dah boleh pakai inai semula.....hehe
Lepas tu keluarlah akta penggunaan parang
kat rumah ni....mama dilarang sama sekali
haha.....beli chopper pulak.....hihi.

No comments:

Post a Comment