Thursday, April 22, 2010

Haji 2008 dalam ingatan

Pemergian Haji kami bertiga, mama, ayah dan Makcik Lin iaitu adik perempuan mama yg sudah kehilangan suami. Makcik Lin meninggalkan 2 orang anak gadisnya bersama adik lelaki arwah suaminya di Klang. Anak2 kami pula dijaga oleh Opah dan Atuk, ibubapa ayah....mama kan anak yatim piatu...huhu....

Kami pergi melalui pakej haji, alhamdulillah kami telah dimurahkan rezeki untuk pergi dengan pakej....kalau nak tunggu giliran muasasah, nampaknya lama lagi. Memang tak sangka kami diberi rezeki yg cukup untuk ke sana pada tahun ini...dengan kesihatan yang sangat baik.

Kami naik kapalterbang KT42, terus ke Madinah. Kami tinggal di Moevenpick Hotel, Madinah dan Hotel Firdaus di Mekah.


Tempat melontar dalam pembinaan..
Proses pemasangan payung di luar perkarangan masjid Nabi..
Perkuburan Baqi'.. jemaah lelaki jer boleh masuk
Pelbagai rupa sipeminta sedekah...
Papan tanda ke Mekah...
Masjid Qiblatain... dua kiblat
Insaf... orang setua nenek ini pun boleh sampai ke sini.
Subhanallah....mana satu khemah kita ni ya...
Pemandangan di dalam Masjid Nabawi ruang solat lelaki
Bertuahnya rakyat Malaysia...tidur di hotel mewah...
Balik dari pasar kurma di Madinah...pemandangan Masjid Nabi
Baitullah....selesai tawaf di hadapan kaabah...

No comments:

Post a Comment