Saturday, February 1, 2020

UMRAH DIY KELUARGA ZATAJUL Episod 2

 Bila dah dapat tiket kapalterbang baru terasa lain semacam. Rasa ketat kat dada, rasa perut penuh rama-rama.  Rasa sebak tetiba, rasa takut juga sebenarnya sebab nak usung dosa segunung ke sana. Ya Allah, mudahkanlah urusan kami. Waktu ni tanpa sedar air mata mudah mengalir tanda syukur dan hiba.

 

Bagitau suami dan anak-anak semua tiket dah dapat. Baru semua tersentak dan terasa nak cari semua maklumat pasal Umrah. Bertubi2 mesej tentang Umrah, youtube mengenai Mekah dan Madinah kami kongsikan dalam group wassap keluarga. Punyalah banyak maklumat di hujung jari, tak menang tangan nak tengok semua.

 


Untuk mengimbau semula suasana di Mekah dan Madinah, youtube Mas Awiee kami tonton hari-hari. Banyak perkongsian yang diceritakan seperti cemana suasana Masjidilharam terkini, nak shopping kat mana, mana nak cari kurma murah,  semua dikongsi kat youtube beliau. Korang boleh lah tengok sekarang, ambik mood.

 

Banyak jer youtube perkongsian Umrah seperti Syoknya Umrah Kalau Reti

https://www.youtube.com/watch?v=pJdLAzj_7TQ

 

Buku-buku berkaitan Umrah lama diselongkar. Cari buku Travelog Haji tulisan prof Kamil tak jumpa. Rasa dah beli haritu. Nampak jer kat kedai, terus capai. Belum separuh buku dibaca, baru terjumpa buku yang dicari tak jumpa tu. Ceh betul lah dah beli rupanya. Pass kat anak-anak suruh baca.

 


Buku Travelog Haji ni sangat best. Bacalah. Terutama kalau kalian nak buat Haji. Aura dia lain macam. Susunan doa yang ditulis oleh Prof sangat menyentuh hati, sangat dekat dengan kita yang amalan sedikit, dosa menimbun banyaknya. Kalau korang rasa tak banyak dosa, takpe lah. Takyah baca haha.

 

Beberapa hari lepas beli tiket kapalterbang, kita survey semula hotel berdekatan Kaabah, Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah. Kami tak terus beli. Masih menyiasat mencari kot-kot ada tawaran menarik harga runtuh kan. Memang betul tekaan kami. Lepas beberapa hari menunggu dan menyenaraikan nama Hotel mampu sewa.

 

Paling murah dan dekat yang kami jumpa waktu tu Hotel Gloria Al Madinah Al Fayroz Al Massi. Untuk 3 malam, 2 bilik 3 katil adalah RM1833. Taraf 4 bintang. Dengan sarapan pagi. Dekat dengan Gate 16 pintu masuk khas muslimat.

Di Mekah kami memilih Hotel Hilton Makkah Convention. Untuk 7 malam, 2 bilik RM4964.50. Yang ini sebab kami dapat pakej murah RM354 satu malam, jadi takde sarapan pagi hehe. Hotel 5 bintang dekat dengan Gate 66 -74.

 

Tunggu nak check-in Gloria Hotel, Madinah

Ada sesetengah hotel, kita tak payah bayar. Booking jer. Tapi 2 hotel ni kami bayar sesiap.  Cerita pasal hotel ni memang ngeri sekejap, sebab tersilap perkiraan, entahnya cemanalah kami boleh terlepas pandang. Nanti cerita semula.

 

KakZa lebih suka bahagikan kepada 3 bahagian persediaan sebelum mengerjakan Umrah:

  1. Persediaan Fizikal dan Mental

 

Persediaan fizikal ni termasuklah persediaan dari segi kesihatan dan kekuatan fizikal. Sebelum ke tanah suci, eloklah kita buat pemeriksaan kesihatan secara general. Mana tau ada penyakit kita tak sedari kan. Eloklah dirawat sebelum melarat dan memudarat. Mencegah kan lebih baik dari merawat.

 

Inilah yang berlaku kepada suami kakZa, kerana tak buat pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh, akhirnya dituduh membawa wabak. Walhal symptom dah nampak sebelum berlepas, tapi dia tetap yakin dengan keupayaannya. Nanti KakZa ceritakan semuanya kemudian. Nak bagi korang suspend.

 


Bagi mereka yang memang dah ada mengidap penyakit tertentu seperti darah tinggi, kencing manis, asma, sakit jantung dan sebagainya jangan lupa persiapkan bekalan ubat-ubatan untuk dibawa ke sana. Kat Mekah dan Madinah, ada jer farmasi tapi harganya Ya Allah mahal giler.

 

Tak masuk dek akal sungguh, kalau terpaksa korang kena tanya dulu beberapa Farmasi, sebab harga derang tak sama. Ada banyak Farmasi di sana. Semakin hampir dengan Masjidilharam semakin mahal harga ubat-ubatan mereka. Farmasi kat bangunan Hotel mahal, harganya lebih mahal. Kena rajin siasat dulu.

 

Bawa bekalan ubat-ubatan asas seperti Panadol untuk demam, Histamin ubat alahan atau selsema, ubat batuk seperti gula-gula Woods pelbagai perisa. Ubat gastrik, Ubat diarea seperti Pochai atau Charsoal tablet dan garam ORS.

 


Ni yang geram, bila kita bawak Charcoal ke mana-mana takde siapa kena diarea. Bila terlupa bawak, Aiman pulak kena diarea gara-gara makan Swarma dah separa basilah agaknya. Raihanah pun sama, lupa bawak ubat gastrik, dah lah kena gastrik juga. Melilau abangnya Asyraf mencari ubat tengah malam buta dalam kepenatan. Masa tu dah tak kira berapa harganya, main bayar jer.

 


Waktu balik dari Masjidil haram, ada kedai Swarma panggil kami bertiga, KakZa, suami dan Aiman tapi kami buat tak tau jer sebab nak mengejar Shuttle bas ke hotel. Lagipun baru lepas tawaf dan Saie, rasa dah takde kaki nak jalan. Rasa nak cepat jer sampai hotel dan kaboom membuta.

 


Esoknya Raihanah kata, balik dari solat subuh takyah beli sarapan pagi, dah ada sarapan katanya. Banyak. Rupanya dia pergi ke kedai swarma yang panggil kami buat tak tau tu, orang tu bagi 12 ketul swarma yang tak habis dijual.


Dari segi mental pulak, apa persediaan kita nak ke sana? Ke tanah suci bukan untuk melancong atau bersuka ria. Umrah adalah perjalanan Ibadah yang memerlukan pergerakan yang banyak semasa tawaf dan saie. Pergerakan yang banyak juga dalam perjalanan dari hotel ke Masjidil haram bergantung kepada jarak hotel yang disewa.

 

Tu belum jalan-jalan shopping sekitar Masjidilharam dan Madinah. Kaki memang kena kuat dan bertenaga. Untuk itu, kita kena berlatih meningkatkan stamina sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum ke sana dah mulakan latihan berjalan kaki 3 – 5 kilometer. Dapat buat 2 ke 3 kali seminggu dah bagus.

 

Perasan kan KakZa ada post beberapa kali upacara berjalan kaki dan berbasikal keliling taman perumahan kami haha. Tu lah dianya. Lebih lagi lah kami ni dah tua renta. Baru jalan sekilo dah rasa nak habis tenaga.

 

Untuk melakukan 1 Umrah contohnya, kita mungkin akan berjalan sejauh 10 kilometer.

Dari hotel ke Kaabah 150-1000 meter.

Tawaf mengelilingi kaabah 7 pusingan lebih kurang 800 – 1500 meter

Saie paling mencabar, jarak dari Safa ke Marwah 420 m kali 7 pusingan hampir 3 kilometer.

 


Kalau dicampur tolak hampir 7 hingga 10 kilometer juga perjalanannya. Kalau orang muda yang aktif sekejap jer siap dah. Alhamdulillah sekarang ni dah ada skuter, sape yang tak larat berjalan untuk Tawaf dan Saie boleh lar guna skuter.

 

Kadar sewa skuter tawaf dan Saie

2 seater

100 Riyal Tawaf sahaja

200 Riyal Tawaf dan Saie

2 seater

50 Riyal Tawaf sahaja

100 Riyal Tawaf dan Saie

 


Kami hanya jalan kaki untuk dapat menghayati dan menjiwai Ibadah Umrah ini.

Thursday, February 21, 2019

UPDATE PRODUK ZAHUSNA TERKINI

Untuk melihat status produk Zahusna terkini sila klik link page Efbi kami di sini:


Pelbagai jenis tudung sarung dan Shawl ada di sini

https://www.facebook.com/zahusnaBangi/



Pelbagai tudung Nurkasih ada di sini

https://www.facebook.com/zahusnainternational/



Pelbagai Tshirt Muslimah ada di sini

https://www.facebook.com/zahusnatshirtmuslimah/






SERANGAN HEART ATTACK



Sepatutnya pada 25 Oktober 2018 kami ke tempat  Ustaz Abdul Somad di Pekan Baru, Riau, Indonesia. Perancangannya kami pergi bertiga Ayah, Mama dan Hana yang akan ke sana. Kena ada Hana, so bila ayah sebok berseminar, kami berdua boleh jenjalan, ngelatkan kah kah.

Ayah dijemput untuk bagi ucaptama dalam Program Geologi Antarabangsa di sana. Dah siap semua keperluan cuma nak tunggu masa jer nak berangkat. Sebab dah lama nau tak naik kapalterbang, kami jadi eksaited jugak.

Hana dah minta cuti 3 hari, siap tukar jadual kelas dan tukar suka sama suka waktu mengajarnya. Mama dah dapat staff sokongan yang akan jaga Butik Zahusna sementara. Settle semua parcel dan kemaskini memana yang patut.

Sebelum berangkat, hari Jumaat 19 Oktober tu, ayah balik ke kampung sorang diri . Mama tak ikut sama sebab nak kena settlekan urusan di butik sebelum nak gi berjalanlah kununnya. Nak train staff baru sekali, ha kang kelain jadinya. 

Petang Ahad waktu bersiap nak balik Bangi ayah rasa pelik, ketat kat dada dan susah nak bernafas. Tapi macam biasa ayah buat rileks jer. Sangkakan sebab penat menyangkul tanam rumpur Napier kat Farm Seputeh. Lepas mandi,terus bersiap dan drive balik selepas maghrib. 

Waktu hampir sampai R&R Tapah, serangan tu terasa lagi dan ayah ambik keputusan berhenti rehat sekejap. Memang nak singgah sebab belum makan dan solat. Lepas solat, serangan terasa lebih kerap. Masa ni ayah pun call mama. Ma suruh gi memana klinik. Dia kata takpe, nak rehat kejap.

Dipendekkan cerita, sampailah ke rumah pukul 1.45 pagi. Selepas berceragem dan panggang kat dada dia rasa sedikit lega. Keesokkannya okey jer. Lusanya waktu mandi kena serangan lagi, langsung cancel kuliahnya dan Ma teman ke Doktor Poli. Doktor nasihatkan ke Hospital teruslah. Memang symptom Heart Attack sangat dah.Memula ke Hospital Serdang, lama yakamat hampir 5 jam baru selesai, dan Doktor suruh warded, tapi ayah tak nak


Esoknya rasa risau juga sebab lusa dah nak naik flight. Jadi rasa tak sedap hati dan nak minta pendapat ke dua kot-kot kalini Doktor benarkan dia ke Riau jugak. Langsung dia ke KPJ Kajang. Lepas sembang dan buat siasatan, sudahnya Doktor pakar di sana, Doktor Zamri tahan terus tak kasi balik terus sebab nak kena buat jugak Angiogram. 

Jelas 3 salur utama jantungnya dah sumbat antara 80% hingga 95%. Kenalah tahan kat wad sampai hari Jumaat. Lebur impian nak ke Pekan Baru, Riau hari Khamis. Gitulah, Allah belum izin kita untuk ke sana. Takpelah. Adalah tu hikmahnya.

Alhamdulillah hingga harini Ayah nampak makin sihat dan lebih relax. Dia mana pernah reti duduk diam, kerja-kerja konsultannya pun makin bertambah banyak. Aktiviti di rumah pun ada jer yang dia nak buat, selagi larat. 

Moga lepas ni ayah lebih sihat dan terus buat kebaikan untuk ummah.


Wednesday, January 30, 2019

CUCU KE DUA ALHAMDULILLAH PEREMPUAN

Alhamdulillah Syukur Ya Allah. Nurhafizah selamat melahirkan 
anak ke duanya perempuan. Isnin pagi 28 hb Januari 2019
Cucu kami yang ke dualah. Dah dapat sepasang.

Allahuakhbar MasyaaAllah comelnya dia, berat juga cucu ke dua ni
3.15kg. Dah lah ibunya kecik molek jer orangnya. Kena tahan di Hospital 2 malam
Sebab baby nampak macam dah kekuningan.

Alhamdulillah hari ke 3 dah dapat balik rumah ibu ayah.
Tengah memikir-mikir nama yang sesuai untuk anak perempuan.

HANA PUN NAIK BROGA JUGA

2012 dulu, waktu Iera kurus lagi, Tingkatan 2  dia dah panjat Broga dengan kawan sekolahnya. Ceritanya di sini: http://zatajul.blogspot.com/2012/11/pelajar-semi-abim-menawan-bukit-broga.html


Kemudian beberapa tahun lepas dia pergi lagi dengan kawan kelasnya masa di Tingkatan 5. Tapi dia tak share pun gambar dengan Mama, takde lah Ma share kat sini sebagai bukti hihi.

Tahun ni, minggu lepas Hana pulak naik Broga dengan rakan Cikgu Tusyennya. 



Ni jer 2 gambar yang di share dengan Mama.

Saturday, December 15, 2018

Monday, May 21, 2018

WEBSITE ZAHUSNA YANG BARU

Terima kasih kepada yang masih mengunjungi website KakZa ni, walaupun dah lama tak update masih ada juga yang sesat ke sini...hihi. Sebok sikit sekarang ni, sebab dah banyak habiskan masa kat facebook kan. Klik sini dan meh lah friend dan follow KakZa di sini ya....

facebook Zahusna

KakZa pun dah ada website baru di sini, Kalau nak membeli belah boleh jer terus berurusan di website ni, senang sikit.

zahusna.com

Ni antara tudung Raya yang bakal beradsa di pasaran tak lama lagi. Kalau nak wassap KakZa boleh juga klik saja di sini:

wassap Zahusna