Friday, January 25, 2013
Thursday, January 24, 2013
Friday, January 18, 2013
Spagheti sosej Bolognase
Memula thaw dulu 6 sosej daging...sebab kita nak buat Spagheti
Bolognase daging....lepas tu potong sosej kecil2 .....cucukkan
lidi spagheti ke sosej tu....buat sampai habis sosejnya....
Kemudian kita rebus bila air dah mendidih....jangan lupa curah
sedikit minyak Zaiton atau minyak masak pun boleh jer.....
rasa spagheti yg dah dicucuk sosej tu macam sikit sangat jer...
kita rebus juga spagheti lain....rebus sampai lembut....
Bila dah lembut toskan...hasilnya akan jadi beginilah...
kan nampak sangat menggiurkan untuk dimakan......tak siap
masak lagi Arsyad dah siap mandi.....tak sabar nak makan...
ikut sangat petua dia ni...sebelum makan mandi dulu....
baru berselera...memang berselera sungguh dia makan....
Sementara tu masak kuahnya dulu.... tumiskan bawang besar cincang hingga kekuningan....
.guna minyak Zaiton..kalau takde boleh guna minyak masak biasa jer....
sebelum tu blend cili kering, bawang besar,bawang putih,.
kemudian tumiskan sehingga masak....masukkan daging kisar
yg dah ditoskan....2 btg carrot dadu, 2 biji tomato cincang...
garam dan serbuk perasa kalau suka.....tambah air dan bancuhan
tepung jagung..... kemudian masukkan sebotol sos Spagheti ...
masukkan daun sup, daun ketumbar, oregano......cili padi....
Sos Spagheti Kimball ni dah sebulan dibeli....ingatkan dah guna
...beli lagi....rupanya belum diguna....dah lah ada 2 botol....
Hari ni ayah takde di rumah...ke Terengganu...bolehlah mama masak
spagheti jer....sebab ayah kan tak suka spagheti....hari ni pulak
ada kenduri kahwin di rumah makcik Nuril....so tak payah sush2
nak masak lunch segala.....siapa nak makan nasi jom ikut mama....
Okey dah siap semuanya....Ni Arsyad punya.....
sikitnya maaaa.....amboiii belum rasa lagiiiii
Haaa kalau kita fokus betul2....
Curahkan sosnya .....Alhamdulillah siap breakfast hari ini....
Thursday, January 17, 2013
Cerita duka dihari lahir.....
17 Januari 2013....Khamis....dah 14 tahun usia Nazhiratul Husna...
sambutan hari lahirnya kali ini mama tak buat kek pun....
sebab Aiman berbesar hati nak belanja makan Piza Domino...
dibelikannya 2 piza yg extralarge ni.....Alhamdulillah....
yang penting kita doakan moga Iera panjang umur dalam kebaikan
menjadi anak yg solehah dan berjaya......malangnya sambutan hari lahir
ini disulami cerita duka......
Sebelum nak naik ke atas tengahari tadi...mama mengintai2
ternampaklah si Lucky sedang terlentok tidur atas Tupperware
kat atas kabinet dapur ni....macam takde tempat lain jer nak tidur....
Si Snowy pulak dok tergolek atas kerusi yg tersorok bawah meja...
pandai jer mencari tempat sejuk dan selesa ya dia.....
Labuchii pulak bukan peduli kat mana ....tengah jalan2
kalau dia mengantuk sangat kat situlah dia lena.....
awak tu dah lah kaler coklat...tidur pulak atas karpet coklat...
kalau terpijak ke tersepak ke memang patut pun....
Si Sunny lagi lah pandai....merengkok dok lena bawah
penyidai Tuala kat depan toilet yang sejuk dan nyaman ni....
amboiii selesanya dia.....memang dah jadi port dia kat sini niii...
Si Pochii pulak terkapar tidur atas kerusi depan TV kat bawah kipas...
lena sungguh tak sedar diri.....huhu...rupanya inilah gambar
terakhir dia yg sempat dirakamkan pukul 2 ptg.......
menjelang petang...waktu Aiman balik dari menjemput Arsyad dan Iera
dari sekolah... ternampak Pochii tergolek berlumuran darah
di hadapan rumah jiran depan rumah kami..... Pochii mati
dilanggar kereta.....seperti Lucky adiknya juga...waktu tu
mama tengah tergolek2 atas katil tetiba dengar suara Raihana
meraung...ingatkan kenapalah.... rupanya kucing kesayanganya...mati..
Balik kampung dan ke Teluk Intan...
Baru ni ayah balik kampung ziarah atuk dan opah..... sempat menghantar
atuk untuk menggunting rambut di kedai feveret dia....
Arsyad jer yang selalunya ikut ayah balik kampung....
biasalah....kalau balik semua siapa pulak nak bagi makan ternakan
ayam, itik dan kambing tuh....dah lah Aiman dan Abang tengah nak exam
Ehhh nak amek gambar atuk ke gambar seniri nihhh....
Sempat merewang sampai ke Teluk Intan ayah dengan Arsyad ya...
sebab nak mencari benda2 berkaitan ternakan dia lah tu....
Sungguh eah...senget menara ni .... Warisan yang patut
dijaga dan dikekalkan .....tak pernah masuk dalam bangunan tu
tengok dari jauh jer..... boleh masuk lagi ke pun.... ada apa eak kat dalam nu...
Agenda makan2 mesti ada.... pekena mee rebus kat R&R Serdang.....
Restoran Masakan Batu Pahat .....
Arsyad nih kalau nak ajak dia jalan senang jer..... ajak makan
mee rebus ke mee kari ke.... ikut jer.....
Masjid Batu Gajah yang baru....belum berpeluang solat di sini
sebab masa lalu bukan waktu solat pun.....
Friday, January 11, 2013
Pakcik En dalam Harakahdaily 11.1.2013
Hazayani Zakaria, | 10 Jan 2013 |
Menurut Ketua Pengarahnya, Johari Osman(gambar), Unit Amal sudah membahagikan tugas mengikut kawasan-kawasan yang ditetapkan oleh pengajur HKR.
Mereka akan mula berkampung di Kuala Lumpur bermula pagi esok dan dikehendaki melaporkan diri sebelum jam 12 tengah malam.
"Esok Unit Amal dari luar Kuala Lumpur dan Selangor akan mula turun ke Kuala Lumpur. Kita akan berada di sekitar Stadium Merdeka malam esok dan akan mula bertugas pada pagi Sabtu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata, Unit Amal akan bekerjasama dengan Skuad Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda DAP sepanjang himpunan berjalan dari jam dua hingga lima petang.
"Kita mengadakan kerjasama dengan AMK dan Pemuda DAP menjaga kelancaran himpunan," katanya.
Sementara itu, Johari berkata pihaknya bersedia dengan sebarang kemungkinan waalaupun polis berjanji akan memberikan kerjasama penuh.
"Cabaran tetap ada. Unit Amal tidak boleh ambil ringan HKR kali ini walaupun nampak macam semuanya tenang.
"Memanglah himpunan bermula jam dua petang tapi orang ramai mula berkumpul dari pagi lagi. Jadi kami mesti menjaga pergerakan mereka," katanya.
Beliau turut berpesan kepada orang ramai agar mengikut arahan pihak penganjur dan tidak bertindak sesuka hati.
Mereka akan mula berkampung di Kuala Lumpur bermula pagi esok dan dikehendaki melaporkan diri sebelum jam 12 tengah malam.
"Esok Unit Amal dari luar Kuala Lumpur dan Selangor akan mula turun ke Kuala Lumpur. Kita akan berada di sekitar Stadium Merdeka malam esok dan akan mula bertugas pada pagi Sabtu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata, Unit Amal akan bekerjasama dengan Skuad Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda DAP sepanjang himpunan berjalan dari jam dua hingga lima petang.
"Kita mengadakan kerjasama dengan AMK dan Pemuda DAP menjaga kelancaran himpunan," katanya.
Sementara itu, Johari berkata pihaknya bersedia dengan sebarang kemungkinan waalaupun polis berjanji akan memberikan kerjasama penuh.
"Cabaran tetap ada. Unit Amal tidak boleh ambil ringan HKR kali ini walaupun nampak macam semuanya tenang.
"Memanglah himpunan bermula jam dua petang tapi orang ramai mula berkumpul dari pagi lagi. Jadi kami mesti menjaga pergerakan mereka," katanya.
Beliau turut berpesan kepada orang ramai agar mengikut arahan pihak penganjur dan tidak bertindak sesuka hati.
Wednesday, January 2, 2013
Tahun baru di sekolah baru....SRITI SMITI
Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Ilmuan (SRITI)
Sekolah Menengah Integrasi Tahfiz Ilmuan (SMITI)
Kedudukannya bersebelahan Kedai Dobi layandiri di Seksyen 9, BBBangi
di bahagian belakang RFC ... kalau tahu kat mana RFC senanglah nak cari...
sampai tadi awal lagi... tu yg tak berapa ramai orang....
Beberapa minit kemudian ramai murid datang bersama ibu bapa...
mama bagitahu Arsyad...mama dok bawah jer... Arsyad naik seniri ya...
ya lah dah masuk sekolah menengah takkan nak berpimpin bagai....
Selepas beberapa minit.... ehhh apasal semua ibu bapa naik tak turun2...
emmm hantar anak pertamakali sekolah kot.....ehh mana makcik Jie ni....
jam dah hampir ke pukul 8.00 pg tak sampai lagi.....
Haa...pelik kan kenapa diorang pakai baju biasa jer datang sekolah...
itulah keistimewaan sekolah ini....ibu bapa tak perlu berbelanja uniform
sekolah...boleh jer pakai baju biasa asalkan menutup aurat....
tapi mereka wajib pakai vest merun... macam budak lelaki tu pakai...
yuran pengajian RM1500 termasuk yuran Januari, buku dan beg sekolah
jadi beg pun semuanya sama....ada gerenti 6 bulan beg sekolah ni...
kalau dalam masa 6 bulan koyak ...boleh dapat beg baru.....
Haaa... tu dia makcik Jie dan Arieff baru sampai....susah nak dapat
parking rupanya...ya lah hari pertama sekolah semua ibu bapa menghantar
anak2 ke sekolah....mana tak penuh parking lot.....ingatkan mama nak balik jer
lepas ni...tapi teringat nak ambil beg dan buku2 Arsyad.....so naik juga ke atas....
Laahaiii... patutlah ibu bapa tak turun semula lepas naik....
ada taklimat untuk ibu bapa rupanya....takde lah diorang bagi makluman
ke kita pulak.....ermmm dah penuh dewan perhimpunan ni.....
Mujurlah ada satu kerusi kosong betul2 depan Arsyad duduk ni....
ala Arsyad ni toleh sana pulak.....peajar SMITI lelaki 10 orang...
perempuan 7 orang....SRITI lelaki pakai kopiah putih merun....
SMITIlelaki pakai kopiah putih hijau...
Pelajar tahun 4, 5, 6 dan SMITI perempuan di sini.....
pelajar tahun 1, 2, 3 di bahagian belah sana nun.....
ibu bapa yang duduk dan berdiri di sebelah sana tu......
Pelajar lelaki di bahagian hadapan perhimpunan......
sekali pandang nampak lebih ramai pelajar lelaki dari perempuan...
Pelajar sedang membaca ikrar sekolah.....dewan ni luas juga...
agak selesa untuk murid berhimpun.....
Pelajar perempuan pun baca ikrar juga....pelajar perempuan
semua bertudung putih hanya pada hari Isnin jer....hari2 lain
boleh pakai tudung kaler apa pun...yg bersesuaian dan selesa.....
Barisan guru2 lelaki di sekolah ini.... Mualim.....biasalah
guru lelaki memang tak berapa nak ramai.....hehe...
Barisan guru perempuan.... Mualimah....haa ramai juga
dua ke tiga kali ganda ramainya.....Tu dia Guru Besar sedang memberi
ucapan aluan dan sedikit taklimat mengenai persekolahan 2013.....
Selepas selesai taklimat mama pun meninjau kelas Arsyad.....
belajar elok2 ya Arsyad.... moga jadi anak yg soleh....
Subscribe to:
Posts (Atom)