Wednesday, July 4, 2012

Rindu ......

Bila anak2 dah besar...teringat2 masa diorang kecil dulu....
menyelongkar folder2 lama terimbas kenangan pada tarikh ini
13 Sept 2003.... Iera baru 4 tahun dan Arsyad 3 tahun


kami membawa utusan peminangan ke kg apa-ntah di Tg Karang....

Rumah kecil di tengah sawah diserikan dengan tanaman bunga
dan pokok buahan...rasa nyaman dan damai sangat... 

Kami mana pernah duduk di kawasan macam ni.....
perkampungan yg dikelilingi sawah padi menghijau....
saujana mata memandang....

Setiap inci tanah sehingga di halaman rumah pun ada sawah padi...

Iera kan dah besar masa ni ...pun masih nak 'Nyum-nyum'

hai kalau ikut hati diorang berdua ni memang nak nyelam jer....

Tak dapat masuk air baling batu pun jadilah.....

Kami dah selesai urusan..... nak mengundur diri dah....

Kat surau tempat kami adakan majlis bertunang......

Ni lah budak yg tak reti nak duduk diam......

Orang tua di dalam tengah berpantun bagai...

diorang berdua boleh jer bersukaria berlari ke sana ke mari.....
sempatlah ayah merakam aksi sesekali mengintai ke luar...

Sesekali duduk di riba mama pun tak reti diam....

Tuesday, June 26, 2012

Muzium Nelayan, Tanjung Balau

 Pintu masuk ke muzium..... Muzium Nelayan Tanjung Balau ni....
terletak di pantai Tanjung Balau, Desaru......

 Bahagian hadapan muzium

 Tempat membaray tiket masuk dewasa RM2, kanak2 RM1

 Bahagian pameran sejarah Tg Balau...Desaru

 Bahagian pameran pelbagai peralatan menangkap ikan....

Contoh rumah nelayan dolu-dolu....

Bahagian pameran kelengkapan pakaian menyelam

Model perahu nelayan tepian pantai.....cantik sangat ukirannya

Muzium ni ada bahagian Galeri Geologi...malangnya ruangan ini ditutup
sementara kerana masalah pendawaian elektrik katanya....
alahahai.....ruginya tak dapat masuk....

Kapal karam di dasar laut Tg Balau ni yg telah dinaikkan ke darat

Antara peralatan yang terdapat dalam kapal karam tersebut....

Kebanyakannya peralatan tembikar.... macam dari China....

Bahagian galeri Nelayan Laut dalam.....

Pemandangan dari pantai ...... 

Sunday, June 24, 2012

Naga merah.....

 Alhamdulillah syukur...selepas menunggu sejak 2006...

 Walaupun hanya sebiji.....

 Bila dipotong-potong....

Semua dapat merasa.....manis... ranum.....


Benihnya mama beli di pasar malam seksyen 7 2006 dulu...
tanam pun main korek jer tanah kat sebelah pagar tu...
memula hidup elok subur jer....lepas tu macam tak cukup zat....
sejak ayah buat reban anak ayam kat sebelah pokok ni...
nampak subur semula...dan berbunga.....
memang tidak menaruh harapan langsung nak dapat merasa....
dah amek gambar masa berbunga dan mulai menjadi buah...
tapi entah letak kat folder mana agaknya.....belum jumpa lagi...
mujur orang yg lalu lalang kat jalan ni tak perasan...
sebab buahnya agak tersorok...ayah seniri yg hari2 lalulalang
ak ke kebun pun tak perasan dah masak....mujur Aiman perasan...
tu lar rezeki namanya......syukur alhamdulillah...
nanti buah lagi ya......

Kambing pun Mandy......

 Acar timun dan carrot ni kita siapkan dulu....
just hiris timun, carrot, buah tomato yg dibuang biji,
epal hijau, bawang besar, cili merah...
gaul semua tu dan perah jus lemon atau limau kasturi...
sesudu kecil garam dan gula secukupnya.....
simpan dalam petiais.... dah nak makan nanti baru keluarkan...

 Salarta ... tapi .sebab tak pedas...ayah mesti tak suka nanti...
so mama modified sket.... 3 cili merah, 10 cili padi, sedikit belacan...
diblend kasar jer.... kalau yg ori mana ada letak belacan....
lepastu gaul dengan sedikit jus limau kasturi, tomato cincang,
sedikit gula dan sedikit hirisan daun ketumbar....

 Jangan lupa goreng papadum dulu...sejukkan dalam tupperware...

 Itik masak kicap pedas.... mula tu nak masak merah itik ...
bila ayah rasa..dia kata tak sedap sangat...so mama tambah setengah 
cawan kicap lemak manis kipas udang..barulah rasanya jadi umphh....
Blend 2 bawang besar, 10 garlik, 2 inci halia, lengkuas,
5 batang serai, 2 sudu lada hitam.....
kemudian tumis hingga masak...masukkan itik dan tambah air....
Biar hingga empuk dan masukkan kicap.....
sebelum tutup api masukkan daun ketumbar.....dan hirisan tomato

Kambing memanglar tak suka mandi.....tapi bila kita masak jadi nasi mandy..
sedaplah sangat.... nak nasi mandy yang power rasanya gunalah 
Beras Basmathy Parboiled....yg harganya  5kg tu RM48...amek kaww....
tapi mama takde lah guna beras ni...guna Kashmir Basmathy jer...yg 5kg RM26 tu
Daging kambing tu kita rebus dengan 15 biji pelaga, 15 cengkih, 15 biji lada hitam
1sk jintan putih,1" halia yang dihiris...
 1 biji hirisan buah pala kalau ada...mama lupa nak letak....
walhalnya ada jer buah pala kat peti ais yg jeruklah tapi.... 
ehhh boleh guna ke pun...patutlah Allah bg mama lupa nak letak...
memang tak boleh kot...tak senonoh jer kan...
Bila kambing dah hampir empuk ambil air rebusannya ...
Basuh 4 cawan beras dan masukkan dalam rice cooker...
masukkan 5 cawan air rebusan ....sementara tu kita tumis 5 buah pelaga, 5 cengkih,
5 lada hitam dengan minyak zaitun....kalau takde minyak sapi pun okey..
dah baik bau masukkan dalam rice cooker...masuk garam dan biar nasi masak...
bila nasi dah sejat masukkan daun ketumbar....
kalau macam keras jer nasinya tambah air rebusan lagi....
kalau suka renjiskan pewarna kuning....masa ni ada kaler biru 
ngan hijau jer...so mama tak bubuh kaler pun.....bagi nampak ori....
Alhamdulillah..... kalau makan kat kedai mau RM8 sepinggan nih..
masak seniri boleh ulang makan berapa kali pun......

Ombak rindu di Sungai Sarawak

Kalau ke Sarawak apa lagi cenderamata yang boleh dibawa pulang...
kalau bukan Kek Lapis Dayang Salhah.....
kilangnya yang terletak di tepian Sungai Sarawak
sentiasa menarik pengunjung terutama dari Semenanjung
selalu tu kalau ayah ke Kuching ayah beli ikan terubuk masin...
kali ni mama pesan kek lapis jer .....ikan terubuk masin yg ayah beli tahun 
lepas pun ada lagi dalam petiais tu huhu....

 Masa kami ke sana tahun lepas.... tengah popular kek lapis Maher Zain...
kali ni tengah popular kek lapis Ombak rindu....
ayah yang tak pernah ambil tahu pasal filem melayu...
bila orang yang menjual tu kata Ombak rindu...ayah siap tanya pulak...
ombak rindu tu apa?.....Terkejut sangatlah orang datang dari Semenanjung
tak tahu Ombak rindu....kalau tanya mama, mama pun tak tahu sangatnya...
tak pernah tengok pun...tapi kawan ayah yg tinggal di sana siap nangis
tengok cerita ombak rindu tu...aisyhhh....

 Satu lagi yang hotnya ni ha...awan nano....
ni kalau makan banyak2 takut rambutpun mengerbang macam Johan...
alahaiii...rasanya hampir sama jer.....

 Haa yang ni sedap..... cheesy...

Kalau kek yg lain tu semua harga dia RM10 sebungkus...tapi
si masam manis ni RM15 .....

Tuesday, June 19, 2012

Seminar dan Dialog Pembangunan Tapak Warisan Geologi Persisir Wilayah KEJORA

 
Inilah sebabnya kenapa ayah terpaksa berulang alik ke Desaru...
menghadiri mesyuarat dan seminar Pembangunan Tapak Warisan Geologi
Persisir Wilayah KEJORA......
pada 26 hingga 28 Jun 2012  bertempat di Hotel Lotus Desaru.
Kepada mereka yang berminat untuk hadir sila hubungi urusetia seperti tercatat
di pamplet di atas.......
Pn Noriah 07-8843000