Perdana Menteri mengumumkan kenaikan 20 sen harga minyak Petrol dan Diesel
malam tadi......hadiah kemerdekaan
Maka rakyat pun berpusu-pusu beratur mengisi tangki
kenderaan masing2.... Hana yg nak balik UKM singgah juga ke Petronas
...penuh, Shell pun penuh..... semua stesyen minyak kat Bangi
penuh sesak.....sudahnya dia balik kampus tanpa isi minyak...
Antara peritiwa rentetan kenaikan harga minyak ni.....
selepas beratur berjam2 menunggu giliran nak isi minyak....
dan tangki yg ada dah susut sebab menunggu...tetiba bekalan
minyak habis...mau tak mengamuk pengguna.....di Durian Tunggal Melaka
Renungan kepada para pemimpin kecil dan besar yang terlibat
dalam urus tadbir negara.......hayati .....
Ulasan seorang Pakar Matematik Gunaan,
Prof Madya Hamid Yeop Zainuddin
Impaknya kesan dr harga minyak naik, untung atau rugikan negara.
Pakar Metematik Gunaan dedah fakta sama ada impaknya kesan dr harga
minyak naik, untung atau rugikan negara.
Penyelarasan subsidi keatas beberapa bahan keperluan seperti petrol dan
gula bukan sahaja memberi kesan kenaikan harga keperluan lain,malah
pelbagai pihak dr sektor perkidmatan juga menaikan cas atas alasan tersebut.
Dlm keadaan yg semakin tertekan ini kakitangan kerajaan yg bergaji
RM3000 sebulan pun sudah boleh dikategorikan miskin,
apatah lagi yg tidak bekerja.
Ironinya,setiap kali kenaikan harga barang,golongan ini disaran berjimat cermat.Bagaimana lg caranya hendak berjimat cermat?
Adakah sehingga makan sekali sehari itu yg dikatakan berjimat cermat?
Semua saranan itu tentu sekali tidak akan meredakan kemelut sara hidup yg menyeksakan.
Pakar Matematik Gunaan,Prof Madya Hamid Yeop Zainuddin menjelaskan
dan merungkai permasaalahan kenaikan harga pertrol.
.Dipasaran dunia harga bahan api turun dan naik,tetapi dimalaysia boleh
dikatakan tak pernah turun asyik naik sahaja.sesiapa pun faham
,ini membuktikan harga minyak di malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia,
ketika kita RM2.70 seliter ada negara lain jual dgn hanya 16sen seliter.
Untuk memudahkan org awam faham,ambil contoh kelapa sawit,
kita adalah negara pengeluar.Klau dulu harga sawit RM1000 satu tan,
sekarang dah naik RM3000 satu tan,kita untung atau rugi?
sudah tentu untung 3x ganda,Begitu juga minyak mentah,
Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan mengagotai OPEC.
Jika benar rakyat didahulukan maka sudah tentulah jual murah didalam
negara tetapi jual ikut harga pasaran diluar negara
.Ini adalah hasil negara yg sepatutnya dinikmati oleh rakyat..
--------------------------------------------------------------------------------------
Benarkah kenaikan harga minyak mentah dunia merugikan negara?
Bukan sahaja tidak merugikan negara tetapi sebaliknya mendapat keuntungan
berganda .Klau dirujuk pada data 2008 dengan angaran jualan 700,000 tong sehari,Harga minyak pada Januari 2007 adalah AS$50 iaitu RM175 setong
,Justeru perolehan setahun bg tahun 2007 adalah melebihi rm44Bilion
.Jun 2008 harga minyak telah naik kepada AS$138 iaitu RM483,
Justeru perolehan setahun hingga Jun 2009 adalah RM123 Bilion.
Ini memberi tambahan lebihan untung sebanyak rm78Bilion.
Keuntungan tambahan ini tidak termasuk keuntungan lain seperti Gas dan diesel
,Oleh itu keuntungan sebenar hasil kenaikan sebenar harga minyak
dunia adalah jauh lebih tinggi.
--------------------------------------------------------------------------------------
Dengan keuntungan yg banyak ,lebih banyak lah subsidi di beri?
Klau tiada subsidi pun harga minyak boleh diturunkan.apatah lagi jika ada subsidi.
Tetapi rakyat kini menanggung beban kenaikan harga minyak yg konon nya
di sebabkan kenaikan harga minyak dunia.Ramai yg ingin tahu manakah perginya lebihan keuntungan RM78Bilion ini.Lagi lah tidak logik kita terpaksa pula
mengurangkan subsidi.Kita bukan seperti singapura kerana ia negara pembeli bukan negara pengeluar.Harga dikilang tak sama dgn harga di kedai.
Ketika harga minyak mentah AS$130 setong,kerajaan mengumumkan harga
sebenar petrol adalah RM3.00 dan diberi subsidi 30sen menjadikan nya RM2.70.seliter.
--------------------------------------------------------------------------------------
Jika benar ada subsidi,adakah subsidi diberi kepada semua syarikat minyak ?
sekiranya syarikat minyak asing tidak mendapat sejumlah subsidi ,sudah tentu mereka menjual mengikut harga yg memberikan keuntungan masing2 sebagaimana yg dijual di negara lain.sebab itu harga petrol di singapura lebih mahal.tinjauan saya mendapati penguasa stesen minyak membayar tunai dgn harga RM2.70 drp pembekal syarikat asing,drp pada itu mereka hanya memperolehi komisen RM0.90. Ini bermakna
,pengusaha stesen minyak bukan penerima subsidi,Justeru kemungkinan besar
subsidi tersebut dibayar terus kepada syarikat asing.Lebih 80 peratus drp
RM33bilion subsidi dibayar kpd syarikat asing.berdasarkan dr RM33belion ,
kita boleh mengetahui pengunaan petrol negara ini dalam setahun adalah
kira2 110 Bilion liter,Lebih kurang 301juta liter sehari.
Mengikut laporan pd tahun 2007,terdpt 3,098 stesen minyak diseluruh negara
dgn 40 peratus drpnya,terutama yg dibandar dan lebuhraya beroperasi 24jam,
Ini memberi gambaran purata jualan bg setiap stesen minyak adalah
sebanyak 97 ribu liter sehari,atau hampir 3 juta liter sebulan.suatu angka
yg sukar diterima utk sebuah stesen minyak kerana,secara purata jualan
harian mereka tidak melebihi 20,000 liter minyak diseluruh negara.
Jika benar ada subsidi maka angka-angkanya mestilah benar dan selari dengan
pengiraan matematik tadi,tetapi kerana angka-angkanya tidak sekena,
maka keputusan ini menidakkan dan menolak dakwaan kewujudan subsidi petrol berjumlah RM0.30 seliter. atau RM33belion setahun.Ada atau tidak subsidi
minyak utk rakyat? andalah yg menentukan jawapanya.
--------------------------------------------------------------------------------------
Jika tiada subsidi,Adakah rakyat terpaksa membeli dgn harga yg mahal?
Sepatutnya tidak,salah satu cara utk menurunkan harga minyak adalah dgn menyerapkan terus keuntungan Petronas ke dlm hasil minyak (petrol dan diesel)
yg dijual didlm negara.Penyerapan ini akan membolehkan petronas menjual
dengan harga lebih rendah secara langsung dan menaikkan lg keuntungan
petronas dgn peningkatan jualan minyak,tindakan inilah yg sebenarnya
menangkis persoalan kemanakh perginya keuntungan petronas.lagipun
bukan semua pengusaha minyak syarikat asing membeli minyak mentah drp petronas,itupun petronas tetap mengaut keuntungan berbilion ringgit,
sedangkan dgn harga AS$50 setong kerajaan mampu menangung subsidi
berbilion ringgit,inikah AS$138 setong.
Bila untung dua kali ganda sepatutnya turun separuh harga.
Senyummmm
No comments:
Post a Comment