Saturday, March 30, 2013

Hypotensi - tekanan darah rendah

Khamis 28 Mac 2013...tetiba jer mama rasa semua benda yang ada 
di sekeliling mama berpusing laju macam kipas....kenapa nih...
Allahuakbar.... waktu ni ayah di tampat kerjanya...
Hana, Iera dan Arsyad ada di rumah....tapi masing2 sebok 
dengan hal masing2 ...mama panggil dari bilik belakang boleh pulak 
diorang tak dengar.....terus call ayah kat ofis....mujur bawa hp 
ke bilik belakang masa tu.... owhhh bahaya juga bilik belakang ni eak
kita panggil2 orang tak dengar...mujur mama masih gagah
boleh merangkak naik katil lagi dan berbaring dulu.....

waktu ayah sampai semua benda makin ligat...kalah kelajuan kipas
bila ayah suruh minum air kelapa muda...terus bersembur mama muntah...
tak sempat ke sinki...huhu kesian ayah kena bersihkan muntah mama...
lepas tu setiap kali lepas minum terus muntah.... 5 ke 6 kali juga muntahnya
muntah air jer lah dah last2 tu.... pahit giler...warna kuning pulak tu...
Alhamdulillah lepas muntah baru rasa lega sikit....tapi masih 
berpusing semua benda di sekeliling.....lepas tidur beberapa jam..
baru okey sikit...... kiranya seharian tu terbaring jerlah mama...
dan 2 hari jugalah mama solat duduk sebab kalau rukuk terus tergolek
tak boleh nak kawal dah.....Subhanallah ujian apakah ini.....



Pada 17 Mac 2013 hari tu mama dah buat pemeriksaan 
kesihatan secara percuma di Majlis PKR Bersama Rakyat,
 rasanya normal jer bacaaannya 128/68 mmHg...
bagi wanita berusia hampir keemasan nih memang macam 
tu lah kan....huhu...apalah agaknya puncanya ya......
nak keluar jumpa Doktor tapi jalan pun rasa tak larat lagi..
telefon Makcik Lin kata mungkin Tekanan Darah Rendah @ Hypotensi...
mari kita tanya En Google apa maklumat yg kita boleh dapat....

Semalam sudahnya ayah bawa jumpa Dr Hassan, Perubatan
....Homeopathy kat PKNS Bangi dapatlah ubat2 yang manis
itu sebenarnya mama bukan berani sangat nak makan ubat 
.....biasa....pahit dan besar2 gedabak tu..... hehe macamlah ayah tak tahu
tapi Dr Hassan kata Hb mama rendah lah pulak....kena makan bayam
banyak2....ada yg nasihat makan kambing dan susunya.....

Apa bendanya Tekanan Darah Rendah nih

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang 
lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap 
organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan 
menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang 
adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak,
 jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Kenapa boleh kena tekanan darah rendah eak
Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, 
terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-
usia
aktiviti seharian
perasaan
ubatan
pendarahan
infeksi

Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan
 darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. 
Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-
stroke
penyakit jantung
penyakit pada mata
pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah


Gejala Tekanan Darah Rendah
Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan 
menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah.
 Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-


cepat lelah
pening kepala ketika posisi badan berubah
sukar untuk berkonsentrasi
mata berpinar-pinar
mual
kulit berasa dingin, pucat dan lembap
pernafasan cepat dan pendek
defresi
cepat haus

Penyebab Tekanan Darah Rendah
Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah
yang dipamkan oleh jantung dan ketahanan (resistensi) pembuluh
darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang
 boleh menyebabkan tekanan darah rendah terjadi iaitu:-


Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah 
seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam 
badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun 
sebaliknya yang terlalu lambat.
Keadaan otot yang lemah.

Ubat-ubatan yang Boleh Menyebabkan Tekanan Darah Rendah
Diuretik: ubat darah tinggi yang menyebabkan kencing yang banyak.
Alfa-Blockers (ubat darah tinggi)
Beta-blockers (ubat darah tinggi)
Ubat-ubat untuk penyakit Parkinson
Sesetengah jenis ubat penenang (anti-depressant)
 Sidenafil (Viagra), terutamanya jika digunakan bersama nitrogliserin 
(sejenis ubat jantung)

Jenis-Jenis Tekanan Darah Rendah:

Tekanan Darah Rendah Apabila Bangun Berdiri (Postural Hypotension)
Terjadi apabila anda berdiri dari posisi duduk atau bangun dari posisi berbaring. 
Graviti menyebabkan darah terkumpul ke kaki apabila anda berdiri. 
Bagi individu normal,degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. 
Bagi mereka yang bermasalah postural hypotension, jantung dan urat darah tidak dapat bertindakbalas secukupnya terhadap graviti- lalu tekanan darah menjadi rendah, menyebabkan simptom-simptom pening, pandangan kabur dan 
kadangkala menyebabkan pitam.

 Tekanan Darah Rendah Selepas Makan (Postprandial Hypotension).
Selalunya dihadapi oleh mereka yang berumur. Sejumlah besar darah berkumpul ke saluran penghadaman selepas anda makan. Bagi mereka yang normal,
 degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk 
mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. 
Bagi mereka yang bermasalah, mekanisme ini gagal berfungsi lalu 
menyebabkan tekakan darah menurun.



Cara-cara Mengatasi Tekanan Darah Rendah

Makan lebih garam dalam diet anda- tetapi jangan terlalu berlebihan kerana 
natrium yang terlalu berlebihan boleh menyebabkan kegagalan jantung.

Minum lebih banyak air – terutamanya sewaktu cuaca panas dan ketika anda 
sakit seperti selsema. Ini boleh meningkatkan isipadu darah anda dan 
menaikkan tekanan darah anda. Air yang mengandungi kandungan 
natrium dan kalium yang tinggi adalah igalakkan 
(cth: Oral Rehydration Salt, ORS).

Bersenam selalu untuk menggalakkan pengaliran darah.
Ubah posisi badan secara perlahan-lahan – Jika bangun dari tidur,
tarik nafas panjang selama beberapa minit, kemudian bangkit duduk 
perlahan-lahan.Setelah itu, barulah bangun berdiri. 

Tidur dengan kedudukan kepala sedikit tinggi dari badan juga dapat 
membantu mengatasi kesan graviti.

 Pakai stoking elastik (gut/ compression stocking) – memakai stoking ini 
pada kaki boleh mengurangkan darah turun ke kaki, lalu mengekalkan 
lebih darah di bahagian atas badan.

Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap – kurangkan makanan 
yang tinggi karbohidrat seperti kentang, nasi, pasta dan roti.
 Ini boleh mengelakkan tekanan darah turun mendadak selepas makan.

Jika langkah-langkah di atas tidak dapat memperbaiki tekanan darah anda, 
anda mungkin memerlukan bantuan ubat-ubatan.



Ubat-ubatan untuk Tekanan Darah Rendah

Fludrocortisone – sejenis mineralocortikosteroid yang 
berkesan untuk ’postural hypotension’ dan tekanan darah rendah.
 Ia menyekat penyingkiran natrium oleh buah pinggang, menyebabkan 
penahanan bendalir badan dan sedikit bengkak. 
Ini perlu untuk menaikkan tekanan darah. 
Akan tetapi, penyekatan natrium ini juga akan menyebabkan 
kehilangan kalium. Jadi, amat penting untuk anada mendapatkan 
supplemen kalium setiap hari jika anada mengambil ubat fludrocortisone.

Midodrine – ia berkesan memperbaiki tekanan darah bagi mereka 
yang mengalami postural hypotension.
 Ia bertindak dengan menyekat kebolehan urat darah untuk 
mengembang, justeru menaikkan takanan darah.





Tuesday, March 26, 2013

Girls Day-out - Ice Room Bangi

Beberapa tahun lalu mama dan ayah pernah bawa Arsyad
makan2 Ice cream di Ice Room Nilai 3 kot...kat N9...sejak
itu Iera dan Hana selalu ajak nak makan di sana...macamnya sedap
sangat kot....sejak Ice Room dibuka di BBBangi inilah kali pertama
kami masuk ....ajak ayah tentu taknak dah......tak suka Western...

Pemandangan hiasan dalamannya yg warna hijau pucuk pisang ni
ni nampak menyummykan.... kerusi mejanya pun kiut....mana nak beli ni eak...

Yang boring tu pekerjanya tetaplah warga asing..... dah takde
budak Melayu ke yg nak kerja di tempat begini agaknya....

Masa bersiap tadi mama sebenarnya nak ajak Iera dan Hana ke Alamanda
nak ke MPH ler kununnya....tapi dah lunch hour ni waktu orang
kerja mesti ramai orang...malaslah kan...perutpun dah lapar...
sudahnya melencong ke sinilah....mujur Iera setuju jer...

kali ni kami keluar bertiga jer...Arsyad tak nak ikut....sebab dia
sepatutnya nak ke Alamanda dengan emak kawannya Arif...
tu yang dia sanggup duduk di rumah tunggu lepas zuhur baru nak keluar
mama ajak pun dia tak nak...sebab dah janji dengan kawan...okeylah...

Hana oder Icecream Mangga ni....hurm mangga dalam tin ke
rupanya...ingatkan fresh mangga....boleh larrrr....

Iera punya Blueberry icecream.... sedap juga...tapi bila
dah nak last2 spoon tu rasa tepung jagung katanya....
memanglah orang buat ice cream guna tepung jagung...huhu..

Hana yang nak makan semua ni so dia yg jadi tukang pilihnya
mama punya Thai Chicken chop....sosnya jer guna sos Thai...


Iera punya Black pepper Chicken chop...sos Black peperlah
yang lain semuanya sama...ayamnya digoreng macam guna 
tepung Tempura....rangup sangat sampai tak rasa juicy ayam...


Hana pilih Black pepper Beef steak...okeylah juga lembut dagingnya


Lepas makan kami ke kedai Bake with Yan nak beli Cheddar cheese...
mama ternampak kedai Laurea...teringat nak beli sarung bantal...
sudahnya siap beli bantal lagi....yang geram tu sarung bantal
yang susah payah kami pilih tak dikira dan dimasukkan dalm beg...
cehhh....ada bantal baru takde sarung bantal baru...nak kena pergi lagi
nampak gayanya nih....alahai....yang kesian tu Arsyad tak jadi
ke Alamanda sebab kereta mama kawannya rosak....
terpaksalah mama masak untuk dia jugak...mee goreng Malas....
Alhamdulillah jadilah kan.....okey kita ke Alamanda lain kali.

Sunday, March 24, 2013

Laksam....

Dari sehari ke sehari nak menerai buat Laksam...tapi tak terbuat2...
pagi tadi tengah terfikir2 nak masak apa....teringat nak buat
terus ke kedai Mael Save beli bahan2nya....
3 mug tepung beras (1paket), 1.5 mug tepung gandum, sedikit
garam dan 4 mug air suam....bancuh dan tapis....
kukus dalam loyang sesenduk adunan ...selama 1-2 minit..
Guna minyak untuk jangan melekat.... bila dah sejuk  jer lepas tu gulung...
berpeluh juga nak siapkan banyak ni...ini baru buat separuh...
stop dulu untuk buat kuahnya.....

12 ekor ikan Sardin @ Selayang direbus dengan asam keping dan garam
kikis ikan dan blend maccam nak buat kuah laksa....
masukkan dalam periuk bersama 5 asam keping, garam, 3 lada merah,
bawang, 6 cili padi  dan lada hitam yg diblend, bunga kantan, daun kesum
didihkan perlahan dan tambah santan pekat....sesuaikan rasanya
Ulaman mama guna kobis, taugeh dan timun.....


Sambal belacan kalau nak pedas.....



 Patutnya untuk sarapan pagi tapi dah semuanya ke dapur makan dah nak
tengahari...kira brunch lah ni..... bila dah gaul dengan tepungnya
terasa kurang masin pulak....tambah jer kicap...
Alhamdulillah siap dan jadi juga membuatnya....


Thursday, March 21, 2013

Merai kejayaan.....

Alhamdulillah...cuaca memang agak panas hari ini.... sehangat kegembiraan
suasana meraikan kejayaan anak2 yg berjaya dalam SPM.....
yang kurang berjaya pun hangat ...bersemangat untuk berusaha
lagi di masa akan datang.... SPM bukanlah penentu masa depan.....

Alhamdulillah...Hana berjaya dengan cemerlangnya...
dia memang sangat tekun berusaha untuk berjaya...
setimpal dengan usahanya.....

Abangnya Tajul Aiman post ini di wall fbnya....
"Sijil Pelajaran Malaysia" vs "Soalan Padang Mahsyar"...



Tahniah buat mereka2 yg berjaya dgn keputusan yg cemerlang...
Soalan peperiksaan yg sebenarnya kita mesti lulus dengan cemerlang ialah SPM, iaitu "Soalan Padang Mahsyar". Kalau kita gagal, tidak boleh ulang. Test JPJ, kalau gagal kita boleh ulang. Tapi SPM yg ini tidak ada peluang dah.



> Ustaz Azhar Idrus <

:: Syukurlah SPM yang sekarang ini bukan SPM di akhirat, masih boleh diperbaiki ::


Bukan mama malas nak masak...
tapi dah seronok sangat sampai lupa nak masak haha...

Banyaklah mama punya alasan....ayah ajak lunch di
Restoran De One Steak kat Puncak Bangi...

Ayah makan Rice with Beef Sizzling..... amek kaw...berasappp...

Mama saja pilih Chicken Gordon Bleu....huhu....
besar gedabak ayamnya.....bila dibelah mengalir cheesenya...nyummm
tapi tak larat nak habis ...siap bungkus...

 Hana makan Chicken Marryland......pun tak larat nak habis
bungkus sekali dengan mama punya...bolehlah bagi Iera dan Arsyad..


Ini kali kedua mama dan ayah makan di sini...Hana first time kot
kesimpulannya biasa jer....takde lah sedap sangat...buktinya
tengahari tadi waktu lunch...lengang jer ..
ada la kot 3 ke 5 meja jer yg berpelanggan....

Sunday, March 17, 2013

Program Bersama rakyat .....

Tetiba 2 malam lepas kak Zaiton call ajak meniaga untuk program ini
hurmmmm ..okey lah lagipun kita tak pernah join program macam ni...
jom tengok apa sebenarnya yang ada di sana......



Bermulanya dari jam 7.30 pagi...pengunjung mulai ramai yang hadir
program Sukaneka keluarga rupanya.... maknanya hanya untuk penduduk
di sekitar sini...tapi yg hadir tak lah rami sangat... biasalah tu
kat BBBangi ni pagi Ahad banyak sangat program macam ni...
tu tak masuk kat Putra Jaya lagi...pun ramai jer orang Bangi suka gi...
atau memang dah diwajibkan gi...ada jiran kata diwajibkan gi program
Purple Walk siap kena beli baju dan tudung Purple dari mama lagi...
Kat sini YB turut menyampaikan sumbangan untuk warga emas,
Balu dan Mualaf.... dan mengingatkan tentang PRU13 ......

Pemandangan dari gerai Tudung mama... malas nak bangun
ke sana sini ambil gambar.... panas pun ya... Kat sini mama hanya jual
tudung jer ... Alhamdulillah jualannya boleh juga....maklumlah tengah bulan nih

Antara gerai jualan lain yg terdapat di sini.... 

'Meh kopi secawan' pun ada...

Belajar menjahit manik untuk baju kurung....


Gerai tumpuan anak2..sambil nangis menarik kain baju emak
ayah diorang... gerai mainan...dah beli ini baru mama boleh shoping
dengan amannya....haha ada sorang budak merengek masa mamanya 
tengah sebok memilih tudung...dah dapat mainan..terus senyap...

Gerai Pray for Gaza pun ada......

Pemeriksaan kesihatan percuma...sebelum pengunjung lain serbu
mama buat dulu...jadi orang pertama buat...huhu berat naik lagi...
Alhamdulillah blood presure okey...128/68....berat malu nak cakap

Anak2 yang menyertai program sukaneka sedang bergambar
dengan YB Shafie Bakar dan YB Teo....selepas menerima hadiah masing2

Gerai kita..... Hana tu tengah khusyuk main game ya....
bukan kira keuntungan ke apa.....

YB Teo sempat singgah ke gerai kita...dan sempat posing

Yang berkerumun tu tengah upacara rebut gula2...
kanak2 bawah 6 tahun.... tapi yg tua2 pun join sama...haha

Gerai Jumble Sale pun ada di sana tu....

Ni pertandingan Musang Berjanggut...dengar nama macam 
ngeri jer nak join main...mama suruh Hana join....

Larr...rupanya pertandingan mengasingkan kacang hijau, kacang
Dhal dan kacang soya..... yg dah digaul mesra asingkan kpd 3 bekas

5 peserta yg siap dulu akan menerima hadiah..... Hana jatuh no 8 kot...


Nun jauh di sana pertandingan tarik Tali remaja......
program berakhir jam 12 tengahari.....

Sebelum majlis berakhir YB dah beredar dulu...rupanya ada program 
lain sedang menanti di Seksyen 15...... patut lar.....


Saturday, March 16, 2013

Crepe Daging....crepyyy


Di sana sini orang memperkatakan Crepe durian,
crepe stobery....bluberry dan segala berry.....
kemudian post kat Blackberry....cerita akan kesedapan
Crepe yang berjenis ni,... lemak berkrim...sebab 
durian digabungkan dengan Double Cream...
mama dah pernah buat, tapi anak2 tak suka....beli pun
diorang tak berapa suka....suka lagi makan durian asli...
hurmmm cer buat crepe daging pulak....

Memula kita masak inti dia ....masak jer macam nak buat 
inti karipap....guna rempah kari masaklah sampai
daging empok dan kuahnya sejat.....tambah karot ...

Kulit crepe tu buat macam nak buat crepe durian
buat lebar sket so boleh bubuh inti banyak sket...
makan 2 keping dah kenyang.....bungkus macam buat crepe
dah siap....haa bila buat macam ni baru semua orang
suka makan sampai habis......