Thursday, June 27, 2013

Usahawan Cilik SERI SEMI ABIM 2013


AJK BAKA SERI SEMI ABIM sedang bermesyuarat
merancang dan merencana perjalanan program Usahawan Muda,
nama asalnya kemudian ditukar ke Usahawan Cilik.... mana2 lah...
tujuannya untuyk mendedahkan pelajar SERI/SEMI ABIMkepada Dunia Usahawan
melalui susah senangnya berniaga.....mama bukan AJK BAKA,
tapi dilantik menjadi AJK Pelaksana Program,....

Program berlangsung pada hari Sabtu 22 Jun 2013...
Pada hari itu mama buka Gerai baju dan tudung juga...
Alhamdulillah jualannya menarik juga....walaupun ibubapa yg hadir
rata2 mengeluh belum dapat gaji....tetap membeli....

Gerai mama berkongsi dengan gerai Makcik Ewa, Makcik Ipah dan Makcik Zan
gerai macam2 ada.....

Urusan jual beli pada hari ini semuanya menggunakan Kupon











YB Shafie Ngah datang meluangkan masa meresmikan
program pada hari ini......





YB Shafie Ngah bergambar di hadapan gerai mama...waktu ni
mama tengah sebok melayan pelanggan...


Sumbangan ABM dari BAKA kepada Pihak SERI ABIM


Monday, June 24, 2013

Jerubu...tiap tahun berjerubu


Bangun pagi Ahad pada 23 Jun 2013 mengintai keluar rumah....
sangkakn ada orang buat pembakaran terbuka....
rupanya Jerubu tebal.... Subhanallah....sampai tak nampak reban
kambing dari rumah kita.....

Rupanya musim Jerubu yang memang setiap tahun kita alami sudah bermula
isunya sama juga...kebakaran hutan di Sumatera...kebakaran yg 
disengajakan....untuk membuka kawasan tanaman sawit yg baru
maka keesokan harinya Ira dan Arsyad cuti sebab semua sekolah
di Selanmgor diarah tutup sebab bacaan IPU berada di paras
TIDAK SELAMAT....bahayanya.....


Pengetahuan mengenai bahaya JEREBU

Ramai tidak faham apa dia jerebu dan kesannya kepada kepada kesihatan. Tulisan ini cuba menjelaskannya. Disusun oleh Dr Lo’ 
Lo’ Mohamad Ghazali. (Al-Fatihah buat beliau)

Jerebu adalah satu keadaan di mana mutu udara persekitaran sudah tercemar. Udara yang dihirup dipenuhi dengan pelbagai debu, habuk,gas dan juga bahan-bahan kimia. Antara gas-gas yang ada dalam jerebu adalah CO, O3, PM10, SOx dan NOx.
Apa kaitan jerebu dengan manusia? Segala debu,habuk dan gas-gas dalam jerebu membentuk sebatian kimia yang membahayakan kesihatan manusia, juga kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan

Apa yang menyumbang kepada jerebu?

1. Pembakaran secara terbuka
2. Penggunaan bahan bakar yang 'kotor'
3. Penggunaan minyak mengandungi plumbum untuk kenderaan
4. Kawalan pencemaran yang tidak berkesan
5. Pelbagai semburan atau aerosol
6. Pelbagai pembakaran yang menyumbang kepada penghasilan asap
7. Mungkin juga pembakaran rokok !!!

Alam sekitar adalah merupakan salah satu 'amanah' yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia untuk diurus tadbir dengan jujur dan baik. Alam sekitar tidak boleh dibiarkan saja, apalagi dicemari kerana ini bukan saja menodai `amanah' yang diberikan, tetapi akan menyebabkan berbagai kesulitan kepada kehidupan seharian serta semua makhluk.

Golongan yang berisiko tinggi -menurut Bahagian Kawalan Penyakit (1998):

· Kanak-kanak dan bayi
· Orang tua
· Golongan berpenyakit seperti:
+ Asma
+ Bronkitis
+ Radang paru-paru
+ Penyakit paru-paru yang kronik
+ Penyakit jantung
+ Alahan


· Perokok
· Mereka yang sentiasa berkerja di luar rumah

Apakah kesan kesihatan kepada manusia

1 Gangguan saluran pernafasan dan paru-paru seperti asma atau lelah, sesak nafas dan radang paru-paru
2 Mata terasa pedih-pedih,berair dan rengsa serta menyebabkan konjuntivitis
3 Kepala berasa berat dan sakit
4 Dada ketat dan terasa sesak
5 Letih yang berlebihan dari biasa
6 Ketidak stabilan emosi
7 Gangguan kepada hormone terutama wanita
8 Kesan kepada ibu yang mengandung dan juga kepada janin
9 Mungkin menyebabkan maut jika gangguan pernafasan menyebabkan serangan asma atau bronchitis yang teruk

*partikel terampai ini boleh menyebabkan kesan kepada:

· Kematian bayi dalam kandungan
· Masalah pernafasan
· Asma yang kritikel
· Bronkitis yang kronik
· Kerosakan paru-paru
* Menurut EPA ( Unit Pencemaran Udara USA ) (1992)

Indeks Pencemar Udara (IPU) di Malaysia


0-50 -----Sihat
51-100 ----sederhana
101-200 -------tidak sihat
201-300 ------sangat tidak sihat
> 300 --------Berbahaya

Sumber: JAS 1997

Apa yang perlu anda lakukan

· Menutup hidung dan mulut semasa berada di luar
· Memakai kaca mata yang boleh melindungi mata
· Meminum air yang banyak untuk melegakan rongga pernafasan, khususnya tekak
· Memasukkan air dalam hidung bagi membersihkan saluran hidung yang menapis kotoran
· Kerap mencuci muka dan badan bagi menghilangkan kotoran
Selain itu, anda boleh lakukan perkara berikut

Kerap mengambil wuduk bagi orang Islam
· Ambil makan seimbang yang berkhasiat terutama sayuran dan buah-buahan
· Kurangkan masa berada diluar rumah atau bangunan
· Mungkin pengambilan vitamin serta makanan kesihatan dapat meningkatkan imuniti dan tahap kesihatan
· Mungkin juga penggunaan alat pembersih udara dalam tempat tertutup boleh membantu mengekalkan udara dalaman yang bersih
· Kurangkan aktiviti yang menggunakan bahan yang boleh mencemarkan udara seperti: menyembur, mengecat
· Menggunakan air semburan untuk menggurangkan habuk
· Mengurangkan penggunaan alat yang boleh menghasilkan bahan pencemaran
· Mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor
· Mengalakkan penggunaan kenderaan awam
· Menasihati orang awan menjauhi tempat berjerebu
· Pengharaman pembakaran secara terbuka
· Kawalan lebih ketat kepada industri.
· Mengurangkan waktu persekolahan .

· Mengurangkan masa bekerja
· Penggunaan kenderaan awam secara percuma atau diskaun
· Pesakit mengidapi penyakit pernafasan dinasihati meninggalkan kawasan yang terlibat
· Mengurangkan aktiviti kemungkaran dan kemaksiatan kerana setiap yang berlaku didunia ini pasti ada kaitannya dengan dosa, kerosakan dan kezaliman yang dibuat manusia itu sendiri
· Bersembahyang dan berdoa kepada Tuhan agar diturunkan hujan bagi membersihkan kembali udara

Sunday, June 16, 2013

Asasi Pintar UKM


 Alhamdulillah akhirnya termakbul juga doa mama dan ayah
Hana dapat Asasi Pintar UKM....dekat jer dengan rumah...
pada hari Rabu 29 Mei 2013....di Kolej Keris Mas...

Hana sedang mendaftar diri...antara pelajar terakhir 
yang mendaftar...adatlah tu....makin dekat makin lambat 
datang mendaftarnya....orang lain semua dah berdedai
mencari bilik memasing....kita baru sampai....macam jauh sangat

Ayah tu sebok mencari Hana...boleh dia tak perasan anak dia 
ada di belakangnya tuh......

Sempat mengintai apa yang di buat Hana tu...semua persediaan
dah lengkap dan dibuat sendiri.....

Ibu bapa dan keluarga yang hadir sama dijamu dengan sarapan pagi


Ayah sempat berkenalan dengan Encik sebelah ayah tu
datang dari Kelantan.....semalam lagi dah sampai
bermalam di rumah saudara di Kajang....
Lepas makan2 pagi, kami diberi taklimat ringkas
lepas taklimat hantar Hana ke biliknya dan kemudian
keluar mencari Tikar getah dan penyapu, penyodok dan
Mop ...sempat singgah rumah solat dan jam 2 Hana ada
taklimat lagi...ayah pulak terus ke ofis......

Thursday, June 13, 2013

"Publika", Solaris Dutamas ni tempat apa sebenarnya.....

Sebenarnya bila ayah sebut nama tempat ni, mama buat tak tahu jer
sebab tak pernah dengar...dan tak pernah sampai
ayah tu ada temujanji dengan seorang Ustaz...
tapi dia Lecturer kat UIA....adalah ceritanya tu.....

Ayah diarahkan Ustaz tu untuk masuk ke bangunan ini...
nak meetingnya di Pejabat Peguam, kat area sini...
dah masuk ke shopping complex...mama kata mama tunggu
sini jerlah....ingatkan boleh lah sindow shopping ker....

Macam tak ramai orang jer tempat ni....owwwhhh 
ofis hour kot.....tapi serius memang tak ramai orang..
kalau berdehem pun dengar bergema semacam....hehe..
tengok ....kan lengang jer kan..nampak tu ada replika 
melutut sebelah kaki kat belah tiang.....lukisan kat wall atas tu...

Masa masuk tadi ternampak benda merah ni dok kat tengah
laluan "orang tak ramai " tu....apa kebendanya tu.....
bila dah dekat baru perasan....owhh bangku duduk...

Yang ini warna biru pulak......nak kata macam kasut..
takde ler rupa kasut sangat...macam kacang Cap Tangan kot...
mama siap duduk sini kejap nak menghayati bentuknya...

Yang ini macam besi tak siap jer....owh itulah seni....

Haaa...yang ini nampak macam bangku.....siap boleh sandar

Dinding luar kedai British India ni cantiknya ukiran kayu dia...
kalau pasang kat rumah kita pun cantik kan...eii suka larr
kedai ni pun ada sorang jer.....penjaga kedai....

Ada juga kedai ni...Hariz Vintage..yang Melayu lah bunyinya kan....

Kat dalam tu tentulah barangan antik orang Melayu...
entahnya ...pun macam takde pelanggan jer.....

Mama ni di tingkat atas....kat seberang sana tu pun ada kedai 
macam kedai seni kraf kot.....pun takde pelanggan...

Kedai barangan kemas import kot....

Waktu ni dah tengahari sebenarnya nak lunch hour...
tapi nampak lengang jer....kalau kita ke Alamanda ke Mid Valley
waktu ni menti berlaga bahu kalau berjalan.....

Butik pakaian .....dah tentu mama takkan masuk...
tengok dari luar pun dah boleh agak apa pakaian yg dijualnya...

Dari atas ternampak lagi bentuk bangku yang kreatif ni
agaknya memang tempat ni dibuat berkongsepkan seni kot....

Masa memula masuk tadi...penat berjalan dari car-park
sempat berehat duduk sorang-sorang kat bangku tu...
alahai ingat nak lepak sini lagi....dah ada orang lain larr..

 Biasalah kan mama nih....bila berjalan ada jer air mineral dalam
handbeg...dah lah minum jer...maka nak ke tandas la pulak....
bersihnya tandas kat sini....sinki dan cermin pun ada kelas tersendiri...

Berpusing2 jer melilau mencari pintu tandas....mujur ada sorang 
tu tengah buka pintu nak keluar dari dalam....isshhh...
pintu tandas macam ni punya cantik...melampaunya....
kalaulah semua tandas kat R & R macam nih.....

Tempat macam ni tak berani nak lunch kat sini....
tengok tajuk restoran jer dah boleh agak....bukan tak mampu
bayar....tapi tak mampu menjawabnya nanti.....
bila ditanya...kau makan kat situ dulu, dah pasti ke halal...

Sesetengah restoran tu siap ada perkataan Bar...
tu yang menambah ketidakbolehdipercayaiakankehalalannya..
dah lah tu....sampai sekali ni jer kot....lain kali kalau ada
orang ajak malas dah rasanya nak pergi.....