Friday, September 30, 2011

Beza Ikan Keli Halal dan Tidak Halal....

Pada tahun 1986 sewaktu Tok Wan sedang gila memelihara ikan air tawar ada ler satu kolam tu Tok piara ikan keli. Oleh kerana ikan keli menggunakan bahagian dasar kolam maka kolam tersebut Tok kongsikan dengan ikan Rohu serta Tilaphia sebab Tilaphia duduk dibahagian atas sementara Rohu bahagian tengah.

Seorang rakan memberitahu pada Tok bahawa ikan keli ada 2 jenis bagi menandakan yang halal dan yang haram. Pada mulanya Tok sendiri tak percaya. Mana boleh ada keli halal atau haram (masa tu belum ada Logo Halal JAKIM lagi). Namun selepas Tok sendiri selidik ikan keli yang dipelihara oleh rakan berbangsa Tionghua dikolam dekat Batu Kong (sekarang flat ATM Desa Tun Razak) nyata cerita itu benar.


Tengok kat gambar ni cam ada kekuningan kat 
bawah dada ikan....urmmm Halal ke nihh....

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.



Mujur kami tak suka ikan Keli...tak pernah beli dan memasaknya.... Hana dan Asyraf jer yg suka...selalu tu beli dah masak jer.....

Wednesday, September 28, 2011

Percaya ke...ini semua kek....






































Biskut Kelapa....

Hari ni 29 Sept bersamaan 30 Syawal.... last day raya.... semalam menyelongkar lemari makanan kering terjumpa sepeket kelapa kering dan badam cincang... dan entah apa2 lagi bahan buat biskut masih berbaki.... kalau simpan lagi alamat berkulat ler nanti.... beli kelapa parut kering ni mestilah dah berangan nak buat biskut kelapa nak raya hari tu...tapi tak sempat buat...biskut raya pun memang dah licin lama... buat jer lah...

Ikut resepi kat Blog mat Gebu....

225 gram tepung jagung
150 gram tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
95 gram gula aising
75 gram kelapa kering, kisar halus
25 gram serbuk badam
1 biji telur gred A
Beberapa titik esen vanilla
200 gram mentega (kurang lebih, sebab ikut kelembutan adunan)

BAHAN HIASAN :-)
Kuning telur, untuk disapu
Hirisan kecil ceri...saya guna badam cincang
Kelapa kering


Arsyad tanya... kenapa mama buat biskut ni kaler hijau...
err... sebab mama pakai baju hijau....hehe...

Yang second trip... terhangus sket...sbb tersalah set
suhu...sepatutnya 170'C...tapi mama tertekan 180'C...
maka hangus lah jadinya....

Tuesday, September 27, 2011

Spagheti Olio......

Alhamdulillah  rezeki......pepagi lagi dah ada yang call nak datang tengok baju...siap nak bawa kawan lagi....anak muridku yg sorang ni sedang melanjutkan pelajaran di  Mesir...buat Medic....Suhaila namanya.
Tiap tahun kalau dia ada di sini InsyaAllah akan datang menziarahi cikgunya nih.....terimakasih sebab anak2 muridku masih mengingatiku dan sudi menziarahiku....huhu...lupa nak amek gambar lak tuh....

Dalam perjalanan balik dr hantar anak2 ke sekolah tadi sempat singgah MyMydin... dalam kepala hanya fokus untuk buat Spagheti Olio jer....so apa barang yg nak kena ada tuh....

Spagheti semestinya direbus dulu.....toskan
Cincang jer 2 labu bawang besar
1 clove garlic...banyak lg sedap...
sesudu lada sulah.....pong pang tumbuk dgn garlic
ada udang sederhana besar tu siang jer...
kalau ada sotong ke Lala ke kupang ke...boleh terjun sama
tapi... kita ada udang jer pun dah cukup...
Capsicum merah...cincang
daun ketumbar jer ada...cincang jer
1 tin sos Carbonara Campbell....
2 tomato... cincang kasar
1 carrot...slice memanjang guna potato peeler....
2 sudu besar tepung jagung bancuh ngan air
5-10 cili padi...patah2kan ...
Minyak Zaiton....virgin...

Tumiskan garlic, lada sulah dan bawang...naik jer bau...
masukkan air dan carrot yg di sagat...dan tomato...
mendidih.... masukkan sos carbonara, udang dan bancuhan 
tepung jagung...garam sket....dan lain2 masuk  semua...
biar memekat dan mendidih...tutup api....

Bila tetamu dah sampai...baru panaskan semula kuah tu
dan masukkan spaghetinya....
tabur daun ketumbar......hidang...
wulioooo.....

Monday, September 26, 2011

Sejarah Jambatan Pulau Pinang


 Catatan seseorang .....


Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Ia adalah sepanjang 13.5 kilometer di mana
8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan Lebuhraya
Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung di
Seberang Prai. 



pic09789.jpg

Masa tu umur aku baru 13 tahun kira baru masuk form one siap
masa aku masuk form 4 ..... kenangan yg tak dapat aku lupa seumur
hidupku ....sebab masa siap aku berjalan dari Sg Nibong ke Batu Uban dan
terus berjalan naik Jambatan berjalan kaki pergi dan balik ......imbauan
tahun 1985 ......!!!!


Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985,
hanya 3 tahun sahaja dan ia memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan
ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian
kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya
merupakan antara jambatan kabel-penahan (''cable-stayed bridge'') yang
terawal di dunia. Ia mula dibuka pada 14 September 1985 untuk kenderaan
awam. Panjang keseluruhan jambatan Pulau Pinang adalah 13.5 Km, yang
menjadikannya antara jambatan terpanjang di dunia. Sebelum tahun 1985,
Pengangkutan utama untuk pergi ke pulau ialah feri yang masih beroperasi
sehingga sekarang.




1) Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)
2) Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)
3) Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)
4) Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)
5) Laluan: 4 Laluan (6 laluan pada sekarang)
6) Tinggi menara dari aras air: 101.5 Meter
7) Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter
8) Gantungan utama: 225 Meter
9) Gantungan hujung: 107.5 Meter
10)Gantungan lain: 40 Meter
11)Had laju: 80 km/j


Tarikh-tarikh Penting :

Awal 1970 an - Tun Abdul Razak mencadangkan pembinaan jambatan bg
menghubungkan Seberang Perai dgn Pulau Pinang.

Akhir 1970 an - Tun Hussein Onn merancang utk membinanya.

23 Julai 1981 - Menteri Kerja Raya, S Samy Vellu mengumumkan jambatan Pulau
Pinang akan mengikut konsep Jambatan San Fransisco Golden Gate.

Tahun 1982 - Pembinaan bermula.

3 Ogos 1985 - Perasmian oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

14 Sept 1985 - Pembukaan rasmi jambatan kepada kenderaan awam.

 Sewaktu dalam pembinaan
 
Perdana Menteri, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Kerja Raya bersama
pasangan masing-masing sewaktu perasmian.


Hanya sekali dalam sejarah, majlis makan malam diadakan di atas Jambatan
Pulau Pinang.

Beberapa hari sebelum Jambatan Pulau Pinang dibuka kepada kenderaan awam
melaluinya untuk pertama kali pada 1985, orang ramai telah diberi peluang
untuk berjalan di atas jambatan sepanjang 13.5 km itu. Ia satu peluang
istimewa yang mungkin tidak akan berulang lagi, dan oleh kerana jambatan
itu suatu binaan yang mengagumkan ketika itu, beribu-ribu orang mengambil
peluang tersebut.

Thursday, September 22, 2011

Shopping dan makan2 di Bandung...

Mama kat depan Hotel Luxton....sempat ayah amek gambar
seorang penjual yg guna gandar ni....

Lunch Buffet kat hotel ni...RP60 ribu ...murahkan...
duit kita cuma RM18-20 jer...
Tengoklah meja ni...keratan dari pokok balak tu...
diukir corak pokok dan buah anggur...
cantiknya.... kalau lah boleh beli bawa balik
memang ayah akan beli.... hehe....
 Malam terakhir kat Bandung kami JJCM kat satu kompleks
beli belah apa entah namanya...makan kat Food court jer

 Sayur Kangkung claypot....ada daging dan udang
 Soto sedap nama dia...rupanya sup ayam jer
elok untuk ayah yg dah 3 hari diarea...
 Ma oder Tofu lembut ni...sedapppp...campur dgn ayam
lupa nama glemer dia....
Dah 3 hari ayah makan tak menentu...sbb kena diarea
sedap pulak makan malam nihhh....

Lepas makan kami round2 kat ruang membeli belah dia...
beli kemeja Arsyad sehelai jer....kat sini jual pakaian
branded jer... harga memang jauh lebih murah dr Msia...
tapi sbb dah habis duit shopping kat Chibaduyut dan Pasar Baru
maka...window shopping jer lah....

So kepada sesiapa yg nak ke Bandung....tempat yg best dan patut diserbu....
a. Chibaduyut- untuk cari barangan kulit ori....ada pelbagai jenama, harga memang murah giler
cth beg luggage kulit kalau beli kat tempat lain RM1200, kat sini dapat RM300 jer
Handbag kulit pun banyak yg memang rambang mata memilihnya
Belt, wallet dia pun banyak pilihan...cam Bonia, Wrangler...
Kasut dan sandal memang banyak ...tapi size dia sampai size 7 jer
mama kena pakai size 9 @ 10...so tengok jer lah......

b. Pasar Baru- tempat ni agak sesak..terutamanya Sabtu dan Ahad...
so kalau nak ke Bandung dan shopping dengan selesa..datang weekdays...
datang seawal jam 8.00 waktu tempatan...kul 9.00 waktu Mesia...
masa sampai baru 3 ke 5 kedai jer buka...tapi lepas tu
baru sempat singgah satu kedai jer...keluar dr kedai tu tengok semua kedai
dah buka...macam nak sesat dibuatnya.... kenal pasti tempat kita masuk tadi...
kalau tak susah nak keluar ...huhu....tapi 2 kali mama cuma sempat ronda Lantai 3, 4 dan 6 jer...
tu pun sebelah sayap kiri jer...tak berani nak round jauh2... sbb Supir tunggu kat kereta
takut kami yg tak jumpa dia....cuma sempat beli telekung, jubah,
baju renang, dan Jaket kulit jer....

c. Rumah Mode- kalau nak cari seluar wanita yg tinggi cam mama, banyak gak pilihan
kat sini....ada yg lebih labuh lagi....kaki dia besar ...kain cotton dia best...lembut...
memang brabded dan murah...wuhaa... ma dapat 2 lai...sbb size yg tinggal
semuanya besar2 sangat.....kat sini banyak pakaian remaja.... murah dan cantik...

d. Factory Outlet- Happening. Sebab Luxton ni dekat sebelah kiri dia ada FO Happening
jer..tu yg kami membeli belah di sini... ayah beli 2 lai jeans yg kain dia sangat best...branded lagi.
kalau kat Mesia ni RM300 lebih kot.... tapi ayah dpt kurang dr RM100...
kemeja dan Tshirt dia pun cantik2... beli utk Aiman, Asyraf, Arsyad dan ayah gak....
boxer dia pun murah....tapi beli Arsyad punya jer....

Harga di FO memang mahal sket dr di Pasar Baru, tapi kualiti dia lebih baik
berbaloi beli sbb lebih murah dr kat Mesia.....
ayah kata...patutlah bulan puasa hari tu kita tak berminat nak shopping
untuk raya...rupanya nak shopping kat sini...
haah kan... baru mama perasan...ini lah hikmahnya....


Wednesday, September 21, 2011

Ikut ayah ke Bandung....

Alhamdulillah... tu lah ketentuan Allah tu kita tak tahu....mama tak pernah terfikir pun apatah lagi merancang nak ke Bandung.... sbb ayah yang dah 2 kali ke sana asyik waktu anak2 sekolah.... tak dapat mama nak ikut.

Masa ayah di Vienna hari tu dia siap sms ...ayah dapat jemputan ke Bandung minggu depan, nak ikut ke... maunya tak nak... hehe maka mengikut lah mama ke Bandung pada 18 Sept 2011....naik MAS. Mujur Asyraf dan Aiman boleh bergilir2 balik rumah dan tidur kat rumah jaga adik2, hantar ambil diorang ke sekolah... siapkan makan minum sekali....

Cuma yg tak berapa nak best.. mama kurang sihat masa nak pergi tu, sampai jer hotel kul 2.30 ptg terus tidur sampai maghrib...sebab mama demam...huhu....

 Hidangan tengahari dalam flight...
Nasi Biryani ayam....
 Di Bandung kenalan ayah Dr Hamzah, pakar Volkanologi
bawa kami makan malam di Simpang Raya Nasi Padang
bersama isterinya Bu Nita, dan anaknya...

 Buahan yg dihidangkan di hotel... yg terbelah dua tu
buah Markisah....rasanya masam manis..
Ma tak suka sangat sbb kena makan dengan biji dia
ingatkan buah delima.....

 Suhun goreng, kentang bakar, sayur campur
dan daging Bistik....sedap juga..

 Ruang rehat di Hotel Luxton, 4 star.....kiranya
hotel mahal ler ni...tak berbaloi kalau datang nak shopping
RM260 satu malam....mujur hotel ni ditaja....

 Ayah memilih kasut kulit di Chibaduyut...
beli kasut Ira, Hana, sandal opah, atuk dan ayah jer...
beli wallet abang dan Aiman....
 beli lagi handbag mama, Ira dan Hana dan belt....
beg sekolah dia pun murah dan berkualiti....
 Pengangkutan murah di Bandung...
van khas....
 Ini Bu Nita isteri pak Hamzah...dia bawa mama shopping
di Pasarbaru, then makan2 di Matahari...
makan Nasi Sunda....sedap...sekali dengan teh suam...
teh Bandung ...ada bau Jasmine.....hurmmmm

 Ni lah set nasi Sunda...lauk ayam...dengan sup kuah asam
selera jer makan tengahari....siap ada sambal tu...
 Ni antara kedai makan di Matahari.....
Di sebelah kiri hotel Luxton, ada Toko Buku...
sempat beli bebepara buku Geologi dan buku masak...
singgah sini masa dah nak balik pun sbb singgah sebelah toko buku ni...
ada Money Changer... dah nak balik kena tukar lagi RP utk tambang teksi ke airport..
cewah... ayah siap warning... dah tu jangan nak beli apa2 lagi.....
jutawan Rupiah ni sudah hampir bangkrupt ......yaaa lahhhh....

 Okey lah sbb  dah takde duit ...kita singgah Pusat Kraf ni jer.
tengok apa yg ada sementara tunggu nak check-out dr hotel
Pusat Kraf Jabar ...Jabar tu ..Jawa Barat.....bukan nama orang...
Alamak ma...cantiknya parang2 ni....kalau kat Msia ni RM400 lebih nih...
dah..dah..diorang tak jual lah...ini untuk pameran jer...
 Rupanya sempat dia tanya kat kaunter pertanyaan tu sebelum balik....
terus diborongnya 3 bilah.....sampai tinggal cukup2 jer duit utk tambang teksi
nak makan tengahari pun tak boleh dah.....
huhuhu.... sedeyyy..... alahai nasib baik ada makan dlm flight....
Inilah barang yang paling best ayah beli kat sini....
punyalah heppiiii.....kalau tak beli tadi, mesti ayah menyesal..
ya lah.....ehemm....tak per he ma.....
lain kali kita datang lagi ayah nak beli parang jer....
mama nak ikut ke....?.... Dah agak dah... hahaha....
gelak jahat....Yeaaa....boleh datang shopping lagi....

Sampai dah nak balik pun mengira duit tak mahir2 lagi...
last2 longgok duit atas cashier tu.... suruh diorang ambil 
secukupnya..... waduhhhh....busana Muslimah ni...
baju dan jubah cantik2 tapi semua mama tak muat...
huhu....murah jer.....beli gak untuk hana dan  Ira....