Sunday, May 26, 2013

Sekitar pemandangan yang ayah lalui ketika di Jepun

Bertolak ke jepun pada Selasa 21 Mei 2013...flight 10.30 mlm
sampai di Narita, Tokyo waktu subuh...















Sayonara.....berlepas pulang ke tanahair pada Sabtu 25 Mei 2013
flight jam 10.30 pagi...sampai rumah jam 5.30 petang...
Alhamdulillah perjalanan kali ini sangat selesa dan 
dipermudahkan segala urusan....


Saturday, May 25, 2013

Ayah ke Jepun lagi....

Ayah menerima jemputan untuk jadi Chairman dan membentangkan
kertas kerja di Japan Geoscience Union Meeting 2013
pada 19-24 Mei 2013 di Makuhari, Chiba Jepun

 Sepanjang ayah di sana kita berchatting melalui Facebook jer
dan bervideo chat...sempatlah meneman ayah sembang
sambil mengemas pakaian nak balik....

Sehari sebelum balik baru ayah ada masa membeli belah
untuk dibawa pulang.....Chopping board utk mama....

Bestnya siap ada laci bawah tu...chop chop...masuk dalam
laci tu...macam sayang jer nak guna ...mahal giler...

yang ni Chopping board ...utk mama juga....siap boleh
lipat lepat...wahhh kaler pun matching dgn kabinet dapur...
haah lar....guna elok2 ni..utk potong buah jer tau..sayanggg....

Yang ni pun chopping board juga...hurmmm perihatinnya 
ayah kan...siap belikan chopping board utk chop chop ayam
yg beralur2 tu supaya air mengalir di situ so takdelah memercik
ke baju kalau mama memotog ayam ke ikan ke daging ke....
thankyou ayah....pun macam sayang sangat nak guna huhu....

Tempat menghancukan "Salt and peper ".... alarr comelnya
kita cuma perlu rapatkan handle yg macam telinga rabbit tu...
maka keluarlah serbuk garam dan lada hitam ....wahh best...
siap boleh lekat ke fridge lagi...jadi fridge magnet...

Kebetulan senduk nasi di rumah memang dah patah riuk
dan teruk2 jer yg adanya...yg stainless-steele tak best guna
sebab bila tertinggal dalam periuk nasi, dia jadi panas sama...
yg plastik2 macam ni senang nak guna....ringan dan mudah dibasuh..

"Orang mengangkat pencungkil gigi" kalau terjemah kat luar
kotak dia lah...hehe... kita hanya perlu angkat penutup atas yg oren tu,
kita isi penuh pencungkil gigi, bila kita angkat seluruh bahagian 
yg berwarna oren tu dan lepaskan ke bawah perlahan, 
sebatang pencungkil gigi akan terkeluar ...
siap diangkat oleh "Pakcik" yg duduk kat dalam 
kotak oren tu...wahh...comel sungguh....

Yang ini memang hebat dan canggih...sangat sesuai untuk
mereka2 yang setiap kali nak ketip kuku terpaksa mencari
spek mata rabun dekat dulu....dah lah mencari ketip kuku tu
satu kerja...setiap kali nak ketip kuku, ketipnya pun hilang
entah ke mana....boh lah dalam bekas macamanapun, bila nak guna
hilang .....tanya semua tak ingat simpan mana...haiiii...
siap ada lense tu....boleh mengelak dari terpercik segala
kekotoran cekam dan kuku ke mata...hehe....

Chopstick pelbagai warna.....

Sudu emas cenderamata untuk staf di ofis ayah...

Coklat Meiji untuk anak2.....tiap hari setiap kali chatting
dengan ayah..saoalan pertama yg keluar dari mulut Arsyad...
"ayah dah beli ke coklat untuk Arsyad....beli banyak2 tau..."

Ferrero rocher untuk semua....Alhamdulillah
selamat di sana dan selamat sampai ke rumah semula


Friday, May 17, 2013

Bersawang dah....

Allahuakbar...lamanya tak update blog
mula asalnya kerana sebok melayan PRU13
mencari maklumat  kononnya....

akhirnya berterusan...kenapalah mood itu
terus merudum ...disibukkan pula dengan kesibukan
melayan pelanggan di sini:


juga cuba mencari ruang mengupdate 
pakaian di sini:



InsyaaAllah bila berkelapangan
akan terus istiqamah mengupdate....


Monday, May 6, 2013

Lemang dan rendang pilihan RAYA....


 Rancang nak membuat lemang ni sebelum mengundi lagi
masa ayah tengah menebang buluh u tuk pasang bendera PAS
dah terfikir nak buat lemang...mama siap beli daging 5 kg nak buat rendang
ya lah kan kita memang komfiden sangat PKR akan menag.....

ayah kata sebab semua anak2 pun ada di rumah....kita buat lemang jom
meraikan pilihan RAYA....yg penting ada raya kat situ....semua setuju....
Arsyad pun tekun jer menjaganya sorang2 pun dia berani kat kebun sebelah
reban kambing tu...alahaaaiii sebenarnya sbb boleh main api.....

Bila keputusan diumumkan tidak menyebelahi PR...rasa marah juga
ingatkan ayah dah tak nak buat...memang takde mood nak buat sebenarnya
sebab Asyraf pun cuti sampai selasa....dan sebab Selangor kita menang
Bangi pun menang besar....semangat nak membuat datang balik


Mama pun buatlah juga rendang Minang daging batang pinang dari india ni...

Sambil meraikan boikot SPR...lemang haruslah juga duduk dalam bekas hitam
okey....dan lemang2 tu adalah simbol bulan PAS...jangan tak tau...
Ya kami redha akan kekalahan ini...tapi sebab kekalahan PR
sangat tidak adil...kami pun sama tak puas hati...dah 3 hari keputusan dibuat
najib pun confirm jadi PM....tapi kami tetap tak suka....TV pun tak hingin nak 
tengok.....TV HBO dan cartoon tengoklah juga....hehe....

Pendapat mereka.....


Saya menceritakan rasa sedih Parti Islam Tidak memenangi Pilihanraya kepada 
seorang Murabbi.
Dengan tenang beliau menjawab, 
"Itulah tanda perjuangan Parti Islam itu di landasan yang betul". 
Islam xakan menang jika masih ramai lg masyarakat jahil.
Islam xakan menang jika ada yang gilakan jadi pemimpin.
Islam tidak akan menang jika jentera tidak menghidupkan islam dalam diri, 
keluarga dan masyarakat. Islam.
Kita berjuang kerana Allah bukan kerana semangat.
 Bukan kerana gilakan kuasa."

Mari kita muhasabah diri kita. Muhasabah jentera kita.
Jika salahudin al ayubi memeriksa solat malam tentera mereka.
Adakah jentera kita cukup solat jemaah 5 waktu?
Perjuangan ini masih panjang.

-copy & paste UAI FB-
Dr Zaharuddin....

Keyakinan ramai kepada SPR sangat-sangat penting. Tuduhan,
 tohmahan dan tanggapan yang tidak tahu sama ada betul atau salah, 
itu soal berasingan. Di zaman khilafah dahulu, SPR diterajui oleh orang s
ehebat Abd Rahman Auf r.a. 
Beliau sangat dipercayai. Justeru, saya juga ingin CADANGKAN 
agar untuk musim akan datang, kerajaan mewujudkan jawatan tertinggi SPR
 (mungkin timbalan pengerusi 1,2,3 etc) yang diisi oleh wakil berketerampilan 
dari parti-parti terbesar. Agar, semua selok belok keputusan SPR 
diyakini dan diketahui oleh parti-parti besar yang bertanding. 

Badan strategik penting lain dalam pilihanraya seperti Jabatan Pendaftaran Negara
 (mereka yang keluarkan IC) juga perlukan jawatan pemantau tetap yang 
dibenar akses operasi (tapi strictly confidential) mewakili parti politik terbesar.
 Itu lebih baik agar tiada lagi tuduhan tipu dan sebagainya di masa akan datang. 
Sebagai rakyat, kita JUGA PENING dan TIDAK SEDAP HATI mendengarnya. 

BUKAN TIDAK PERCAYA, cuma meraikan rakyat dan langkah 
MENUTUP atau MENGURANGKAN ruang tidak puas hati.

-copy & paste UZAR FB-


Nama saya Mohd Rafizi Ramli. 36 tahun lalu, saya dilahirkan di sebuah rumah di dalam kebun getah di Besut, Terengganu. Ingatan pertama saya adalah sebuah perigi kerana rumah saya tidak mempunyai bekalan paip air.

Ibu bapa saya tidak mengajar saya untuk meminta-minta atau malu kerana hidup kami tidak seberapa. Kami diajar untuk berusaha dan berdoa. Saya dibesarkan untuk tidak memusuhi sesiapa.

Sekolah banyak mengajar saya erti setiakawan, rasa hormat dan timbang rasa. Saya mula menolak faham perkauman di sekolah kerana guru-guru yang berbilang bangsa bersungguh-sungguh mengajar saya dengan penuh ikhlas dan rasa sayang.

Cikgu Syed Mohd Azhan mengasuh minat dan bakat saya dalam perdebatan. Cikgu Liew Lai Chun selalu bawa saya berbuka puasa dan memberi kelas tambahan percuma. Cikgu Thaman Singh masih membantu saya menjaga pasukan hoki MCKK walaupun usia sudah lanjut 70 tahun.

Saya faham dari awal bahawa semua anak Malaysia adalah bersaudara dan kita tidak wajar mencurigai satu sama lain.

Anak muda Malaysia perlu yakin dan memandang ke hadapan. Kita tidak perlu ditakutkan dengan ancaman persengketaan dan kecurigaan lampau sedang rasuah dan penyelewengan semakin menekan kehidupan kita seharian.

Harga barang naik, hutang yang melampau, rumah yang terlalu mahal, pendidikan yang diperniagakan, peluang kerja yang sempit dan gaji yang tidak meningkat adalah kesan dari pengurusan ekonomi yang dicemari dengan rasuah.

Anak muda Malaysia perlu bina jatidiri supaya kita yakin bersaing, kritikal menyuarakan pendapat dan bebas membuat pilihan.

Saya anak Melayu kampung dari kebun getah. Saya yakin semua anak muda Melayu adalah berdaya saing dan pandai seperti mana anak muda Cina, India, Iban dan Kadazan.

Dengan keyakinan seperti ini, anak muda bakal membina harapan rakyat Malaysia.

Rafizi Ramli
Pengarah Strategi KEADILAN




“Allah tidak merubah sesuatu kaum melainkan mereka UBAH 
apa yang ada pada DIRI mereka..” 



“Perubahan Negara bermula dengan PERUBAHAN DIRI..”



“Kezaliman individu melahirkan kezaliman pemimpin..”



“Pemimpin yg zalim adalah AZAB ALLAH.Janganlah kamu melawan azab 
Allah dgn tangan,tetapi lawanlah azab Allah dgn AMAL(Hasan Albasri)..”



“Jika masyarakat itu baik dan istiqomah berada di atas jalan yg benar,
makan Allah akan BAIKI pemimpin mereka(Syeikh As Sa’diah)..”




“Punca kepada masalah yg berlaku pada PEMERINTAH,hakimnya,

panglimanya dan menterinya bukan hanya perlu di lihat dari kekurangan 
diri mereka sahaja,tetapi RAKYAT JUGA! Kerana bagaimana keadaan KAMU,
begitulah PEMIMPIN kamu(Ibn Taymiah)..


DAP lagi banyak menyokong PAS berbanding MCA yang terus menerus 



menyokong melayu yang rasuah. 


DAP lagi terbuka menerima konsep islam berbnding MCA. 

maka pakatan rakyat lebih baik berbanding BN. 


Pas bertanding 70 kerusi menang 21 kerusi


Pkr bertanding 99 kerusi menang 30 kerusi


Dap bertanding 50 kerusi menang 38 kerusi

Pas brtandingg kawasan melayu



Pkr bertanding kawasan campuran



Dap brtanding kawasan majoriti bukan melayu

Orang melayu sendiri masih berpeluk dengan perasuah, tetapi menyalahkan cina.



 Baharudin Behri-


Isu orang Cina bersatu mahu tumbangkan Melayu, hanya merugikan orang Malaysia.

Kita selalu kata, orang Korea, Jepun berjaya sebab mereka cuma ada satu bangsa sahaja, 
iaitu bangsa Korea dan Jepun, jadi mudah bagi mereka membangunkan negara.

Pointnya sudah ada, '1 bangsa' bagi membangunkan negara, tetapi sampai sekarang 
masih ada lagi slogan 'Melayu perlu bersatu'. Sepatutnya, slogan yang dilaungkan,
 'Melayu bersatu dengan Cina dan India', barulah boleh jadi 'satu bangsa'. 

Ok, katakanlah, DAP itu Cina dan mahu memerintah seperti kes Singapura dahulu. 
Mengapa ia terjadi? Adakah waktu itu Melayu tidak bersatu dan lemah,
lalu tunduk kepada LKY? 

Melayu pada waktu itu kuat bukan main, bersatu lagi tetapi Singapura tetap pergi. 
Antara sebabnya, orang Melayu kata Cina mahu memerintah dan menindas, 
Cina pula kata, orang Melayu kalau perintah mereka ditindas. 

AKhirnya semua orang berasa mahu ditindas. Hakikatnya, yang menindas bukan
 orang Cina, dan bukan orang Melayu, tetapi 'orang jahat'. 

Orang jahat ini, semua bangsa ada. Ada orang jahat Cina, ada orang jahat Melayu.

Selagi mana kita bersatu hanya berdasarkan 'bangsa', selagi itulah kita senyap2 
membenarkan 'orang jahat' terus menindas. 

Orang baik Melayu dan orang baik Cina perlu bersatu menentang orang jahat Melayu
 dan orang jahat Cina. Itu barulah betul.

Berkenaan PRU 13, analisisnya, DAP banyak menang sebab Cina bersatu undi Cina.
 Kalau begitu, sepatutnya Rafizi kalah, sebab lawan dengan calon Cina. 
Ini tidak, boleh menang besar lagi.

Sekiranya dilihat, yang DAP ini banyak menang di kawasan bandar. 
Kawasan orang Cina yang terdedah pemikirannya dengan pelbagai maklumat.
 Maklumat dari internet dan sebagainya.

Orang Cina boleh dikatakan adalah kaum yang paling celik berkenaan 'perlembagaan', berbanding orang Melayu.

Mereka faham, 'kerajaan' dan 'parti politik' itu berbeza. Mereka faham,
'kewajiban' sebuah kerajaan. Jadi, gula2 mengatakan, 'kerajaan BN sudah
 memperuntukkan sekian2 juta kepada orang Cina', tidak berkesan sebab 
faham yang, itu memang kewajipan 'kerajaan'.

Ibaratnya, kita bayar buruh buat rumah kita. Jadi memang kewajipan buruh tadi 
bina rumah, siap ada tangga, tingkap, pintu. Takkanlah, buruh yang kita bayar
 tadi boleh kata, 'Tuan perlu membalas budi saya, sebab saya sudah 
buat pintu rumah Tuan'.

Lainlah kalau buruh tadi buat lagi jalan dan taman di hadapan rumah. 

Jadi apa sebenarnya yang perlu kita takutkan sekarang? Yang kita perlu takutkan, adalah 'isu perkauman', yang senyap2 ditiup.

Isu perkauman bermula dengan kata, 'orang Cina pijak kepala orang Melayu'. 
Hakikatnya, 'orang jahat Melayu Cina', yang pijak kepala rakyat. 
Perlu dibezakan di situ.

Kesimpulannya, orang Melayu Umno dan PAS, sekiranya bersatu teguh 
bercerai roboh sekalipun, tetap Malaysia tetap tidak ke mana, tetap akan 
hilang tanah, sekiranya tidak mula 'bersatu' dengan kaum lain di Malaysia.

Adakah ini terlalu idealistik? Sekiranya kita kita ia tidak realistik, jadi bagaimana 
dengan saranan agama yang menyuruh kita berbaik-baik dengan kaum lain?
 Adakah agama juga sudah terlalu idealistik?

Sekian. Ada keperluan, nanti tambah lagi.

Yang ini boleh share ramai2. Biar orang Cina, India tahu, masih ramai lagi 
orang Melayu, yang masih 'waras'.






Bekas Ketua Pengarang Akhbar berbahasa Inggeris milik Umno New Straits Times,


 Datuk A Kadir Jasin JUJUR BERKATA

“Buat kali pertama sejak PRU 1969, undi popular BN lebih kecil daripada 

pembangkang. Setuju dengan pembahas yang ini bukan “tsunami Cina” 

kerana di negeri majoriti Melayu pun prestasi BN merosot misalnya Terengganu,” 

tambah beliau lagi.
Menurut Kadir, terdapat juga kemungkinan keputusan Pilihan Raya 2013

 bermaksud sesuatu yang lebih besar dan menyeluruh iaitu ramai pengundi sudah

 tidak lagi menerima BN dan cara kerajaan BN.

Pencapaian BN dalam Pilihan Raya 2013, lebih buruk daipada 2008. 

Kerusi di Parlimen jatuh daripada 140 kepada 133. Manakala bagi kerusi DUN, 

BN merosot daripada 306 kepada 274 walaupun dapat menawan semula 

Kedah dan mengesahkan penguasan ke atas Perak.

Tok Guru Bersara

Isnin 6 Mei 2013.....

Orang tua ini nyanyuk..mereka yang kata,
Tetapi 30 juzuk dalam kepalanya
Orang tua ini gila..mereka yang kata,
Perintah Kelantan bersih tiada selewang dan rasuah,
Orang tua ini tamak dan gila kuasa..mereka yang kata,
Separuh gaji MB nya disedekah..rumahnya sederhana,
Orang tua ini perosak Islam pemecah ummah..mereka yang kata,
Ulama seluruh dunia iktiraf dan sanjung tinggi dirinya,
Orang tua ini pembawa malapetaka..mereka yang kata,
Tenang ,bersahaja, senyum dan sabar orangnya,
Orang tua ini bapa kafir..mereka yang kata,
Islam sangat kah mereka..???

Orang tua ini hanya mahu Islam paling diatas,
Orang tua ini mahu undang Islam terlaksana,
Al Quran bukan sekadar musabaqah setiap tahun dipertandingkan,
maulidur rasul bukan sekadar berarak kerah agensi kerajaan,
Islam adil kepada semua dan berkebajikan!!

-petikan dari FB-


"Saya membaca kenyataan Tun Musa Hitam bahawa negara tidak akan 
bangkrap jika Pakatan Rakyat memerintah sebagaimana tuduhan pihak-pihak
 tertentu. Suka untuk saya ingatkan, inilah juga tuduhan yang dilontarkan 
kpd Kelantan apabila UMNO tewas pada tahun 1990, ada yang 
mendakwa bahawa Kelantan akan bangkrap dalam masa tiga bulan. 
Alhamdulillah, hingga ke hari ini, Kelantan tidak bangkrap bahkan 
membangun sebagaimana negeri-negeri yang lain. 
Itulah juga yang akan berlaku jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya,
 negara tidak akan bangkrap Insya-Allah."
- TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT


TAKBIR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Bersaranya Tok Guru Nik Aziz amat menyentap hati-hati manusia yang mempunyai iman. 
Hujan sejak pagi renyai umpama menangis. Terima kasih Tok Guru Nik Abdul Aziz. 
Perjuangan mu menjadi benchmark bidang Ilmu dan ketamadunan Islam.

1. Fakta, TGNA adalah insan pertama sebagai pemimpin yang mengadakan urustadbir kewangan Islamik.

2. Fakta, pemimpin pertama bebas segala aktiviti salah laku dan urustadbir paling walaupun dana disekat.

3. Fakta, pemimpin yang pertama tidak duduk di rumah Menteri Besar sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang tiangnya bersambung dengan Masjid Nikmatilah Pulau Melaka.

4. Sanggup tidak ambil elauan gaji utk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin parti Timbang Kilo.


5. Dialah Ulamak, pemimpin, murrabi, guru, pentadbir, pemikir mantik paling halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala bumi Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman fitnah media. Halalkan ilmu yang pernah saya dengar, terima samada sengaja atau tidak sengaja.

4. Sifat daya juang anak Kelantan terdidik dengan ilmu dan tawaduknya.



5. Sepanjang memimpin Kelantan kami tidak pernah kebulur tapi ilmu dan semangat beliau menyebabkan anak cukup unik dan pandai berniaga.

6. Sistem pentadbiran kerajaan Kelantan patut dicontohi.

7. Sistem wang sunnah pertama di dunia dengan Kelantan Trade Gold dengan wujudnya dinar dan dirham.

8. Wibawa yang sentiasa mendapat rating tinggi dalam urus kewangan. Boleh rujuk Audit Negara(tidak pernah disiarkan).

9. Satu-satunyq pemimpin paling banyak keluarkan buku dan mutiara kata antara yang terbaik dalam dunia. Seni mantik, timbang tara lengkap semua ijtihad kesufian Islam dengan kiasan penuh moral yang bertauhid Allah Taala.

Kami merindui perjuangan Ulamak ini yang disayangi dan disegani semua pihak. Bintang ini tiada tolok gantinya. Semoga Allah swt merahmati beliau dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya. Dialah Tok Guru kami. ~Sifu Siddiq.

- Pakar Diari Hati -

Dihormati dan dikasihi semua lapisan usia Ulamak ....

Tapi Tok Guru Nik Aziz hanya bersara dari jadi MB sahaja
usaha2 dakwah yang telah dan seddang dilakukan akan berterusan
seperti biasa......Moga Allah panjangkan usia Tok Guru dalam kebaikan