Friday, September 10, 2021

Selamat Ulangtahun Suamiku Tajul Anuar Jamaluddin.



Selamat hari ulangtahun kelahiran buat suami ku Tajul Anuar Jamaluddin yang berada di taman syurga Allah.

Tahun 2021 ini kali ke dua aku meraikan hari lahirmu tanpamu di sisiku. Hanya Allah yang Maha tahu betapa rindunya aku padamu...

Syukur alhamdulilah dikurniakan seorang suami yang baik budi serta memahami setiap gerak hati ku. Yang sentiasa memberi sokongan apa saja dan menghalang jika memang ada sebabnya.

Menjaga ku dan menyayangi ku dengan sepenuh kasih sayang. Menjalankan tanggungjawap sebagai suami sehingga berlebih-lebih memanjakan.

Alhamdulillah....TERIMA KASIH ALLAH menghantarkan dia sebagai suami kepada ku.

Setiap kali ingin meninggalkanku untuk out station dia akan mencium dan membisikkan di telingaku:

"Ya Allah, aku nak musafir kerana tugasan.
Terima kasih kerana meminjamkan isteriku ini padaku.
Jagakan isteri dan anak2ku sebaiknya ya Allah.."
Begitu lah manisnya saat perpisahan sementara kami setiap kali dia akan musafir. Setiap hari beberapa kali akan menelefon atau wassap dan melahirkan rasa rindu, dari awal pernikahan hingga akhirnya cintanya tak pernah berkurang.

Namun takdir telah mengubah kebahagian kepada kesedihan yang teramat buat ku. Terpaksa redha dengan ketentuan ini. Terpaksa melepaskan kau pergi buat selamanya.

Ya Allah aku redha.

Ya Allah, Ya Tuhan ku

Aku bersyukur atas nikmat iman dan usia yang Kau berikan kepadaku.
Aku berterima kasih atas segala takdir yang Kau kehendakkan untuk ku.

Ya Allah,
Jadikanlah aku hamba Mu yang pandai bersyukur
Jadikanlah aku hamba Mu yang tahu berterima kasih
Jadikanlah aku hamba Mu yang sentiasa menjaga usianya
Jadikanlah aku hamba Mu yang takut akan salah dan dosa.

Ya Allah,
Tarik lah semua kesedihan ini. Jadikan aku seorang perempuan yang sekuat semasa suaminya ada malah lebih beriman dan bertaqwa kepada Mu.

Jadikan aku perempuan yang berjiwa kuat dan sabar serta ikhlas.
Bimbinglah aku menjadi hamba yang
terbaik
disisi Mu.

Ya Allah,
Ampuni lah dosa suamiku Tajul Anuar Jamaluddin , kasihani lah dia, sejahterakan lah dia, maafkan semua kesalahannya, muliakan kedatangan nya, lapangkan lah dan terangi kuburnya dengan rahmat Mu, Hindarnya dari siksaan kubur malah tempatkan lah dia di taman syurga Mu bersama para Nabi, Shuhadah dan solehin, wahai Allah, Tuhan yang maha pengasih dan penyayang.

Amin Amin Ya Robalalamin.

Al-Fatihah buat Tajul Anuar Jamaluddin

Rindu nya aku pada mu
- dapat cium papan tanda nama mu pun aku bersyukur.




Selamat tinggal sayangku.
I love you.
#sayangsampaisyurga

Sunday, May 30, 2021

YA ALLAH KUATKANLAH HATIKU


 Alhamdulilah selesai semuanya.


اللهم صل على محمد وعلى آل محمد

كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم

وبارك على سيدنا محمد وعلى آل محمد

كما باركت على آل إبراهيم إنك حميد مجيد

Selawat dan salam keatas junjungan Kita Nabi Mohammad SAW.
.
Entah berapa banyak air mata untuk setiap kali solat fardhu dan sunat setiap hari. Rasa macam tak mampu nak bendung dah setiap kali mengirim doa buatmu kekasihku.
Pemergianmua amat mengejutkan. Amat memilukan hatiku, Ya Allah belum sempat aku memohon kemaafan dari dia, tapi dia selalu memaafkanku.
.
Apa yang mampu ku lakukan Ya Allah di saat begini, hanya doa dan kiriman pahala bacaan ayat Quran yang harapanku agar Kau terima untuk dia. Nak habiskan baca Al Quran pun terketar-ketar syahdunya. Senak, sebu, sebak semua rasa datang bertimpa.
.



Ya Allah
Aku cuba untuk kuat dan redha.
Kau angkatlah beban kesedihan dan keperitan yang maha berat ini.
.
Ya Allah
Aku tahu Kau sangat meyayangiku dan Kau sedang mengujiku, menguji kesabaran, keikhlasan bahkan menguji hatiku apakah aku mampu bertahan dalam kelemahan, kesedihan dan ketakutan ini.
.
Ya Allah
Aku akan terus bertahan, tetaplah berharap kepada Mu kerana aku tahu Kau selalu bersama orang yang sabar.
.
Kau tidak pernah memberi sesuatu diluar kemampuan aku.
.
La tahzan innallaha ma'ana
Jangan bersedih Allah bersama kita,
begitu lah pesananmu selalu.
.
Tapi sekarang dia tiada disisi ku.
Bagaimana aku boleh bertahan ya Allah
.
Dakap la aku Ya Allah
Agar hilang semua kesedihanku.
Agar hilang sepi hatiku
Agar aku jadi insan yang bertawqa kepada Mu
La ilaha illallah
MuhammadurRasulullah.
.
Al Fatihah buat mu kekasihku
TAJUL ANUAR BIN JAMALUDDIN


Saturday, February 20, 2021

Bila taip "Prof Dr Tajul Anuar" kat Google

 http://waghih.blogspot.com/2011/03/persiapan-menghadapi-gempa-bumi-di.html



https://www.facebook.com/geologimalaysia/posts/3307613779295393



https://www.dailymotion.com/video/x6b6ajb




Thursday, February 11, 2021

UBAT SAKIT LUTUT TERBAIK 0193830913


Macam Suami Kak Salmah dari Pasir Gudang ni KakZa pun dah sakit lutut juga. 

Dah lama, lebih dari 5 tahun. Tapi KakZa ni jenis takut kena injek, walau dah jumpa Doktor dan X-Ray KakZa tak pergi pun appoitment seterusnya. Takut weiii. 

 Kena pulak, Pakcik KakZa dulu dah operate lutut, terus duduk atas kerusi Roda. Menambah ngeri kita lagi. 

 Dah macam2 supplemen sebenarnya KakZa cuba. Beribu juga dah habisnya. Alhamdulillah sejak amalkan Freedom produk forever ni, MasyaAllah Syukur sangat dah elok rasa lutut. 

 Dah tak pakai sarung/Stokin lutut V-Ken tu sekarang ni. Yang paling best, Solat dah dapat buat dengan lebih baik. 

 Korang kalau ada Ibu ayah yang ada masalah sama, kesian derang. Bantulah derang untuk beribadah dengan lebih sempurna.