Thursday, April 22, 2010

Haji 2008 dalam ingatan

Pemergian Haji kami bertiga, mama, ayah dan Makcik Lin iaitu adik perempuan mama yg sudah kehilangan suami. Makcik Lin meninggalkan 2 orang anak gadisnya bersama adik lelaki arwah suaminya di Klang. Anak2 kami pula dijaga oleh Opah dan Atuk, ibubapa ayah....mama kan anak yatim piatu...huhu....

Kami pergi melalui pakej haji, alhamdulillah kami telah dimurahkan rezeki untuk pergi dengan pakej....kalau nak tunggu giliran muasasah, nampaknya lama lagi. Memang tak sangka kami diberi rezeki yg cukup untuk ke sana pada tahun ini...dengan kesihatan yang sangat baik.

Kami naik kapalterbang KT42, terus ke Madinah. Kami tinggal di Moevenpick Hotel, Madinah dan Hotel Firdaus di Mekah.


Tempat melontar dalam pembinaan..
Proses pemasangan payung di luar perkarangan masjid Nabi..
Perkuburan Baqi'.. jemaah lelaki jer boleh masuk
Pelbagai rupa sipeminta sedekah...
Papan tanda ke Mekah...
Masjid Qiblatain... dua kiblat
Insaf... orang setua nenek ini pun boleh sampai ke sini.
Subhanallah....mana satu khemah kita ni ya...
Pemandangan di dalam Masjid Nabawi ruang solat lelaki
Bertuahnya rakyat Malaysia...tidur di hotel mewah...
Balik dari pasar kurma di Madinah...pemandangan Masjid Nabi
Baitullah....selesai tawaf di hadapan kaabah...

Aberystwyth dalam kenangan...

Bila winter, main dalam rumah jer...ni sempena Asyraf baru lepas kena cabut gigi...

Masa tu baru masuk musim panas...baru boleh nak berseluar pendek...kiut kan diorang ni...

Masa ni autumn kot,Abang memang seronok berlari2 di tepi pantai Aber... breezyy jer.. eh mana ntah Aiman tu...

Ni gambar first time beraya di sana...masih bertiga lagi...

Waktu ni sebenarnya Raya puasa, tapi masa tu musim snowing...kami menghabiskan masa bermain snow di Snowdown, tempat ayah buat field-work...Mat saleh dok rumah sejuk2, kami pulak kemaruk main snow...hehe....

Sempat bermain dengan burung merpati di Trafalgar Square, masa tu gi London MSD untuk daftarkan kerakyatan Aiman...

Ayah pernah melanjutkan pelajaran di University off Wales, Aberystwyth,Wales UK pada tahun 1991-1995...masa tu hanya ada mama dan abang Asyraf sahaja.... then pada 1992 Aiman lahir...

Terlalu banyak kenangan indah, suka duka di sana....masa tu takde kamera digital, so tak banyak gambar yg mama sempat upload menggunakan scanner...sbb scanner pun dah rosak...

Friday, April 16, 2010

AIMAN DAPAT MASUK MATRIK MELAKA...

Semoga Aiman berjaya dengan cemerlang ya....

Alhamdulillah... Aiman diterima masuk Matrikulasi Melaka....

Sejak mama tahu tarikh semakan kemasukan ke Matrikulasi, berdebar2 juga, sebab Aiman confirm tak dapat masuk UPU...

Balik jer dari hantar Ira ngan Arsyad pagi tadi, terus sms ke 15888... wahhh...dapat ke Melaka pulak tu...dekat lar sikit compare Asyraf dulu dapat Matrikulasi ke Perak, jauh ler juga... alhamdulillah Asyraf kini dah habis pun tahun pertama di UPM , kini di tahun ke dua pulak.......

Pendaftaran masuk pada Isnin 10 Mei.....ehh...Birthday Hana la hari ni.... alamak....

Ayah tak dapat hantar tau, ada meeting penting kat Shah Alam...abang ngan mama jer hantar.


Alamak semalam 1 Mei...dapat pulak keputusan UPU, dia dapat UIA...Asasi Kejuruteraan dan Komputer...macamana ni...nak pilih yg mana?
Ingatkan tak dapat UPU sbb dia lambat hantar borang, ...memang tak mengharap dapat UPU ni...tapi dapatlah pulak...ramai yg menasihati masuk UIA....tapi kami prefer lg Matrik...selepas buat Solat Istiharoh ni....

Mama ngan ayah prefer lagi anak2 buat Matrik sebab kat matrik ni, kalau kita tengok sistem pembelajaran dan pengurusan masih di bawah seliaan Kementerian Pelajaran...ada Ustaz yg tinggal sama boleh bagi tarbiah dan usrah , suasana nampak lebih islamik...cuma kena pandai bawa diri...

Entahlah ...terserah kepada anak2...dan nampaknya anak2 pun lebih yakin dengan pilihan mama ngan ayah.... InsyaAllah mama doakan yg terbaik untuk semua anak2....berjaya di dunia dan akhirat.