Sebelum ke Pantai Tanjung Balau kami singgah ke Jeti Tanjung Balau dulu...
kat sinilah terletaknya struktur batuan yang jadi tapak kajian students Geologi....
dipanggil Geopark.... batuan di sini amat bernilai dari segi strukturnya....
bagi orang biasa yg bukan Geologist menganggap batu biasa jer....
kesedaran inilah yg nak dibagi kepada pelancong yg datang ke sini.....
Jeti ni tempat nelayan melabuhkan perahu mereka...waktu ni air tengah surut....
banyaklah perahu yg berlabuh....atau mungkin hari ni kan hari ahad...
diorang pun bercuti tak turun laut kot....wallahua'lam....
Panjang juga jeti ni...dah lama siapnya .... masa kami datang tahun
2005 ke 2006 gitu.... jeti ni pun dah ada......
Masa ni air tengah surut...so nampaklah batuan di dasar sana....
nampak ada ramai orang tengah kutip seafood....tak taulah siput sedut kot.....
Waktu ni hujan baru jer berhenti...cuaca pun cantik lah takdelah panas sangat..
best lah kalau meniti jeti ni sampai ke hujung sana...
tapi ramai lah pulak orang memancing kat sana tu...alahaiii....
Taksah rasanya kalau singgah mana2 tidak meninggalkan jejak di situ....
Arsyad dah mulai meragam perutnya....cari toilet....ada memanglah ada....
cantik lagi....dari luar nampak bersih.....tapi malangnya.... Berkunci....
dah nak terbarai ni cemana lah pulak......
Mujurlah ayah dah biasa dengan tempat ni.....tak jauh dari jeti ni ada resort....
terpaksalah gi menumpang toilet kat kolam renang resort tu.....
Tak lama kemudian ramai lagi yg datang nak guna toilet tapi tak boleh....
ni kena report direct kat Kejora ni....perkara ni tak boleh biarkan..
maklumlah hari ni hari minggu, ramai pelancong singgah sini...
nak datang tadi dah beli air dan makanan saja2 nak berkelah kat sini....
mestilah ada yg nak 'terbuang'.....haiii... jadi gajah oren lah pulak toilet kat sini
Hari minggu memang tempat ni ramai orang datang berkelah dan mandi manda...
pelbagai bangsa lagi.....ramai juga yg datang dari Singapura
pelbagai bangsa lagi.....ramai juga yg datang dari Singapura
Ada sekumpulan pelajar entah dari mana siap berkhemah lagi di sini...
9-10 tahun dulu ayah pernah bawa kami berkhemah di sini juga.....
Wahhh Subhanallah...cantiknya pantai.... Arsyad dan Iera dah teruja
nak mandi...tapi saja tak bawa baju ...memang plan taknak mandi pantai hari ni....
esok ayah ada meeting di sini....dan waktu tu kita dah kena check-out dr hotel....
so kita akan tersadai di sini sepanjang petang....masa tu mandilah puas2....
Yang bestnya kat sini sebelah petang redup sebab kat pantai ni sunset....
jadi kalau datang mandi manda belah petang bestlah kan...angin sepoi bertiup....
nyaman jer.........masa ni tengah air surut lagi sebab ni belah pagi....esok kita dtg petang
Hari minggu ramailah yg datang berjualan minuman dan makanan di sini.....
hari2 biasa takde..... kenalah bawa bekalan seniri dari rumah.....
elok pun macam tu...lebih murah....masak seniri di rumah lagi bagus....
Tengok tu...belum pun diorang balik meninggalkan pantai.....
sampah sarap dah bersepah merata2.... punyalah besar gedabak tong sampah...
tak nampak ke apa.....saja memang mentaliti rakyat M'sia ni....
masih di tahap sangat rendah bab kebersihan dan pembuangan sampah....
tak caya tengok lah satgi lepas semua orang balik....
Ada juga beberapa pergola disediakan untuk kita berehat.....
ada orang jual layang2 lagi..... tapi cam tak best pun nak main...sebab waktu ni
angin tak berapa kuat......
Baru lepas membuang tadi kat Jeti.... ni Arsyad dah sakit perut semula...
Mujur ada tandas dan tempat mandi yang selesa dan bersih...
nak membuang kena bayar RM0.50... kalau nak mandi RM1.....
No comments:
Post a Comment