Wednesday, July 20, 2011

Lasagnea ke nih....

Hari isnin hari tu anak2 puasa... Iera mengganti puasa, Arsyad dengan rela hati meneman kakaknya puasa, Hana pun saja nak puasa sunat Syaaban.... orang lain tak puasa sebab dah lepas 15 Syaaban biasanya malas dah nak buat puasa sunat, mama memang tengah uzur.

Mama pun menyelongkar peti ais, nak masak apa pulak utk berbuka hari ni ya. Tengahari dah masak kicap ayam kampung dan sayur lemak cendawan dan petola dengan suhun banyak-banyak. Kerabu Selom pun ada lagi dlm peti ais, sambal belacan, ulam pucuk gajus dan ikan terubuk masin pun ada.

Tapi sebab mama tak puasa, sedangkan anak2 puasa ni kesian la pulak.... meh lar masak lasagnea untuk diorang...tapi guna hirisan kentang, malas nak guna kepingan lasagnea....

Inti dia mama guna dada ayam:

4 keping dada ayam di hiris nipis
2 batang karot - parut kasar
8-10 keping cheesdale cheese
2 sb serbuk kari
2 labu bawang besar- cincang
10 ulas garlic- cincang
2 sb sos tiram
1 sb sos cili
sedikit garam
daun sup/bawang
daun oregano - kalau ada

Tumiskan bawang, garlic sampai layu, then masuk serbuk kari dan sedikit air, tumis sampai kari tu masak dan pecah minyak. Masuk segala sos dan perisa. Tambah air jika perlu.

Masukkan ayam biar beberapa minit dan masukkan karot. Biar hingga kuah agar kering. Rasa.


5 biji kentang yg agak besar dihiris tapi jangan nipis sangat.

Tuang inti ke dalam acuan seratanya
susun kentang rapat-rapat
susun cheese kat atasnya
bakar 180 degree 35 minit
Selepas 35 minit dibakar inilah hasilnya
Dah boleh makan

No comments:

Post a Comment