Sunday, December 19, 2010

Bersama Radio IKIM di Darul Fuqaha

Bersalaman dan ucapan terimakasih kepada tuan rumah dan kakitangan darul Fuqaha..sebelum kami mengundur diri
Sempat bergambar bersama juruhebah pujaan mereka... penama dia eak...
Ustaz yang menyampaikan ceramah pada majlis tersebut...biasa tengok kat TV kan Ustaz ni...
Persembahan nasyid dari anak2 yatim darul Fuqaha
Hadirin yg hadir menerima Majalah Pengantin November...dan Goodybag IKIM
kami datang berlima... mama, Hana, makcik Lin, Nurul & Aqila...
Juruhebah haha macam dolu-dolu jer...penyampai radio la,..
mana ada orang panggil juruhebah dah lar ni....
Penyampai Radio IKIM dan kakitangan Darul Fuqaha menyampaikan
cenderahati dan sumbangan kepada anak yatim & keluarga miskin


Pada hari Sabtu 13 Zulhijah yg lalu...kiranya hari ke 3 Aidil Adha tahun 2010 ni...
baru jer baik dari demam dan semput...
Makcik Lin ajak gi Darul Fuqaha ada Forum Perdana
anjuran Radio IKIM.... emm gagahkan juga..
Orang dari Kelang dah turun Bangi tak kan org bangi tak gi...

Ramai juruhebah radio IKIM yg hadir... tapi sorang pun mama tak kenal
sebeb mama cuma dengar jer radio tu tak kisah ler siapa yg bercakap
tapi Makcik Lin dan anak2nya memang kenal semua penyampai radio IKIM ni..
sempat bergambar sekali...
Layan jer lahhhhh....

Wednesday, December 8, 2010

Cara kupas buah manggis.....

Khasiat Petai

Petai atau nama saintifiknya Parkia speciosa dikenali sebagai kekacang busuk (stinky beans) di Australia. Nama lainnya zawngtah, peteh, sataw dan yongchaak.



Mungkin anda akan mengubah persepsi tentang petai selepas membaca tentang kebaikannya yg telah dibuktikan secara saintifik:

Petai mengandungi gula semulajadi- sukrosa, fruktosa dan glukosa. Ditambah pula dengan kehadiran serat, ia memberi bekalan tenaga segera, tambahan dan simpanan. Kajian menunjukkan dengan pengambilan 2 hidangan petai cukup untuk membekalkan tenaga kerja berat selama 90 minit. Sepatutnyalah petai menjadi hidangan para atlit berjaya di dunia. Bukan hanya membekal tenaga petai juga membantu kita mengekalkan berat badan. Ia juga dipercayai membantu mengelak atau mencegah dari pelbagai penyakit. Kemurungan:Kajian yg dilakukan oleh MIND menunjukkan petai dapat mengurangkan sindrom kemurungan. Ini kerana petai mengandungi tritofona, sejenis protein yg akan ditukarkan kepada serotinina oleh badan, menyebabkan badan merasa lega, meningkatkan rasa seronok dan membuat kita lebih gembira.

Sindrom Pra Haid: Lupakan saja pil penahan sakit, makanlah petai. Kandungan Vitamin B6 di dalam petai membantu melancarkan perjalanan glukosa di dalam darah, yg akan mempengaruhi emosi kita.

Anemia: Petai mengandungi kadar zat besi/ ferum yang tinggi, membantu meransang pengeluaran haemoglobin dalam darah secara langsung akan mengurangkan anaemia.

Tekanan Darah Tinggi: Petai yg unik ini dipercayai mengandungi kadar potassium tinggi yg rendah garam, cukup baik untuk mengurangkan tekanan darah. Kajian ini disokong oleh US Food and Drug Administration, yg membenarkan penggunaan petai untuk mengurangkan risiko tekanan darah dan angin ahmar.

Kuasa Minda 200 orang pelajar sekolah di Twickenham (Middlesex) diberi hidangan mengandugi petai untuk sarapan, makanan ringan dan makan tengahari untuk meningkatkan keupayaan minda mereka. Didapati, kandungan potassium di dalam petai menyebabkan mereka lebih fokus semasa belajar.

Sembelit: Kandungan serat yg tinggi di dalam petai membantu mereka yg menghadapi masalah sembelit tanpa mengambil julap.

Senak Perut: Salah satu cara paling berkesan untuk mengatasinya ialah dengan membuat milkshake petai bercampur madu. Petai dengan bantuan madu akan melegakan ketidak selesaan perut, meningkatkan kadar gula dalam darah manakala susu membantu melegakan dan megembalikan kekurangan air dalam badan.

Pedih Hulu Hati: Petai merupakan antasid secara semulajadi, jadi sekiranya anda mengalami pedih hulu hati, makanlah petai, InsyaAllah ia akan melegakan..

Morning Sickness: Mengambil petai di dalam hidangan atau sebagai kudapan akan meningkatkan kandungan gula darah dan dapat mengelakkan rasa mual bagi mereka yang sedang mengandung.

Gigitan Nyamuk: Dengan menyapukan bahagian dalam kulit petai pada kawasan gigitan nyamuk, didapati dapat mengurangkan rasa gatal dan bengkak.



Saraf: Kandungan vitamin B yg tinggi dalam petai dapat membantu melegakan sistem saraf.

Lebih berat badan: Petai dipercayai dapat mengurangkan berat badan. Kajian yg dilakukan di Institut Psikologi di Austria menunjukkan berlebihan berat badan berpunca daripada perasaan tekanan yg menyebabkan tekanan darah tinggi. Dengan mengambil petai, seseorang akan dapat mengurangkan tekanan perasaan yg menyebabkan darah tinggi. Secara langsung, akan mengurangkan risiko berlebihan berat badan.

Ulser: Petai merupakan makanan yg dapat mengelak dari masalah sistem penghadaman. Petai dapat menutralkan asid berlebihan di dalam sistem penghadaman dengan cara menyaluti seluruh permukaan perut kita.

Mengawal Suhu badan:
Sesetengah kaum tertentu menganggap petai sebagai "makanan penyejuk" yg dapat merendahkan suhu badan secara fizikal dan emosi ibu mengandung. Contohnya di Hoiland, ibu mengandung mengambil petai supaya bayi yg dilahirkan mempunyai suhu rendah.
Seasonal Affective Disorder (SAD) :
Didapati petai membantu pengidap SAD kerana kangungan Triptofananya boleh meningkatkan nilai emosi secara semulajadi.
Petai can help SAD sufferers because they contain the natural mood enhancer, tryptophan.

Merokok:
Petai dipercayai membantu seseorang untuk berhenti merokok. Kandungan vitamin B6, B12, Potasium dan Magnesium didapati membantu proses pemulihan akibat kesan sampingan nikotina.

Tekanan emosi:
Potasium merupakan mineral sangat penting, yg membantu mengawal degupan jantung secara normal , untuk menghantar oksijen ke otak dan mengawal keseimbangan air dalam badan.Kadar metabolisme seseorang akan meningkat semasa mengalami tekanan emosi, tugas potasium untuk merendahkannya. Dengan mengambil petai yg tinggi potasium, keadaan ini akan terkawal.

Angin Ahmar:
Mengikut kajian dalam "Jurnal Perubatan New England" memakan petai dalam diet seharian akan mengurangkan risiko kematian akibat angin ahmar sehingga 40%.

Ketuat:
Mereka yg menggunakan kaedah semulajadi untuk mengatasi masalah ketuat mendapati, dengan menggosokkan isi petai dan membiarkannya akan membunuh ketuat. Letakkan sedikit petai di bahagian ketuat, tampal dengan plaster, biarkan beberapa jam.

Kesimpulannya, petai merupakan penyembuh semulajadi untuk beberapa penyakit. Berbanding dengan epal, petai mengandungi 4 kali ganda protein, 2 kali ganda karbohidrat, 3 kali ganda posforus, 5 kali ganda vitamin A dan zat besi/ferum, dan 2 kali ganda vitamin dan mineral yg lain. Juga kaya dengan potasium yg merupakan makanan paling berkhasiat yg mudah didapati. Jadi mungkin kini tibalah masanya untuk kita menukar frasa yg biasa kita dengar ini kepada " A Petai a day keeps the doctor away".

Khasiat Pucuk Gajus

Pucuk gajus

Pilihan alternatif bagi mengekalkan wajah cantik ialah menerusi penggunaan
herba atau jamu yang tidak kurang sambutannya.
Pembaca berpeluang mencuba kaedah penjagaan wajah dan kulit menggunakan
herba GAJUS atau dikenali sebagai KETEREH, JANGGUS dan JAMBU GOLOK.

Herba dengan nama saintifiknya Anacardium occidentale ini adalah dari
keluarga tumbuhan Anacardiaceae.
Para penyelidik dari Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM)
sebelum ini membuktikan pucuk gajus boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik.
Pucuk gajus didapati mengandungi 97.6 peratus aktiviti pembersihan toksik.
Di dalam pucuk gajus terdapat bahan antioksida yang boleh
meneutralkan dan melawan bahan toksik di dalam badan.
Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia (UPM),
Tajuddin Abdul Manap memberitahu,
pucuk daun gajus boleh melambatkan proses penuaan.
Menurut beliau,
ini akan membantu wanita yang memakannya memiliki wajah awet muda.


Pucuk yang telah dibersihkan dimakan begitu saja sebagai
ulam ataupun diminum air rebusannya.
``Mereka yang mengamalkannya dapat merasakan perbezaan kehalusan
kulit di samping ia turut memberi kesegaran kepada tubuh,''
ujar beliau. Tambah Tajuddin,
selain khasiat awet muda dan kesegaran tubuh,
pucuk gajus juga boleh merendahkan tekanan darah tinggi
dan mengurangkan sakit kencing manis.

Kerabu pucuk gajus

Menurut beliau,
air rebusan pucuk daun atau kulit kayu pokok gajus yang dikumur- kumurkan
juga boleh mengubati sakit seriawan atau ulser mulut.
Manakala kulit kayu pokok gajus yang digiling sampai lumat boleh merawat luka,
badan melecur, sakit gigi, tapak kaki pecah-pecah dan
terkena gigitan binatang berbisa.
``Kulit kayu yang telah digiling atau ditumbuk halus itu
ditampalkan pada bahagian-bahagian berkenaan.
``Bagi kes sakit digigit binatang bisa,
pesakit perlu mengeluarkan bisanya terlebih dahulu
sebelum melakukan kaedah rawatan menggunakan kulit kayu gajus ini,'' jelasnya

Monday, December 6, 2010

Alhamdulillah sempat juga.....






tiap tahun memang kena buat cheese cake
tahun lepas blue berry cheese cake...
giliran tahun ni stoberi cheese cake...namun.........
tiap kali bahan-bahan dah lengkap,
anak-anak pulak tak cukup semua ada di rumah....
tak sampai hati la pulak nak buat tanpa semua anak ada di rumah...
sempena hari terakhir hijrah 1431H...
akhirnya Strawberry cheese cake menjadi juga.....
Alhamdulillah.......
resepinya ikut dari blog Che Mat gebu...



Saturday, December 4, 2010

Serenade Franz Schubert



https://www.youtube.com/watch?v=YbV9chKFQogSerenade Franz Schubert


Lagu ni memang mengingatkan sangat zaman mama kecik dulu....mengusik jiwa lah konon.... huhuhu....

Dolu-dolu masa kecik2 mama ni 'pemabuk'  orangnya kalau naik kereta atau bas...jadi disebabkan agak 'melampau' lah juga darjat mabuknya, bayangkan naik kereta tak sampai 30 minit dah boleh muntah.... biasanya asuk jer dalam kereta terus pegang plastik bag.....siap2 sedia..... so kalau dah terasa2 nak membuak2 tu cepat2 jer lah tadah.....haha....

Ada juga di kalangan keluarga yg kata...sebab pegang plastik beg tu lah menyebabkan mama teruja nak muntah...cer tak payah pegang...takde lah muntah kot...orang kata kesan psikologi..... haha banyaklah kau punya psikologinya.....


Nak jadi cerita   pernah sekali tu mama beria-ia sangat nak ikut Onyang ke rumah anaknya Nek Yah di Pt Raja jer...dari Batu Pahat...bukan pun jauh sangat pun.... tapi ya lah...dah nama pun 'pemabuk'...nak buat macam mana.... buatlah jampi serapah puh kanan puh kiri puhh depan puhh belakang.... kalau dah nak keluar...tak boleh tangguh dahhh....habis semua penumpang yg duduk di sebelah mama di belakang bermandi 'muntah ' mama..... huwaaa pastu mama kena marah lah pulak...dan yg paling teruk kena marah orang yg sengaja mencadangkan jangan pegang plastik tu lah....siapa lah agaknya mama pun dah lupa.....

Disebabkan perjalanan baru tak sampai 1/5 jaraknya pun.....memasing dah berbau teruk...dengan muka tak malu kami pun singgah ler rumah entah-siapa jer kat tepi jalan tu ...tumpang basuh kat bilik air diorang..... kalau nak cari sekarang memang tak ingat dah..... terimakasih ya kepada orang yg sangat baik hati tu.....

Sejak itu setiap kali nenek dan atuk nak ke mana2 bawa semua orang lain, maka mama akan ditinggal bersama Onyang sebelah atuk...masa tu lah selalu di corong2 radio kedengaran gemersik lagu ni.... mama pun apa lagi hujan ribut lah berendam air mata...




Pakcik2 belah Atuk ramai lagi yg tinggal dengan Onyang masa tu....bila mama nangis diorang pun tanyalah kenapa...mama cakap sakit gigi huhuhu..... walhal rindu kat Atuk , Nenek n famili..... huwaaa...sedeyyyynya...sayu wooo kena tinggal....rasa cam anak tiri...hihihi....

Mujur ramai adik2 atuk yg masih bujang masa tu, diorang pujuklah mama dengan bawa mama ke kedai minum cendol ke ice kepal ke...hehe jadilahhh...

Alhamdulillah....at the end...dlm famili, mama lah orang paling jauh berjalan...sampai ke UK ikut ayah buat PhD... hahaha....Mekah pun dah sampai...alhamdulillah syukur.....

Monday, November 22, 2010

NEW MEMBER IN THE FAMILY.......



Comel kan Snowy nama dia sbb bulunya yg putih gebu....
suka tangkap cicak...pastu tinggalkan kat mana2...

Yg ni Mitsuki..... dah tua dia nih...anak mata kiri dia macam
ada katarak sket... dia ni datang sendiri...
agaknya ada orang buang ...kesian dia....
Snowy ni.... baru 2 minggu umurnya...masa ayah ambil di surau.
Laa ni dah besar sbb suka makan friskies .....
@sardin yg murah2 tu.....