Showing posts with label raya haji. Show all posts
Showing posts with label raya haji. Show all posts

Sunday, December 19, 2010

Bersama Radio IKIM di Darul Fuqaha

Bersalaman dan ucapan terimakasih kepada tuan rumah dan kakitangan darul Fuqaha..sebelum kami mengundur diri
Sempat bergambar bersama juruhebah pujaan mereka... penama dia eak...
Ustaz yang menyampaikan ceramah pada majlis tersebut...biasa tengok kat TV kan Ustaz ni...
Persembahan nasyid dari anak2 yatim darul Fuqaha
Hadirin yg hadir menerima Majalah Pengantin November...dan Goodybag IKIM
kami datang berlima... mama, Hana, makcik Lin, Nurul & Aqila...
Juruhebah haha macam dolu-dolu jer...penyampai radio la,..
mana ada orang panggil juruhebah dah lar ni....
Penyampai Radio IKIM dan kakitangan Darul Fuqaha menyampaikan
cenderahati dan sumbangan kepada anak yatim & keluarga miskin


Pada hari Sabtu 13 Zulhijah yg lalu...kiranya hari ke 3 Aidil Adha tahun 2010 ni...
baru jer baik dari demam dan semput...
Makcik Lin ajak gi Darul Fuqaha ada Forum Perdana
anjuran Radio IKIM.... emm gagahkan juga..
Orang dari Kelang dah turun Bangi tak kan org bangi tak gi...

Ramai juruhebah radio IKIM yg hadir... tapi sorang pun mama tak kenal
sebeb mama cuma dengar jer radio tu tak kisah ler siapa yg bercakap
tapi Makcik Lin dan anak2nya memang kenal semua penyampai radio IKIM ni..
sempat bergambar sekali...
Layan jer lahhhhh....

Thursday, April 22, 2010

Haji 2008 dalam ingatan

Pemergian Haji kami bertiga, mama, ayah dan Makcik Lin iaitu adik perempuan mama yg sudah kehilangan suami. Makcik Lin meninggalkan 2 orang anak gadisnya bersama adik lelaki arwah suaminya di Klang. Anak2 kami pula dijaga oleh Opah dan Atuk, ibubapa ayah....mama kan anak yatim piatu...huhu....

Kami pergi melalui pakej haji, alhamdulillah kami telah dimurahkan rezeki untuk pergi dengan pakej....kalau nak tunggu giliran muasasah, nampaknya lama lagi. Memang tak sangka kami diberi rezeki yg cukup untuk ke sana pada tahun ini...dengan kesihatan yang sangat baik.

Kami naik kapalterbang KT42, terus ke Madinah. Kami tinggal di Moevenpick Hotel, Madinah dan Hotel Firdaus di Mekah.


Tempat melontar dalam pembinaan..
Proses pemasangan payung di luar perkarangan masjid Nabi..
Perkuburan Baqi'.. jemaah lelaki jer boleh masuk
Pelbagai rupa sipeminta sedekah...
Papan tanda ke Mekah...
Masjid Qiblatain... dua kiblat
Insaf... orang setua nenek ini pun boleh sampai ke sini.
Subhanallah....mana satu khemah kita ni ya...
Pemandangan di dalam Masjid Nabawi ruang solat lelaki
Bertuahnya rakyat Malaysia...tidur di hotel mewah...
Balik dari pasar kurma di Madinah...pemandangan Masjid Nabi
Baitullah....selesai tawaf di hadapan kaabah...