Monday, April 4, 2011

Nak masak apa esok....

Tadi ronda2 ke blog nanirostam...model 80an...jumpa resepi mee rojak.
Raya hari tu dah pernah buat, memang larisssszzz...

Lepas tu lupa mana letak resepinya...hihi... kena copy dulu resepi nihh...
bila nak buat entah lar..... kalau tak paste kat sini takut tak jumpa nak cari kemudian...
tq nanirostam...hihi....petang ni cari bahan, esok boleh buat nihhh...yuhuuu

Resepi nya ialah......

1kg mee kuning (celur)
1 biji keledek sederhana besar (rebus buang kulit dan kisar halus)
1/2 cawan biji bijan (goreng tanpa minyak dan kisar halus)
1 cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar halus)

Bahan untuk di kisar dan ditumis:-

10 batang cili kering (rebus dan buang biji)
2 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
1 inci belacan
2 sudu udang kering

Bahan perisa :-

1/2 cawan air asam jawa
5 cawan cawan air
1 keping asam gelugur
1sudu makan garam
1/2 cawan gula
1 sudu teh serbuk perasa
1 cawan minyak untuk menumis
Kisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan perisa. Masukkan kacang tanah, biji bijan , keledek dan air. Biar mendidih dan angkat.

Bahan bahan hiasan :-

Timun
taugeh
telur rebus
cucur udang
tauhu goreng
limau kasturi

saya suka tambah kentang rebus yg dipotong baji kecil2....

No comments:

Post a Comment