Suka sangat buat sambal bunga kantan ni kalau kantan tengah berbungalah
Tambah sedap bunga kantan tanaman sendiri...
Makan dengan nasi panas dan ikan masin jer pun dah sedappp
Hari ni ayah bawa balik 8 kuntum bunga kantan dari kebunnya...
Dua kuntum buat sambal, 2 lagi masak asam pedas ayam kampung...
4 kuntum tu plan nak masak Laksa Johor lah esok.... hehe...
Bunga kantan dihiris halus..
Bawang besar yang siap dimayang kasar
Ikan bilis yang sudah direndam, kemudian ditumbuk kasar
masukkan cili api ikut suka cita rasa,,,tumbuk juga secara kasar jer
Tumiskan bawang besar tadi dengan sedikit minyak...hingga layu dan garing sket..
masukkan pula hirisan bunga kantan dan gaul lagi...
masak beberapa minit
Angkat dan hidangkan bersama nasi panas....
Fakta tentang Bunga Kantan
Bunga Kantan atau nama saintifiknya Etlingera Elatior
bukan sahaja terkenal di dalam masakan tetapi boleh dijadikan perhiasan.
Gubahan yang menarik akan mengindahkan lagi suasana dengan warnanya yang menawan
dan harumannya yang menyegarkan.
Bunga kantan juga mempunyai khasiat perubatan.
Daunnya boleh digunakan sebagai ubat untuk menghilangkan bau
hanyir badan
dan rizomnya digunakan sebagai ubat untuk buang angin selepas bersalin
iaitu dengan cara dimakan bersama sirih.
Bunganya pula boleh mengekalkan awet muda
apabila diracik halus dan dimasukkan ke dalam minyak wangi.
No comments:
Post a Comment