Monday, May 23, 2011

Laporan ayah di Utusan Malaysia 23 Mei 2011

Potong cerun tak ikut spesifikasi
Dr. Tajul Anuar Jamaluddin menunjukkan gambar satelit 3D terdapat kerja-kerja tarahan manusia di atas cerun berdekatan Rumah Persatuan Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat, semalam. - BERNAMA

HULU LANGAT 22 Mei - Pemotongan cerun yang tidak mengikut spesifikasi selain aktiviti penebangan pokok getah di atas cerun berkenaan dipercayai menjadi punca kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 16 nyawa di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, di sini, semalam.

Menurut Penyelaras Program Bencana Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Tajul Anuar Jamaluddin, jangkaannya itu dibuat setelah meneliti sendiri keadaan di sekitar tempat kejadian itu pagi ini.

"Sebelum ke sini, saya melihat imej kawasan sekitar dari udara dan mendapati terdapat kawasan lompang di atas cerun tersebut dipercayai akibat aktiviti manusia.

"Apabila tiba di sini, saya pergi ke kawasan tersebut dan mendapati ia hanya ditumbuhi pokok-pokok resam. Penduduk sekitar memberitahu memang terdapat aktiviti menebang pokok getah di kawasan itu," katanya kepada pemberita selepas meninjau di kawasan sekitar.

Tambahnya, keadaan itu diburukkan lagi apabila keadaan cerun yang dipotong bagi membina bangunan tersebut tidak menepati ciri-ciri keselamatan sepatutnya.

"Akibat hujan lebat, air yang bertakung di kawasan lompang itu seterusnya mengalir ke kawasan cerun mengakibatkan ia tidak stabil lalu berlaku runtuhan.

"Cerun itu dipotong tidak mengikut ciri-ciri keselamatan sepatutnya. Saya fikir, mereka tidak mendapatkan nasihat jurutera profesional bagi menjalankan tugas-tugas tersebut," ujarnya

Berdasarkan pemerhatiannya, beliau memberitahu, keadaan tanah di situ masih belum stabil kerana terdapat rekahan-rekahan besar di atas kawasan curam tersebut.

"Ia boleh runtuh pada bila-bila masa terutamanya jika berlaku hujan lebat sekali lagi. Saya juga telah menasihatkan pihak berkuasa agar tidak membawa masuk jentera berat kerana ia boleh menyumbang kepada gegaran tanah.

"Saya fikir, elok dibiarkan selama dua atau tiga hari bagi membolehkan keadaan tanah itu kembali stabil sebelum kerja-kerja pembersihan dijalankan," katanya.

Lawatan Kerja ayah ke Tapak Tanah Runtuh Rumah anak yatim Hulu Langat

Kami hanya menyedari kejadian tanah runtuh rumah anak yatim di Hulu Langat ni sewaktu menonton berita jam 8.00 malam di TV9.

Keesokan harinya ketika sedang bersiap untuk ke lokasi, ayah kita, Prof Madya Dr Tajul Anuar Jamaluddin, Penyelaras Program Geologi Bencana UKM, menerima arahan dari VC UKM untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang peristiwa ini. Ayah pun ke sana bersama Mr Lim, kakitangan SEADPRI UKM dan En. Shahrizal Nordin, Rapid Matrix Sdn Bhd., pemilik dan pereka alat pengesan pergerakan cerun/tanah runtuh - Geo-WES.

Terpaksa menyusuri mendaki bukit untuk ke puncak

Dr Tajul bersama Mr Lim,
Berehat sebentar melepas lelah sambil menyemak data
Pemandangan dari puncak bukit yg runtuh


En Azam, Staf Rapid Matrix...
meninjau kawasan yg wajar dipasang Geo-WESS
kesan runtuhan selepas dibersihkan


Memberi penjelasan kepada YB Ronnie Liu, Exco Negeri Selangor,


Ditemuramah oleh pemberita dari pelbagai wakil akhbar tempatan
Sedang diwawancara oleh wartawan TV3, Muhd Izwan Azir
Ditemurawah oleh wartawan Sinar Harian
Memberi taklimat mengenai punca kejadian tanah runtuh


Rakyat Malaysia harus bersedia menghadapi gempa bumi





Berita penuh:

KUALA LUMPUR - Penduduk di negara ini perlu lebih bersedia kerana Malaysia dijangka tidak terlepas daripada mengalami kejadian gempa bumi pada masa akan datang.
Pakar Geologi, Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin berkata, kemungkinan itu ekoran daripada retakan-retakan besar (sesar) yang terdapat di dalam kerak bumi.
Katanya, walaupun ketika ini retakan itu tidak aktif tetapi gerakan pada kerak bumi yang didorong oleh gempa di sekeliling Semenanjung Malaysia boleh mengundang bencana tersebut.
"Kekerapan berlakunya gempa bumi di sekeliling Malaysia, contohnya di Indonesia, Myanmar dan Jepun akan mendorong patahan pada retakan-retakan besar ini seterusnya ia akan aktif dan menghasilkan gempa bumi.
"Apa yang dapat dipastikan, kemungkinan itu tetap ada tetapi bila ia akan berlaku sama ada mengambil masa puluhan atau ratusan tahun tidak dapat dipastikan," kata Tajul Anuar yang merupakan Pensyarah Geobencana, Institut Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
sumber: Kosmo! Online 28 Mac 2011

Thursday, May 19, 2011

REMEMBER:
Life's too short to wake up in the morning with regrets.

Love the people who treat you correctly.

Forget about the one's who don't.

Believe that everything happens for a reason!

Never take someone for granted.

Hold family close to your heart.

Because you might wake up one day,

And realise that you have lost a diamond,

While you were too busy collecting stones!!
cid:3.3740857410@web52305.mail.re2.yahoo.com

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru...



Selamat Hari Guru untuk semua guru, ustaz, ustazah,
mualim, mualimah....teacher, sir....

tema tahun ini
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara...

moga semua guru ikhlas dalam mendidik
anak bangsa ke jalan yg benar dan diredhai...




Tuesday, May 10, 2011

Beli apa di Pesta Buku....

Pergi pada hari pertama bersama penulis novel Durah Fatiha... Kak Fathiah...
naik kereta park kat stesyen Komuter Serdang then naik Komuter 'pink' terus ke PWTC....
ni kiranya first time naik komuter ke PWTC....

cewah..ingatkan dok dlm tren 'pink'... tiada lelaki...ada jugak 2 orang yg saja menyesatkan diri berasak2 ngan ladies ,... dah la penuh ngan siswi UPM ...saja suka diorang ni kan...

sampai PWTC kul 11.30 tgh... wahhhh dah ramai giler rupanya pengunjung yg dah nak balik...yg kat dalam dah tentulah berganda ramainya...memang berasak2.. straight ke Jemari Seni ..borong.....Baju Melayu Hijau srindit, Quartlet, Conengan Jalanan, Mencari Suami, Langsir biru remia, alahai Jijah, Aku bukan bibik, blues retro...

then ke Ana Muslim borong novel ana solehah.... ke kaki novel beli Pergilah airmata Hani Ramsul... tebal bukunya tapi boleh khatam 2 hari sbb dah baca online separuh....

then ke Karangkraf... beli apa ya dah lupa.....

then ke alamak lupa nama booth tu..beli Tasbih cinta 1 dan 2....Habiburrahman...

makan2 kat luar tu, then balik rumah naik komuter lagi..sampai rumah jam 3.00 ptg...
aduyaiii penat gilerrr.... tido pengsan sampai kul 6 ptg....memang dah tua lar tu maknanya....

bestnya citer kak su ni.... ni pun boleh tahan... ni mesti baca..... mencukupkan koleksi Syud....fun... eh best juga baca ni....
tak berapa gemar, sbb... cam tak best sangat...ya lah kisah budak2..